Terhina juga bila ada yang melabelkan bau badan kita macam longkang. Aduhai sedih! Memang bunyinya kasar tapi moh kita berfikiran positif. Kebenaran memang menyakitkan. Itu hakikat yang kita mesti terima.
Orang perempuan ni memang kena ‘perfect’ dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bukanlah nak suruh korang buat pembedahan plastik tapi mestilah jaga kecantikan, kesihatan dan penampilan.
Ramai yang berhabis duit nak jaga kulit muka, nak tubuh langsing tapi ramai juga yang terlupa nak servis badan. Akhirnya muka yang cun, body yang macam gitar semuanya tak berguna. Orang di sekeliling tak berani dekat dek kerana bau badan yang tengit.
Dulu masa jadi reporter, aku pernah pergi satu assignment ni. Berkenalan dengan seorang pegawai berpangkat tinggi. Orangnya cantik, bentuk badan pun boleh tahan. Tapi bila dekat, memang aku rasa nak pitam. Walaupun dia menyembur minyak wangi tapi bau badannya boleh buat aku migrain. Memang dia berpengaruh dan mempunyai ramai contact tapi dek kerana bau badannya yang ‘harum’ sangat tu. Tekak aku dah loya giler.
Ads
Aku cepat-cepat akhiri pertemuan petang itu. Memang tidak tahan menanggung pencemaran bau. Aku ni jenis yang migrain teruk, deria bau aku sangat sensitif. Dalam situasi ini memang serba salah nak tegur dia. Ditegur takut dia malu. So aku diamkan sajalah. Pengajaran yang aku dapat, orang perempuan kena jaga bau badan. Biar kita tampil rapi dan berbau harum.
Bayangkan kalau bau kita boleh meloyakan tekak. Korang fikir suami kita boleh tahan ke? Orang di sekeliling akan mengata kita. Nak ke orang labelkan kita, minah yang bau badannya macam lori sampah! Aduhai! Jangan biar bau badan menjatuhkan saham kita! Minggu ini aku kongsikan petua hilangkan bau badan. Jom kita wangi-wangikan badan.
Ads
5 Petua Hilangkan Bau Badan
1. Gosok Dengan Belakang Tangan
Ini petua orang tua-tua tapi memang aku amalkan. Masa korang mandi, gosokkan ketiak dengan belakang tangan. Gunakan tangan kanan gosok ketiak kiri, jika tangan kiri gosok ketiak kanan. Konsep silang gitew! Amalkan setiap kali mandi. Lakukan sambil berselawat dan niatkan agar badan kita bersih dunia akhirat.
Ads
2. Wangikan Badan Dengan Limau Purut & Limau Nipis
Ketika kita period, amalkan mandi dengan air limau nipis. Caranya mudah, potong limau nipis dan campurkan dengan air. Kemudian mandi seperti biasa. Jika korang rajin, gunakan limau purut ( potong kepada dua bahagian) untuk menggosok badan terutama bahagian ketiak.
3. Kurangkan Makanan Berempah & Pedas
Jika masalah bau badan sangat serius, kurangkan makanan berempah dan pedas. Ingat kita adalah apa yang kita makan. Makanan berempah dan pedas juga mempengaruhi bau badan kita. Minum air putih banyak-banyak ye untuk bersihkan dalaman kita.
4. Guna Deodorant Bebas Pewangi/ Tawar
Sebenarnya deodorant yang wangi tidak digalakkan untuk orang yang mempunyai bau badan. Pewangi tidak dapat menutup bau badan sebaliknya akan membuatkan bau bertambah kuat. Pilih deodorant yang bebas pewangi atau korang boleh gunakan tawas.
5. Mandian Herba/ Sauna
Boleh juga amalkan mandi herba. Potong daun serai wangi dan limau purut, campurkan bersama air suam. Amalkan petua ini seminggu sekali, bau badan akan berkurangan dan beransur hilang. Bau badan juga terjadi kerana banyak toksin. Untuk membuang toksin dalam tubuh, korang cuba sauna herba di spa. Ia antara cara terbaik untuk nyahkan bau yang kurang enak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tanaman bayam brazil anda diserang ulat beluncas, guna saja petua bawang putih ini. Bukan sahaja ulat, siput pun tak berani dekat. Memang kecewa bila hasil tanaman kita yang kita bela siang dan malam dimakan ulat beluncas atau siput.
Selalunya pokok sayur yang daunnya hijau seperti bayam brazil dan lebat menjadi mangsa ulat dan siput. Mungkin petua ini dapat membantu mak-mak yang berhadapan degan masalah yang sama.
Ikuti perkongsian Suzurina Binti Muda di Group Beginner Tanam Pokok & Sayur ini:
PETUA BAWANG PUTIH, RUGI TAK BACA..
Assalamualaikum WBT…
Ini cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk saja bawang putih seulas-seulas atau satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yang sudah siap kupas itu saja, terus cucuk dekat pokok bayam brazil.
Macam saya buat itu (seperti dalam gambar), nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam itu. Masa tanam pokok cili awal-awal pun saya buat macam ini. Boleh juga buat macam ini dekat pokok-pokok yang lain.
Dapat Petua Bawang Putih Dari Youtube
Sebenarnya, saya dapat video sharing ini dari youtube.
Dulu saya blender bawang putih dan spray pada pokok. Agak renyah jadi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video itu, ini saja yang saya buat.
Sebelum ini tak boleh makan bayam brazil tu, penuh dengan ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab selepas letak bawang putih, tak ada lagi siput halus-halus termasuklah yang besar-besar.
Bau Bawang Putih Elak Ulat & Siput
Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih ni.
Alhamdulillah, sekarang ini dah cantik bayam brazil saya..
Rupanya antara tip cuci tuala putih supaya berseri-seri, apabila menggunakan cecair/ serbuk Nila jangan letak sekali pelembut pakaian. Ia akan menjadikan kain cucian tidak sekata dan bertompok-tompok.
Bukan apa, tak dinafikan apabila basuh fabrik berwarna putih memang agak renyah.Perlu dicuci berasingan dengan baju berwarna, malah jika dipakai lama boleh menyebabkan warna kekuningan. Untuk kembalikan warna putih berseri-seri, sesekali memang perlu rendam dan cuci menggunkan Nila.
Baca perkongsian tip daripada Puan Zaza Zalina ini sebagai panduan;
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil masukkn ke dalam tempat letak sabun. Dapat jugak lah mengurangkan karat terjun terus ke kain cucian.Alhamdulillah dah takde kotoran tu lagi.
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu.Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya, sebab akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Cara yang betul, bancuh sedikit nila dalam baldi dulu sebelum dimasukkn dalam mesin basuh. Curah pada air yang dah ada dalam mesin tu. Saya suka nila yang cair sedikit.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika nak cuci fabrik berwarna putih, ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan cuci baju menggunakkan nila, jangan letak sekali dengan pelembut pakaian. Sebaiknya sekali letak tuala kecil pada bekas sabun, bagi ‘menapis’ karat bagi mengelakkan kesan kotoran pada kain.
Beberapa hari ini, viral resepi bihun goreng udang kering 12 sudu gula. Pemilik resepi maklumkan, ianya resepi warisan daripada arwah Tok nek nya.
Ramai dah cuba dan akui akan keenakannya. Namun, ada juga yang gagal mendapatkan rasa sedap sebagaimana yang digambarkan oleh mereka yang berjaya.
Sesetengahnya mempersoalkan penggunaan 12 sudu teh gula yang terdapat dalam resepi. Adakah ianya sudu teh atau sudu KFC, iaitu sudu bersaiz kecil yang biasa diperoleh jika membeli ‘fast food’ berkenaan.
Wanita ini, Nieza Nor Hamnira memudahkan anda membuat perbezaan yang ketara antara dua jenis sudu yang dimaksudkan. Terutama jumlah berat gula.
Berat Gula Antara 12 Sudu Teh Dan KFC
Ini beza berat gula di antara 12 sudu teh dan 12 sudu kfc.
25gm ke 28gm (sudu kfc) = 2 sudu besar rata
40gm ke 43gm (sudu teh) = 2 3/4 sudu besar rata
Kalau termasukkan 12 sudu besar, takyah citer lah kan. Itu dah isu lain dah.
Nota :
Raikan persamaan, hormati perbezaan.
Baginya caranya, bagimu caramu.
Elak Pembaziran, Nasi Lebihan Jangan Dibuang Bolehlah Masak Nasi Goreng Kantan Harum Sekampung! Pejam celik pejam celik cepat masa berlalu hari ini sudah hari...