Baru Minta 2% KWSP Dah Menjerit Terlolong, Nak Anak Orang Kenalah Usaha Lebih!

Share

Bila dah bermah tangga, jangan ditanya kenapa hidup rasa sentiasa sesak kalau 2% KWSP pun berkira dengan isteri yang dah korbankan nyawa, darah, nutrisi badan terutamanya kalsium untuk lahirkan dan susukan anak-anak.

Ya, ramai sangat lelaki dayus makan hasil isteri tanpa redha sekarang. Kemudian, berkira pula. Padahal sebaik-baik sedekah itu adalah buat keluarga sendiri dan Rasulullah SAW sendiri berwasiat agar jaga isteri kalian sebaik-baiknya. Cuba kaum suami renungkan perkongsian saudara Mizan Dzai ini, orangnya sangat menghargai kaum isteri. Nah, jemput baca…

Dulu masa 1st aku mengurat isteri di Maybank Raja Laut, aku tak tahu dia Melayu atau Arab sebab masa tu dia free hair rambut kaler-kaler konon dak KL dan aku nampak macam ada kacukan.

So aku terus pergi jumpa dia dan tanya direct tanpa guna orang tengah.

“Hi Miss Eleena Ezreen, are you a Malay?”

Dia kata “Belah my mom yang Malay, why?”

Silap besar dia jawab soalan aku. Silap.

Aku pun apa lagi “Tak, i saja tanya sebab you make my air liur malaylay.”

Dia gelak besar dekat 3 minit, dan dia tanya siapa nama aku.

“Hi Miss Eleena, my name is Yours and yes, i’m Yours.”

Bulan kedua terus nikah bang. Serius.

Kah kah kah.

Alhamdulillah, selesai iftar bersama keluarga isteri.

Di Sebalik Pick Up Line

Setelah didesak oleh gadis Malaylay Eleena Arif kesayangan aku dari sahur pagi tadi untuk menafikan pickup line yang aku post semalam, jadi disini aku menegaskan bahawa pickup line yang semalam aku post tu adalah gurauan semata-mata.

Kecohlah bini aku ni.

Sebenarnya, mana sempat nak pickup line bagai, kau percayalah sangat si Jep dengan Shuib tu.

Atas permintaan, aku cuma kongsi pengalaman, mana yang baik ikut, mana yang buruk tinggal. Tak usah pening kepala ya.

Kak El kau ni pun tak terlayan nak melayan adik akak yang dok PM dia tanya itu ini, lebih-lebih lagi “Macam mana Kak El boleh yakin dan berani kahwin dengan orang yang Kak El kenal 2-3 bulan je?

Tu kena tanya dia sendiri.

Eleena follow aku lama sebelum aku follow dia di Instagram dan disitulah permulaan perkenalan kami.

El pandai, dia main angin dengan meng-like 5 keping gambar aku di IG untuk membuatkan aku ingin sekali melihat siapakah gerangan wanita itu.

Masa aku stalk gambar El, aku rasa macam “She’s the one” tetiba. Sungguh, out of sudden aku tak tahu pasal apa.

Aku start DM dia minta nombor telefon tapi haram, idok dibaginya. Ayat punya ayat, pusing punya pusing aku berjaya dapat nombor telefon dia tapi tak pernah walau sekalipun dia angkat call aku.

Whatsapp pun reply gitu-gitu je konon jual mahal, dia tak tahu berapa ramai perempuan mahal aku berjaya tundukkan sebelum tu.

Kah kah kah.

Tapi El lain, banyak sebab kenapa aku pilih untuk settle down awal dengan dia.

Betul, Allah takkan bagi apa yang kita nak, apa yang kita minta kalau perkara tu kita tak perlukan ketika itu.

Allah tahu aku jahat dan liar, Allah tahu masa bujang aku fokus 100% pada dunia, duit, pangkat, dan lain-lain.

Dia hadirkan seorang wanita yang tidur seawal jam 9-10 malam untuk jaga anak-anak dan keperluan aku nanti.

Dia hadirkan wanita yang agak pendiam, penyabar dan tak pernah serta tak pandai membebel untuk check and balance dengan panas baran aku yang tak suka orang menjawab.

Dia hadirkan wanita yang berpelajaran padahal aku masuk 1 tahfiz, 2 kolej dan 1 universiti tapi haram tak grad tak habis-habis. Pemalas.

Dia hadirkan wanita secantik bidadari bagi aku, yang bukan jenis melayan, yang jenis tak pandai berkawan untuk tidak aku cemburu buta yang akhirnya akan mengakibatkan pergaduhan.

Dia hadirkan aku wanita yang sukar disentuh lelaki hidung belang macam aku sebab dia jenis yang duduk rumah, pergi kerja ke apa, abah atau abang dia yang hantar.

Tak Senang Nak Dapat

Nak dijadikan cerita, 2 kali aku set (paksa rela) nak ambil dia balik kerja tapi El main-mainkan aku balik. Kali pertama dia tak jadi sebab dia kata abah dia dah tunggu, katanya.

Aku frust, gila tak frust aku nak jumpa orang yang aku tak pernah jumpa tapi aku dah jatuh cinta walaupun hanya dari gambar.

Tiap hari teringat, tengah kerja pun teringat.

Umpama macam kau dah bersungguh nak raya, beli songkok sampai 7 biji, beli baju raya, kuih satu lori bagai tapi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja main-mainkan kau, esok tak jadi raya katanya.

Gila, puasa dah banyak hari ni weh.

Kali kedua pula aku dah susun plan baek punya tapi dia tak jadi sebab dia kata dia sakit perut cirit birit, katanya lagi.

Mana aku tak bengang, aku ni kerja sendiri so kerja aku banyak gila menimbun-nimbun. El dah setuju nak aku datang ambil walaupun aku yang paksa dia setuju. Haha.

Masa tu El tak bagitahu lagi nak ambil dia kat mana, dia kerja apa, kat mana ke apa semua aku tak tahu lagi.

Bila dah 2 kali dia cancel, aku kena tegas dengan perempuan macam ni, dia tak kenal aku lagi. Dalam hati aku, “Tak boleh jadi ni, kau nak main-mainkan aku ya?”

Aku minta bantuan kenalan aku untuk trace nombor telefon El dan Alhamdulillah aku dapat tahu dia ada di mana. Selesai.

Sekali kat Maybank Raja Laut daa, nak ke sana tu bapak dia punya jammed. Aku pun apa lagi, terus menuju ke tempat dia bekerja masa bujang dulu.

Aku tunggu sampai dia habis kerja (dekat 3 jam) so dia dah tak boleh lari mana masa tu, kalau abang, mak, boyfriend atau bapak dia ada sekalipun aku langgar (minta izin) je.

Dia terkejut beruk bila bodyguard aku masuk bagi bunga dan tunjuk aku kat luar glass door bersandar tepi kereta. Aku rembat reserve parking kenderaan DBKL kat situ, aku buat tak peduli.

Hari ni apa nak jadi, jadilah!

Alah dia pun bujang, bukan bini atau tunangan orang. Kapal terbang pun boleh kena hijack, apatah lagi takat status awek orang kah kah.

Nasib baik dia tengah single, cuma persaingan untuk aku agak sengit.

Masa tu El dah tak boleh buat apa, aku plan nak bawa dia makan kat Leko The Curve. Aku lapar nasi, dia lapar benda lain dia punya pasal.

Sampai je kat valet Royal Bintang, El keluar dulu, aku kemas clutch masukkan lighter dengan rokok apa semua, bila aku keluar dari kereta aku tak nampak El dah.

Dia dah hilang dol, dia dah hilang!

Rupanya dia menyorok kat belakang tiang sebelum lobby Royal Bintang tu.

“You ni dah kenapa, dahlah you pendek kecik macam ni, kang hilang mana i nak cari?”

El kata “I malu la orang ramai pandang i turun dari kereta memekak you tu dengan i tengah selekeh pakai baju kerja ni”.

Dalam hati aku “Keep your shit lowkey and watch your life get better with me, very soon girl”.

Kat sini aku dah mula nampak, El bukan jenis yang sukakan perhatian.

Waktu mula-mula tu aku bersaing dengan ramai orang, masa tu orang tua pun ada. Setiap petang ada je kuih, bunga atau coklat yang sampai, hadiah untuk El hampir setiap hari dari entah siapa-siapa yang dia sendiri tak kenal.

Aku tak tahan menanggung rindu, kekadang nak ke office aku tengok tiang lampu pun dah nampak macam Eleena.

Terus Terang Sebelum Jadi Suami Isteri

Bulan pertama bercinta aku terus terang dengan cara hidup aku, segala perkara buruk yang aku pernah buat. Lebih-lebih lagi dengan sosial life aku.

Tak ada satu pun aku sorok sebab bagi aku, kalau aku nak dia jadi isteri aku, aku kena transparent.

Crystal clear habis!

El setuju untuk habiskan masa muda dia berkahwin dengan aku seawal 23 tahun, baru grad dan baru bekerja tak sampai 6 bulan.

At first mak mertua aku tak setuju, dia nak El kerja dan simpan duit dulu, lagipun El muda lagi masa tu. Orang tua cuma nak anak-anak dia hidup terjamin, itu sahaja.

“Saya yang nak anak auntie, in shaa Allah saya yang akan tanggung segalanya”.

Mak mertua aku still tak setuju sebab dia apa heran kat aku, dia pun ada duit nak tanggung anak dia.

Cuma antara kerisauan dia, El adalah anak bongsu dan kurang bercampur orang. Takut belum pandai layan keluarga mertua nanti.

Kalau nak kata risau, mak dengan bapak aku manusia paling terkejut dan risau masa aku cakap aku nak kahwin. Sebab aku manusia paling cepat bosan, paling tak suka komitmen dengan perempuan.

Patutnya bulan kedua kitorang bercinta, majlis itu ialah majlis tunang bukan nikah. Masa tu aku tengah banyak uruskan kerja di Brunei so seminggu sekali aku kena fly ke sana.

Aku dah tak sanggup, aku makan Nasi Katok punya ayam pun aku nampak Eleena. Mana aku nak tunggu lepas raya nanti sebab akak aku yang duduk di UK tu balik time raya je.

Kakak aku pun aku langgar, apatah lagi kau. Tak sempat dia tengok adik dia kahwin. Balik Malaysia masa raya, adik ipar yang dia baru nak kenal siap dah bunting dah.

Aku nak kahwin dengan El bukan sikit anak cabaran yang perlu kitorang harungi. Terutama dari kerisauan keluarga dan ramai yang tak setuju.

Kalau aku tulis, sampai raya kang kau tak berhenti menangis.

Tip Nak Kahwin

Pada tarikh 14 February 2015 Alhamdulillah, selesailah Eleena Ezreen binti Meor Arif orang KL campuran Malaylay + Arab, tewas di genggaman anak Jawa kampung Tanjong Karang seperti aku.

Aku bagi satu lagi pickup line untuk orang bujang atau yang nak tambah kuota.

“Awak, minta no akaun bank awak”.

Dia mesti balas “Awak nak buat ape?”

Kau tembak terus “Saya nak deposit hantaran dan mas kahwin, book siap-siap takut orang lain ambil awak”.

Nak anak orang, usaha bersungguh-sungguh. Baru minta hantaran RM10,000 dah bising. Baru minta 2% KWSP dah menjerit terlolong.

Usaha dulu tapi berpada-pada jangan bodoh macam lembu dicucuk hidung.

Ingat, anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang kerana tujuan hidupnya adalah untuk berjuang.

Jikalau perahunya telah ia kayuh ketengah, ia tak boleh bersurut pulang.

Meskipun bagaimana besar gelombang, biarkan kemudi patah, biarlah layarnya robek kerna itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang.

Published by
Nadia