Baru seminggu balik umrah, hati suami luluh saksikan isteri terbakar dalam kereta. Innalilahiwainailaihojiun. Al Fatihah buat arwah Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang meninggal dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara semalam.
Dalam kejadian menyayat hati semalam, tular di media sosial, suami kepada arwah Nurul Nazihah yang sedaya upaya cuba membantu mengeluarkan isterinya namun ditenangkan pengguna jalanraya yang lain berikutan api sedang marak membakar kenderaan mereka selepas terlibat kemalangan terbabit.
Jeritannya, “Allah! Allahuakbar! Saya tidak tinggal awak, yang. Allah, Itu bini saya bang. Allah.. Allah… Allah!”cukup membuatkan ramai sebak.
Dalam pada itu, satu perkongsian dari rakan yang mengenali arwah Azie memaklumkan, Nor Afikah Othman di fbnya berkongsi bahawa arwah seorang yang lemah lembut dan seorang sahabat yang baik.
Tulisnya :- Allahuakhbar.. Allah Allah Allah.
Pagi-pagi saya dikejutkan dengan berita sedih dan duka. Saya baru sahaja kehilangan Seorang sahabat saya Nurul Nazihah kerana terlibat dengan sebuah kemalangan di Highway Utara Selatan ( Sedenak ).
Azie seorang yang lemah lembut dan seorang sahabat yang baik. Semoga awah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Aminn. Semoga suami & keluarga arwah tabah dan kuat di atas kehilangan isteri yang tercinta… Aminn. Innalillahiwainnailaihirojiun . Al- Fatihah buat Azie.
Memetik laporan Berita Harian, jeritan menyayat hati itu datangnya daripada seorang lelaki yang terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, memaklumkan isterinya berada dalam kenderaan yang terbakar.
Rakaman video menyayat hati berdurasi satu minit 37 saat itu tular di media sosial Facebook, dengan kedengaran lelaki itu menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.
Lelaki terbabit bagaimanapun ditenangkan pengguna jalan raya lain dan dibawa ke kawasan lebih jauh berikutan api yang marak.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor, memaklumkan dua mangsa maut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan itu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Suami Isteri Kemalangan Maut, Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata!
Baru 4 Hari Bergelar Suami Isteri, Pengantin Lelaki Maut Dalam Kemalangan!
Luluh Hati Suami Rupanya Isteri Sendiri Kemalangan, Arwah Turut Tinggalkan Anak Tujuh Bulan
Katanya, kemalangan membabitkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.
Katanya, wanita yang maut adalah penumpang Proton Wira yang dikenal pasti Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, dan ditemui tersepit serta rentung dalam kenderaan terbabit.
“Turut disahkan meninggal dunia ialah seorang mangsa yang menaiki Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya.
“Kita menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.47 malam dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah lori jenis Isuzu, Proton Wira dan Toyota Vios.
“Lori berkenaan terbakar 70 peratus, Proton Wira dan Toyota Vios hangus 90 peratus. Sebuah kereta Proton Preve yang turut terbabit dalam kemalangan tidak terbakar.
“Seorang mangsa wanita di tempat duduk penumpang Proton Wira ditemui tersepit dan rentung manakala pemandu kereta sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Beliau berkata, dua mangsa yang menaiki lori Isuzu dikenali sebagai S Suresh, 38, dan Mok You Jian, 22, serta pemandu Proton Preve, Bunayami Yahya, 43, tidak cedera.
Mohd Fauzi berkata, operasi memadam kebakaran masih dilakukan setakat tengah malam ini oleh 18 anggota dari BBP Renggam, Kulai dan Ayer Hitam.