Bawa satu plastik duit siling bayar hutang RM3000, Kakak Akui Terharu Lihat Usaha Adik. Ramai suka meminjam dari adik beradik tika terdesak. Namun ada kalanya ada pula yang sengaja mendiamkan diri kerana beranggapan, adik beradik pun nak berkira. Minta beri itu lain, sebut pinjam itu lain.
Kalau sebut pinjam usahakanlah bayar kerana ia tetap kekal sebagai hutang. Sebab hutang selagi tak dibayar akan ditanya di akhirat kelak kecuali telah dihalalkan.
Bawa Satu Plastik Duit Siling Bayar Hutang RM3000
Satu perkongsian dari Ustazah Huda ini mengenai usaha adiknya mengumpul dan membayar hutang RM3000 kerana tidak mahu menangung beban di akhirat membuatnya rasa terharu. Terharu bukan kerana hutang itu terbayar tetapi usaha dilakukan adiknya mengumpul untuk menyelesaikan amanahnya.
Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000.
Ads
Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya.
Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya.
Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut.
Allahuakbar. Allah bantu arwah.
Ads
Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang di benarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita.
Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil. Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini.
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya :
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
“Ruh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga lah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Ads
Marilah sama² kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut. Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut.
Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang²nya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun ruhnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan.
Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma #Aamiin Ya Allah Mujeeb.
Sama² kita ingat mengingatkan kerana Allah.
Salam Sayang,
Ustazah Huda.
Sumber :- FB Huda Yaacob
“Nad Baik Ramai Sayang, Bertali Arus Kawan-Kawan Ziarah. Akak Tahu Nad Kuat” itulah antara luahan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Noorkhiriah Ahmad Shapie.
Sayu sungguh ucapan yang diberikan buat rakan seperjuangan dalam lakonan Nad Zainal yang kini sedang bertarung nyawa dengan penyakit paru-paru berdarah dan kini ditempat di ICU.
“Nad Baik Ramai Sayang, Bertali Arus Kawan-Kawan Ziarah.”
Malah menerusi perkongsian di Instagram Noorkhiriah juga memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Nad.
“Assalamualaikum dengan rendah hati akak mohon pada semua terus mendoakan @nad.zainal yee..Tkasih ye semua..Semoga Allah angkat sakitmu dik..Aamiin Allahumma Aamiin” kongsi Noorkhiriah.
“Nad Nanti Dah Sihat..Banyak Mende Akak Nak Share Dgn Nad..
“Akak x sempat nak share apapun sebenarnya..pada akak semua secara tiba2..Nad pakai tudung pun tiba2..bila Allah nak bagi Hidayah..dan Nad Sakit cmni pun tiba2..bukan akak je tkejut rasanya ramai yg tkejut…
“Nad Rajin Update IG Tiba2 Akak Tgk Nad Senyap..Rupanya Nad Bertarung Nyawa..Nad Dalam Ramai2 Nape Nad Jadikan Akak Contoh..Akak Lom Betul Jalannya..
“Kita Bkeja Hanya 2 Hari Dalam #mataharitakbercahaya Tapi Akak Selesa gile Dgn Nad..Baju2 Sutin Cite Tu Banyak Nad Bagi Akak Dgn Tudung2 Sekali..
“Nad Baik Ramai Sayang..Btali Arus Kawan2 Dtg Ziarah Nad Tadi..Akak Tau Nad Kuat…Impian Tuk Kejassama, nad Ckp akak jadi bini no 1 atau 2 cite feeling2 ustaz ada bini 4.. lom jadi tau…angan2 kitaorg b2 bila borak.
“Nad Bangun Tau..Allah Sayang Sangat Kat @nad.zainal ..Lepas Aje Berhijrah..Allah Uji Nad Sekuat Ini..Sebab Allah Tau Nad Mampu..1 Malaysia Doakan Nad..Bangun ye dik…Kuat Demi Yem & Som…Kita Kan Dah Ckp nak kopi2 sama2 nanti dengan kekza @azzaelite ..Nad nak sejadah..Doakan @nad.zainal Terus ye Korang..Moga Allah angkat doa korang..mkasih korang..mkasih,” kongsi Noorkhiriah.
“Ya Allah Engkau Sedarkanlah & Sembuhkanlah Farah Nadia Zainal Abidin”
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Nad Zainal kembali pulih.
Boleh dikatakan hari-hari mak-mak basuh kain guna mesin basuh automatik. Tapi tak ramai mak-mak yang tahu hampir kesemua fungsi butang yang ada pada mesin basuh kita kan. Tip yang dikongsikan Mommy Daily ini sangat bermanfaat untuk mak-mak
Inilah Fungsi Butang Soak/Tub Cleaning Pada Mesin Basuh
Pernah tak mak-mak membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?
Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mak-mak jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang bekerja setiap kali membasuh.
Cara Nak Basuh Mesin Basuh
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
1.Tekan ON 2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START. 3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mak-mak letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh.
Basuh Mesin Setiap 2 Bulan Sebab..
Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8 tahun diguna tiba-tiba stop.
Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.
Sebab selama 8 tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu.
Persoalan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-enam Datuk Seri Najib Razak semakin menghampiri jawapan. Satu demi satu pendedahan di rungkaikan oleh pihak berkuasa diatas penyelewengan ini.
Terkini memetik laporan Berita Harian dalam sidang media oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertemu dengan menteri Kabinet dan Majlis Raja-raja bagi mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas terdapat bukti berlaku penyelewengan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik ke jawatan itu Khamis lalu berkata, inisiatif mengadakan pertemuan itu digerakkan Abu Kassim yang ketika menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.
“Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain, dengan (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) ke, (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) ke, sebab jumlahnya terlalu besar RM2.6 bilion.
“Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja berani bersuara iaitu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Kewangan kedua,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut.
“Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata ‘kalau saya dengar cakap kamu dulu pasti tidak akan jadi macam ini’ (Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Jaafar Mahad.
Mohd Shukri berkata, selepas usaha meyakinkan menteri tidak berjaya, beliau dan Abu Kassim mengambil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-raja.
“Kami jumpa Majlis Raja-raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa,” katanya.
Beliau turut mendedahkan ditemui sebanyak dua kali oleh seorang Ahli Parlimen dari utara Semenanjung yang bertanya apakah beliau mahu sesuatu apabila menyiasat penyelewengan 1MDB dan mahu Najib disingkirkan.
“Saya tegaskan supaya jangan ganggu siasatan saya. Biar kami tamatkan siasatan dan serahkan kepada Peguam Negara untuk putuskan.
“Kali kedua Ahli Parlimen ini datang dan tanya, saya kata kepadanya kalau Datuk tanya lagi saya akan tangkap mengikut Akta SPRM,” katanya.
Mingguan Wanita mengharapkan agar penyiasatan dapat dilakukan dengan telus dan sebaiknya.Semoga segala penyelewengan dapat dapat dirungkai dan dibawa ke muka pengadilan serta hak rakyat dapat dikembalikan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.