Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, Elizad begitu mengharapkan kehadiran cahaya mata. Bukan sekali dua doanya dititip agar Allah membukakan pintu rezeki zuriat untuknya dan suami, Shamsul Baharin Rahman.
Artikel berkaitan: ‘Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak..’ Siti Elizad Kongsi Perjalanan IVF
‘Doakan Saya Dapat Zuriat..’ Mohon Siti Elizad Jalani Prosedur IVF Esok
Pelakon dan mantan pengacara Mingguan Wanita Talkshow, Siti Elizad pada Februari lalu telah membuat keputusan mahu memberi fokus dengan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat. Perjalanan IVF ini juga sesekali dikongsi dengan pengikutnya di akaun Instagramnya.
Terbaru, Elizad menerusi entri akaun Instagram telah berkongsi tentang dirinya yang baru selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya.
“Alhamdullillah syukur , baru selesai “ Embryo Transfer “ hari ni . Semuanya berjalan lancar. Doakan yg terbaik buat kami ya
“”Nervous tgu result akan dtg nnt . Hanya mampu berdoa . Moga2 adalah rezeki kami berdua , Selebihnya , kami hanya berserah pada Mu Ya Allah .
“Terima kasih Dr @dr.azlin @sophea_fertility & semua nurse yg byk membantu menenangkan saya tadi . Tak tau nak gambarkan pengalaman tadi . ” kongsi Siti Elizad.
Selain itu beberapa keping foto turut dimuat naik bagi tatapan ramai selepas melakukan proses itu.
Kami di Mingguan Wanita mendoakan Penyampai Radio Sinar FM ini dipermudahkan urusan mereka untuk memperolehi zuriat.
Sumber/ Sumber Foto: Instagram elizadsharifuddin
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/