“Bawa Anak-anak Kecil Beraya Boleh Tapi Jangan Sedap Nak Penuhkan Perut Sendiri Je!”

Share

Macam-macam isu yang viral pasal bawa anak-anak pergi beraya, ada pecah TV, kucing mati dan terbaru semua ikan dalam kolam mati sebab ditabur dengan makanan ikan yang banyak melampau.

Hah, kalau dah jadi nak salahkan siapa ya? Tetap nak kata anak-anak itu memang fitrah bermain atau kita boleh fokus kepada isu mak ayah  yang patut mainakan peranan kalau bawa anak beraya rumah orang. Ini yang masih panas di laman media sosial.

Tak tuju kepada anak-anak yang jenis hiperaktif tetapi isu ini patut direnungkan seketika untuk elak daripada kejadian seperti ini berulang lagi dan lagi!

Nak tahu kes ikan mati secara berjemaah itu, jemput baca perkongsian daripada saudara Aman Mokhtar ini…

Tular Kes Ikan Mati Dalam Kolam

Sebelum ini heboh pasal anak kucing mati kena rendam dalam air dan tv plasma tuan ruman jatuh dan pecah. Dua-dua pasal kes datang beraya bawa anak-anak yang hyperactive tapi tak pantau.

And now 1 of my friend on IG ikan-ikan dalam kolam dia banyak mati sebab kes yg sama, bawa anak datang beraya tak pantau jaga. Ini kes tabur sebalang makan kat ikan mcm tu je pastu ikan tak makan dan effect kat air kolam. Esoknya 20 ekor semua terapung mati.

Tegurnya lagi, tak salah bawa anak-anak kecil beraya rumah orang tetapi janganlah sampai terlepas pandang pantau anak sedang buat apa…

Please lah ya yang ada anak-anak kecik tu terutamanya, jaga elok-elok dan pantau seketat yang mungkin. Kalau boleh ikat tangan anak tu dengan tangan sendiri. Nak bawa anak-anak kecil boleh tapi jangan sedap nak penuhkan perut sendiri je pastu membawang rancak sampai anak sendiri tak terpandang perangai kat tempat orang.

Ikan-ikan kolam ni bukan murah nak beli, last gambar tu ikan tu dah ready nak bertelur tapi dah sampai ajal. Kesian tuan rumah, lain kali kalau tau anak tu dah perangai buas sangat dan sendiri tak reti nak control, better tinggal jelah anak kat rumah. Jangan nanti menyusahkn orang lain.

Ini datang beraya rumah orang tau, ada adab mengunjung, bukan kat padang bola boleh terkinja-kinja.

“Rumah orang bukan PLAYZONE”!!!

Dari Sudut Pandang Netizen

Apabila tular kes ini semalam, maka ramailah netizen mula meninggalkan komen di status Facebook lelaki tersebut. Ada yang setuju dengan teguran itu dan ada juga sebaliknya.

Apa pun cara mak ayah, pastikan anak-anak terkawal apabila berjalan ke rumah orang ya. Tak kisahlah rumah adik beranak sendiri, teguran patut kena buat!

 

Published by
Nadia