Lewat 13 Januari lalu, pengacara terkenal, Fedtri Yahya berkongsi kisah peniaga kuih yang membawa anak kecilnya berjualan dengan motosikal.
Tulisnya, “Pagi tadi order karipap. Terkejut tengok bila yang datang seorang ibu bermotosikal dengan anak kecil di depan yang nyenyak tidur.”
Cekal sungguh ibu anak 7 ini. Demi sesuap nasi dan mencari rezeki untuk anak-anak, ibu ini kental berniaga. Biar pun cuma berniaga kuih, rezekinya tetap melekat untuk ahli keluarga nikmati bersama.
Mingguan Wanita hubungi ibu ini, Rozalinawati Binti Rosli. Katanya, “Saya berniaga kuih ini sebab nak tolong tambah pendapatan keluarga. Suami saya bekerja sebagai pembantu stor.”
“Kami anak ramai, 7 orang semuanya.”
Lima orang anaknya lelaki, dan 2 lagi perempuan. Masing-masing berusia 13, 11, 10, 8, 6, 4 dan setahun.
Latih Anak Sulung Jaga Adik-adik
Bila ada anak ramai, ibu ini cekap bahagikan masa dan tugasan untuk anak-anak. Supaya, dia boleh berniaga dengan tenang.
Ads
Caranya, setiap hari dia akan siapkan barang jualan bermula dari jam 10 malam sehingga semuanya selesai. Dalam jam 2 pagi barulah siap dan dia boleh tidur sebentar.
Nanti bila azan subuh berkumandang, dia akan sambung semula kerja sampai sebelum anak-anaknya balik sekolah.
“Saya buat kuih kat rumah. Senang nak pantau aktiviti anak-anak. Kena pandai bahagikan masa antara buat kuih dan urus jaga keluarga.”
Memandangkan semua anak tinggal bersamanya suami isteri, dia perlu latih anak yang remaja untuk mudahkan kerjanya.
“Anak yang sulung akan sama-sama bantu saya jaga adik-adiknya dan buat kerja rumah.”
“Mereka memahami situasi saya mencari rezeki dengan membuat kuih.” Kongsi ibu usia 34 tahun ini yang menetap di Seksyen 8, Kota Damansara.
Ads
Sekarang, Bila Banyak Permintaan Saya Cari Runner
Ibu ini mula berniaga pada tahun 2013. “Masa itu niaga main-main je. Sebab kawan-kawan sekolah je yang order.”
Dia mula serius tiga tahun selepas itu. Tahun 2016, dia sertai program Azam Bandar anjuran KPKT untuk miskin bandar.
Dari situlah, usaha mencari rezeki semakin giat dijalankan.
Ceritanya, kalau pembeli itu berdekatan dengan rumahnya barulah dia hantar sendiri kuih muih tempahan pelanggan.
Ads
“Kalau jauh, suami cuti. Nanti dia yang akan hantarkan. Cuma sekarang ini bila banyak permintaan, saya mula mencari runner.”
Rezeki Berjualan Kuih Makin Bertambah Baik..
Dan rezekinya semakin bertambah, selepas lebih dikenali menerusi posting Fedtri Yahya itu.
“Alhamdulillah, lebih baik dari sebelum ini. Tapi tak semua tempahan saya ambil sebab terlalu banyak. Yang mana mampu, saya buat. Manakala yang mana tidak, saya tolak secara baik.”
“Bukan apa, takut nanti tak dapat siapkan sebab saya buat sendiri dan terhad.”
Begitulah, jika Allah mahu berikan rezeki pada seseorang, Dia akan berikan dengan melalui bermacam-macam cara.
MW : Semoga rezeki ibu anak 7 ini akan terus melimpah ruah dan semakin bertambah.
Kemelut kisah rumahtangga antara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah semakin hari semakin rancak diperkatakan. Khabarnya pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung.
Seperti mana yang dilaporkan menerusi Harian Metro, Puteri Sarah akui sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
2 Bulan Tidak Tinggal Sebumbung, Syamsul Tetap Syurga Puteri Sarah
Namun jauh di lubuk hati sebagai seorang isteri dan ibu, Puteri Sarah akui walau apa pun yang terjadi sekarang dan selepas ini dia masih menyayangi perkahwinan mereka yang sudah dibina sejak enam tahun lalu.
“Tiada siapa mahukan masalah dan perpisahan. Saya tetap berdiri di belakang dan menyayangi dirinya sebab dia adalah syurga saya,” katanya.
Puteri Sarah dan Syamsul bernikah pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1 tahun 8 bulan.
Puteri Sarah juga menerangkan, tiada sebab untuk dia berbuat sedemikian sekiranya ‘masalah’ yang paling ditakuti dalam perhubungan rumah tangga tidak berlaku.Namun seperti yang dilaporkan dia enggan berkongsi lanjut ‘masalah’ dimaksudkannya itu.
“Dia (Syamsul) tahu sebab apa saya keluar rumah dan dia juga tahu sebab apa saya ‘dingin’.
“Apabila keluar cerita sebegini, saya percaya ada pihak lain yang suka.
“Dalam perkara ini, saya tidak mahu dianggap punca terhadap apa yang berlaku sekarang. Tentu saja sebagai lelaki, suami dan ketua rumah tangga dia perlu bertanggungjawab di atas semuanya. Itu yang saya harapkan,” luahnya.
Puteri Sarah Enggan Jawab Kisah Tentang Curang & Orang Ketiga
“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini, tapi cukup untuk saya katakan ada ‘masalah’ yang wujud dalam rumah tangga kami,” begitulah jawapan yang diberikan Puteri Sarah apabila ditanya tentang sejauh mana kebenaran perkongsiannya di Instagram Story baru-baru ini mengenai kisah curang dan orang ketiga dalam perkahwinan berlaku pada dirinya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Foto: Instagram Syamsul Yusof & Instagram Puteri Sarah
Bertempat di sebuah resort mewah, majlis pernikahan selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL kekasihnya Tiko Aryawardhana selamat dilangsungkan hari ini namun dikawal ketat oleh petugas keselamatan.
Para tetamu yang diundang ke acara pernikahan tersebut juga dilarang menggunakan telefon bimbit sepanjang majlis berlangsung. Bunga Citra Lestari atau BCL, 40, selamat melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan Tiko Aryawardhana, 43, di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia, sekitar jam 4 petang, hari ini.
Berita itu dikongsikan akaun Instagram kelab peminat BCL dan Tiko iaitu @bcltiko yang memuat naik liputan perjalanan majlis berkenaan.
“Alhamdulillah, sah @tikotiki & @itsmebcl,” ringkas kapsyen hantaran itu menerusi Instagram Story.
Pasangan terbabit dilihat begitu berseri dalam persalinan busana tradisional berona putih.
Jemputan yang hadir juga turut mengenakan pakaian mengikut tema majlis terbabit.
Menurut laporan portal berita, CNN Indonesia, jalan yang menghubungkan akses menuju ke resort tersebut telah ditutup untuk kegunaan orang awam, selain dikawal ketat petugas keselamatan.
Difahamkan, majlis pernikahan pelantun lagu Wanita Terbahagia itu hanya dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat karib.
Semalam, akaun terbabit juga berkongsi keluarga terdekat kedua pengantin sudah berada di Bali untuk majlis itu.
Sejak berita pernikahan BCL dan Tiko tersebar, belum ada sebarang kenyataan rasmi untuk mengesahkannya.
Bagaimanapun, sebuah portal berita Indonesia turut melaporkan keluarga Allahyarham Ashraf terutama ibunya, Dida Sinclair sudah memberi restu jika BCL ingin berumah tangga semula.
BCL yang juga ibu kepada anak tunggal, Noah Aidan Sinclair, 12, dikatakan hanya mengundang tidak sampai 100 tetamu untuk menghadiri majlis pernikahannya.
Menurut laporan media di sana, pakej pernikahan di resort mewah itu dianggar bernilai RM100,000 hingga RM600,000.
BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kongsi Nornafishah Zamry, tak semua orang yang ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) keluarkan RM 10 K, ada yang cuma dapat keluarkan RM300 saja sebab cuma itu yang tersisa.
Itu pun keluarkan untuk beli baju raya anak-anak.
Tak Semestinya Kaya
Jadinya tak perlu fikir semua orang yang ada KWSP tu raya nanti mesti banyak duit. Elakkan lah bergurau bab duit sebab ada orang yang sensitif sebab dia tak ada pun sampai 10K tu.
“Haaa pegi salam mintak duit raya dekat maksu tu , dia banyak duit tu dapat 10K ”
Jangan ya ajar anak meminta-minta duit raya dekat orang. Tak elok.
Mingguan Wanita : Tak perlulah sindir orang yang keluarkan duit KWSP tanpa usul periksa. Lagi satu, itu duit dia biarlah dia nak keluarkan atau tidak dan terserahlah pada dia bagaiamana nak uruskan duit itu ke mana… Betul tak?
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...