Sungguh ajal dan maut di tangan tuhan. Bagi ibu yang bekerja mencari nafkah demi menyara keluarga, setiap kali meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh pastinya berhadapan dengan seribu satu kebimbangan. Apatah lagi terpaksa meninggalkan anak yang masih kecil demi keluar bekerja.
Sungguh menyayat hati apabila seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui bayi perempuan berusia empat bulan, Luna Aralyn Amar Ridhwan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini petang semalam.
Ibu bayi berkenaan, Lilis Handayani Sukran, 24, berkata, dia sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.
“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.
“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ di sini hari ini.
Sementara itu, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata, buat masa ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.
“Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.
Beliau berkata, sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn, empat bulan, telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.
Katanya, punca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan keputusan bedah siasat diperoleh.
Baca Lagi Di Sini:
Ibu Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak
Hantar Anak Ke Pengasuh Atau Taska, Mak Ayah Tolong Ada Empati!
Mingguan Wanita:Salam takziah atas tragedi menyayat hati ini. Semoga wanita ini diberi kekuatan di atas ujian yang diberikan.
Sumber: Utusan Malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita