Sepanjang berada lima hari di hospital iaitu selepas bersalin bayi kembar sepasang, isteri Angkasawan Negara, Datin Dr Halina Mohd Yunos ini mendapat layanan terbaik daripada suaminya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Memandangkan dalam keadaan pendemik Covid-19 dan negara ketika ini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kanak-kanak tidak dibenarkan ke hospital. Keadaan ini membuatkan Dr Halina terpaksa berjauhan seketika dengan anak-anak untuk lima hari itu.
Membayangkan di dalam bilik wad bersalin itu, cuma ada dirinya, anak-anak kembar sepasang dan suaminya sahaja. Serta perasaan ketiadaan anak-anak di sekeliling itu membuatkannya terasa seperti berada di alam bulan madu.
Kongsinya, “Sudah masuk seminggu sejak melahirkan bayi kembar. Daripada tujuh hari.. 5 hari kami habiskan masa di hospital. Suami saya datang setiap malam untuk meneman di hospital.. sebab I mengada + saja nak manja-manja + saya benar-benar perlukan bantuan dan semua di atas.”
Keadaan itu membuatkan mereka seakan sedang berbulan madu. Yang berbezanya, Dr Halina berada atas katil hospital disebabkan luka pembedahan malah perlu menyusu bayi kembarnya selang 3 jam. Dan suaminya pula tidur di atas sofa.
“Sejak berkahwin 10 tahun ini, kami tak pernah sekali pun tinggalkan anak-anak. Kalau pun salah seorang ada urusan di luar rumah, kami akan sentiasa pastikan salah seorang daripada kami ada dengan anak-anak.
Dan ini kali pertama juga buat anak-anak ini tinggal dengan TokYah.
Jadi ada fefeling pengantin baru di situ.. dan membawa pulang kembar ke rumah bertemu 4 anak yang lain perasaan itu bagaikan membuka lembaran baru dalam hidup kami.” kongsi Dr Halina.
“Lembaran seterusnya : Mak ayah anak 6..
Setakat ini, apa yang saya belajar adalah jangan tinggalkan bayi kembar sepasang ini sendirian. Sebab nanti akan ada seseorang (adik-beradiknya) yang cuba untuk mencium mereka. Lagi-lagi bila tiada orang dewasa di sisi memerhati.. selalunya begitu!.”
Sememangnya anak-anak Dr Halina yang lain begitu teruja dengan kehadiran adik kembar mereka. Baik Bella mahupun Tasha begitu tak sabar nak mendukung kedua-dua adiknya. Perasaan seronok anak-anak ini sempat dirakam oleh bapa mereka.
Beruntung Dr Halina mendapat jagaan yang baik daripada suaminya sepanjang menjalani tempoh berpantang ini. Sememangnya, sejak dari anak pertama lagi, Dr Sheikh Muszaphar terserlah dengan sifat kebapaan yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya dan prihatin dengan keperluan isterinya itu.
Dr Halina selamat melahirkan bayi kembar secara pembedahan, pilih hari Jumaat.
Lahir selang seminit, teruja Dr Sheikh Muszaphar timang kembar sepasang.
Sumber/Foto : Dr Halina Mohd Yunos, Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita