Untitled design (1)

Basque Burnt Cheese Toast Sedap Berlemak, Senang Nak Buat Campak-Campak Pun Jadi!. Jika ada roti putih di rumah, selain buat sandwich biasa boleh cuba resipi mudah Basque Burnt Cheese Toast ini. Memang sedap lebih-lebih lagi makan waktu panas-panas. Lemak manis masin secukup rasa. Nak buat untuk bekal anak sekolah pun sesuai sangat.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Zainor Shima Ihsan ini.

Selamat pagi gaiss. Pagi ini kami buat sarapan Basque Burnt Cheese Toast. Bahan-bahan sangat senang kita nak buat. Main campak-campak pun dah jadi. Bawak bekal sekolah anak pun boleh.

Bahan-Bahan :

4 keping roti sandwic (potong kerak tepi roti)
4 keping kepingan cheese burger
1 biji telur kuning sahaja
1/4 cawan susu segar/susu cair
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega/marjerin

Basque Burnt Cheese Toast Sedap Berlemak, Senang Nak Buat Campak-Campak Pun Jadi!

Cara Membuat:

1. Panaskan mentega/marjerin sehingga cair. Masukkan kepingan cheese. Gaul sehingga sebati. Tambah telur kuning, susu segar dan gula pasir.

Basque Burnt Cheese Toast Sedap Berlemak, Senang Nak Buat Campak-Campak Pun Jadi!
2. Gaul sehingga bahan sekata tiada gentelan dan sedikit pekat. Adunan sederhana cair. Ambil sesudu ketika panas dan sapu kan terus pada roti .Sebabnya kalau adunan dah sejuk akan jadi pekat dan keras.

Basque Burnt Cheese Toast Sedap Berlemak, Senang Nak Buat Campak-Campak Pun Jadi!3. Bakar dalam air fryer 160-180 darjah selama 5 minit sehingga kuning keemasan.

Ads

Basque Burnt Cheese Toast Sedap Berlemak, Senang Nak Buat Campak-Campak Pun Jadi!

Basque Burnt Cheese Toast Sedap Berlemak, Senang Nak Buat Campak-Campak Pun Jadi!
4. Dah siap. Makan ketika panas. Terasa sangat lemak manis masin macam burnt cheese kek.

Basque Burnt Cheese Toast Sedap Berlemak, Senang Nak Buat Campak-Campak Pun Jadi!

Ads

 

Basque Burnt Cheese Toast Sedap Berlemak, Senang Nak Buat Campak-Campak Pun Jadi!

Selamat mencuba!

Ads

Mesti Baca:Resipi Roti Sosej Cheese Makan Tak Cukup Satu, Bekal Seisi Rumah!
Baca Lagi Di Sini:Resipi ‘ROTI BOY’ Senang Guna Sukatan Cawan, Aroma Kopi Rasa Lemak Manis!
Artikel Menarik:Resipi ROTI SIRO KELATE Simple, Letak Dalam Peti Sejuk Lagi Sedap!

Mingguan Wanita: Mudah nak buat dan nampak sedap sungguh Basque Burnt Cheese Toast ni. Apatah lagi dimakan panas-panas, terasa manis, masin berlemak secukup rasa.

Sumber:Zainor Shima Ihsan

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI