Basuh Sekejap Goreng Dengan 7 Sudu Minyak, KACANG TANAH Rangup Masak Elok!

Share

Nak goreng kacang tanah, meskipun mudah namun jika salah caranya boleh menyebabkan kacang tanah hangus dan rasanya pahit. Ada tip mudah supaya kacang tanah ini hasilnya rangup, elok masak sekata malah hanya menggunakann minyak yang sedikit.

Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Eja Razak
ini sebagai panduan;

Kacang tanah goreng ni senang je nak buat tapi kalau salah tips kacang boleh hangit terus tak sedap nak makan dengan nasi lemak. Saya pun banyak kali try. Kali ni elok kejadian ye.

Caranya:

1.Basuh dulu kacang toskan masuk terus dalam kuali kacau sekejap bagi air kering.

2. Masukkan minyak dalam 7 sudu untuk sekilo kacang guna api dapur paling kecik ye.

3. Rajin kacau masak dalam 25 minit.

4. Bila kacang makin ringan warna nak bertukar, tutup api terus angkat tos minyak.

5. Kalau rasa masa ni memang tak rangup lagi tak apa bila dalam proses sejuk dia akan rangup kacang masak elok.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Masak Sambal SOTONG KEMBANG Sedap, Letak Kacang Tanah Kisar!
Baca Lagi Di Sini:Cara Tanam Kacang Tanah Paling Mudah, Tak Perlu Jagaan, 3 Bulan Dapat Hasil
Artikel Menarik:Resipi Kuah Kacang Simple, Buat Awal Takpe, Makin Lama Panaskan Makin SEDAP!

Mingguan Wanita: Begini rupanya nak goreng kacang tanah elok rangup, masak sekata tak hangit. Boleh ikut tip yang dikongsikan ini, basuh sekejap kacang tanah sebelum digoreng.

Sumber: Eja Razak

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab