Setiap pasangan suami isteri pastinya ada perancangan sendiri dalam menentukan jumlah anak dalam keluarga. Ada yang suka keluarga kecil dan ada juga yang suka memiliki keluarga besar. Kebiasannya, bagi mak-mak yang baru lepas bersalin, akan ‘serik’ untuk hamil dan melahirkan anak lagi.
Namun sebaliknya bagi seorang wanita di Carolina Utara, Amerika Syarikat yang baru melahirkan anaknya yang ke-16 namun tidak menolak untuk hamil lagi selepas ini, lapor akhbar Mirror UK hari ini.
Patty Hernandez, 39, berkata, meskipun kehamilannya kali ini sedikit mencabar, namun dia menerima jika itu kehendak Tuhan.
“Saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai sebuah keluarga yang besar sehinggalah saya mula mempunyai anak.
“Kemudian, saya berfikir, ini adalah hebat dan kenapa tidak (mempunyai anak yang ramai)? Ini amat menyeronokkan,” ujarnya.
Patty juga berkata, jururawat-jururawat di hospital cukup ‘mengenalinya’ dan sering bergurau “akan jumpa dirinya setiap tahun”.
Tambah Hernandez, meskipun terdapat komen-komen nakal di media sosial mengenai keadaannya yang mempunyai ramai anak, Hernandez menganggap keluarga besar yang dikurniakan kepadanya itu sebagai satu rahmat daripada Tuhan.
“Saya tahu terdapat segelintir orang yang tidak bersetuju dengan apa yang saya ada selain terdapat juga pelbagai komen-komen nakal di media sosial, namun bagi kami ini adalah satu rahmat.
Hernandez dan suaminya, Carlos mempunyai 6 orang anak lelaki dan 10 anak perempuan, menamakan kesemua anak mereka dengan nama bermula huruf C bersempena dengan nama lelaki itu.
Dari jumlah keseluruhan anak-anak pasangan suami isteri yang tidak pernah menggunakan alat cegah kehamilan ini mempunyai tiga pasangan kembar iaitu Carla dan Caitlyn, 10; Calvin dan Catherin, 6 serta Caleb dan Caroline, 3 tahun.
Manakala, anak-anaknya yang lain ialah Christopher, 11; Cristian, 9; Celeste, 8; Cristina, 7; Carol, 4; Camilla, 2, Charlotte, 1; Crystal, 1 dan bayi yang baru dilahirkan, Clayton.
Walaupun mengakui bahawa membesarkan begitu banyak anak boleh menjadi stres, ibu dari 16 tahun gembira mempunyai ramai anak.
Pasangan itu sebelumnya menyatakan bahawa mereka menghabiskan RM 2160 seminggu untuk bahan makanan dan lampin pakai buang, malah terpaksa membeli kenderaan baru kerana mereka telah mememerlukan bas 16 tempat duduk mereka.
Patty menambah bahawa mempunyai ramai anak, banyak kerja rumah yang perlu dilakukan tetapi dia sudah melatih anak-anak yang lebih tua untuk membantunya.
“Ketika ini saya mempunyai seribu pakaian untuk dicuci, malah sekurang-kurangnya lima jam masa diperlukn untuk melipat pakaian setiap dua hari,”
“Saya mencuci pakaian sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Semasa anak-anak bermain, mereka sering meninggalkan mainan di lantai jadi saya juga perlu membersihkannya.
“Saya cuba memberi mereka rutin harian untuk membersihkan diri. Mereka mempunyai tugas sendiri.
“Yang lebih tua kadang-kadang membuat penkek sendiri, tetapi selalunya saya yang akan memasak,” ujarnya.
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Mali Dijangka Hamil 7 Bayi, Rupanya Selamat Bersalin Kembar 9!
25 Tahun Berkahwin, Suami Isteri Ini Bakal Timang Anak Yang Ke-21, Memang Betul-Betul Hebat!
MW: Meriah betul keluarga ni. Memang seronok ada anak-anak ramai, namun ia juga disertai dengan kemampuan kewangan dan tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak. Jika berkemampuan memang tiada salahnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita