Ramai yang mengetahui bahawa tandas bersih amat sukar didapati di India dan kadar jenayah seperti kes rogol cukup tinggi di sana. Namun, berita baik buat golongan wanita di India apabila mendapat akses tandas awam bersih dan selamat digunakan di negara tersebut apabila, atas inisiatif menjadikan bas lama kepada kemudahan ini.

Golongan wanita di India menganggap tandas awam yang bersih sebagai kemudahan ‘berharga’ kepada mereka.Bagi pelajar kolej, Suvarna Dongare, dia amat terkejut selepas melihat tandas wanita berwarna merah jambu kini disediakan di sebuah taman awam di barat India, salah satu daripada beberapa kemudahan yang terdapat di bandar Pune.

“Tandas itu sangat selesa dan saya rasa selamat untuk menggunakannya,” kata Dongare, 18.

Perkhidmatan tersebut hanya mengenakan bayaran 5 Rupee (30 sen) kepada mana-mana wanita dan bukan hanya untuk melepaskan ‘hajat’ malah untuk golongan ibu yang mahu menyusukan bayi mereka atau membeli tuala wanita.

Bas Lama Jadi Tandas BERSIH & SELAMAT Buat Wanita Di India

Dilengkapi 12 Tandas Mudah Alih

Projek Ti Toilet, bas yang diubah menjadi tandas dan dilancarkan pada 2016 itu adalah hasil cetusan idea Ulka Sadalkar dan Rajeev Kheer. Ia dilengkapi 12 tandas mudah alih dan secara purata digunakan lebih 200 wanita pada setiap hari.Bas tersebut juga menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa.

Ads

Menurut Sadalkar, mereka menjalankan perniagaan sanitasi mudah alih itu sebagai sebahagian daripada projek untuk meningkatkan kebersihan di bandar terbabit.

“Kami percaya golongan wanita berhak mendapat tandas yang bersih dan selamat kerana ia adalah hak asas mereka,” katanya sambil menambah mereka merancang untuk membuka 1,000 tandas yang turut dilengkapi set TV dan monitor suhu di seluruh India dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bas Lama Jadi Tandas BERSIH & SELAMAT Buat Wanita Di India

Wanita Sukar Dapat Akses Tandas Bersih & Selamat

Sementara itu, Manisha Adhav, 40, yang mengendalikan salah satu daripada tandas tersebut berkata, beliau sangat berbangga kerana dapat melakukan sesuatu untuk golongan wanita.

Ads

“Ada yang datang dari jauh kerana sukar mendapatkan tandas awam di sekitar kawasan ini. Mencari bilik air bersih di tempat awam bukan perkara mudah ketika waktu kecemasan. Kami cuba mengubah perkara itu,” kata Adhav lagi.

Bas Lama Jadi Tandas BERSIH & SELAMAT Buat Wanita Di India

Beberapa pakar berpendapat kekurangan bekalan air dan elektrik akan menjejaskan usaha India untuk membina jutaan tandas sebagai sebahagian daripada program ‘India Bersih’ yang dilancarkan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Kerajaan negeri bergelut untuk mengekalkan perkhidmatan tandas awam yang biasanya tidak diselenggara dengan baik dan terlalu kotor malah hanya digunakan oleh golongan lelaki hingga mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan wanita.

Ads

Bas Lama Jadi Tandas BERSIH & SELAMAT Buat Wanita Di India

Oktober lalu, Modi turut mengisytiharkan India sebagai sebuah negara bebas membuang air secara terbuka dan 600 juta penduduk akan diberikan akses tandas.

Baca Lagi Disini: Ada Sebab Antara Adab Masuk Tandas Kena Alirkan Air Paip Pada Dinding!

MW: Tahniah atas idea kreatif menjadikan bas lama kepada tandas awam yang bersih dan paling penting selamat buat wanita di India.

Sumber: Sinar Harian, Gulf News

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI