Inilah sikap segelintir masyarakat, yang jika tak ditegur boleh menyebabkan kesukaran kepada orang lain. Terutama yang lebih memerlukan. Food bank ini semua orang sedia maklum disediakan khas untuk mereka yang benar-benar susah.
Kalau masih boleh beli emas, masih boleh beli belanja dapur di pasaraya, tak perlulah ambil hak orang susah di food bank itu. Kita sendiri pun patutnya sedar akan kelakuan kita.
Sayangnya, apa yang Cikgu Pe Chey nampak depan mata ini benar-benar menyentak hatinya. Sedih kenangkan apa yang jadi, cikgu kongsikan sebagai ingatan bersama.
Beli Barang Kemas, Tapi Ambil Barang Di Food Bank
Meneman isteri, tukarkan barang kemas lama dengan yang baru. Rantainya putus. Aku ikutkan sahaja kehendak dia. Di depan kedai emas, ada disediakan rak Food Bank.
Aku berdiri di luar kedai. Memerhatikan situasi.
Ada pelanggan baru keluar dari kedai dengan tangan berbimbitkan beg kertas tanda barang kemas baru dibeli. Puas hati barangkali dapat apa yang dihajati hati. Alhamdulillah rezeki.
Elok keluar, pelanggan ini, berhenti di rak food bank. Diambilnya, botol kicap, bihun dan susu budak Dutch Lady. Aku tengok saja kelaku.
Ada seorang anggota RELA yang bertugas. Dia ceritakan situasi pada aku.
Ads
“Memang macam tu peel orang kita bang. Keluar dari kedai beli barang kemas, boleh dia gi ambil barang kat food bank ni. Saya pun segan nak ambil. Tadi ada akak cleaner datang ambil. Logiklah. Ini, hmm susah nak tegur.”
Cubalah Belajar Memberi, Daripada Mengambil..
Betul juga apa adik Rela ni kata. Takkan dia nak larang. Bukan barang dia. Tuan punya kedai yang letakkan dengan harapan sampai pada mereka yang benar-benar memerlukan.
Sama macam apa yang aku fikirkan. Barang kemas beribu sanggup beli, tapi bila nampak barang kat food bank, sanggup juga rupanya dia ambil. Allahuakbar. Sadis.
Sepatutnya, barangan tu kita berikanlah pada yang tak mampu. Tak mampu nak beli barang kemas, tak mampu nak beli beras, tak mampu pun nak masuk kedai emas sebab tak mampu.
Belajar memberi daripada mengambil.
Jangan pentingkan diri. Dek disebabkan tamak dan haloba, ada orang lain yang berhak tak dapat. Sepatutnya, kita berfikir begitu.
Ads
Bukannya tembolok dan perut kita sahaja, kita fikirkan. Kalau betul tak mampu, takkan mampu beli barang kemas. Macam-macam hal. Kita belajar memahami situasi. Kalau letak beras 100 kampit pun, tak sampai sejam boleh habis.
Sebab apa? Sebab tak fikir orang lain.
MW : Macam-macam perangai manusia ini kan, kalaulah masing-masing ada rasa tanggungjawab, tentunya golongan yang memerlukan ini takkan keputusan bekalan. Fikir-fikirkanlah!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Hisyam Hamid sah bercerai, “jalan terbaik adalah dengan tidak lagi menjadi suami isteri.” Spekulasi tentang status rumah tangga pelakon Hisham Hamid akhirnya terjawab apabila jejaka kacak ini membuka mulut mengenai desas desus keretakan rumah tangganya dengan isteri, Rosmawati Hanafi.
Hisyam Hamid Sah Bercerai
Memetik Oh Bulan, Hisyam bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh perceraian mereka. Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdull Hamid, berkata dia dan Rosmawati sudah sah bercerai namun enggan mendedahkan tarikhnya.
“Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Lebih daripada itu saya tak pasti, masa yang akan tentukan.
“Jalan Terbaik Adalah Dengan Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri”
“Saya tak nak sebab satu titik hitam yang berlaku, musnahkan segalanya. Masing-masing dah minta maaf. Buat masa ini, jalan terbaik adalah dengan tidak lagi menjadi suami isteri.”
Hisyam yang berusia 39 tahun mengakui dia dan bekas isterinya ingin melupakan perkara yang terjadi selain mahu meneruskan kehidupan masing-masing.
“Dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, sepanjang 20 tahun itu tak semua negatif dan banyak perkara baik yang berlaku.
“Itu adalah pengorbanan besar yang paling besar bagi seorang wanita melahirkan anak-anak.”
Sebelum ini Hisham mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut berhubung isu rumah tangganya. Tindakan ini dilakukan kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama anak-anak.
Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
Sofea Jane teruja nak jadi nenek, anak sulung dijangka bersalin akhir bulan ini. Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, 53, meluahkan keterujaannya bakal menimang cucu apabila anak sulungnya, Arissa yang kini berusia 29 tahun, dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada penghujung bulan ini.
Sofea Jane Teruja Nak Jadi Nenek, Anak Sulung Dijangka Bersalin Akhir Bulan Ini
Menurut Sofia, fasa kehidupan ini sangat bermakna – dari zaman bujang, kemudian jadi ibu, dan sekarang bakal bergelar nenek. Katanya, “Insya-Allah, doakan semuanya berjalan lancar dan selamat untuk Arissa dan bayi nanti.”
Menariknya, Sofia sekeluarga akan sambut Hari Raya tahun ini di Eropah. Bukan saja untuk beraya, tapi juga menanti kelahiran cucu sulung mereka di sana.
“Kami beraya di sana sebab Arissa dan suaminya, Maximilian Lotz, tinggal dan bekerja di Jerman,” kongsi Sofia.
Apa yang lebih istimewa, Sofia sendiri akan uruskan tempoh berpantang anaknya. Katanya, walaupun zaman sekarang serba moden, dia tetap suka gabungkan elemen tradisional dengan moden untuk penjagaan selepas bersalin.
“Sekarang ni lebih mudah sebab banyak produk tempatan yang bantu ibu baru. Saya akan jadi macam ‘mak bidan’ – tolong jagakan cucu, pakaikan bengkung dan macam-macam lagi,” katanya sambil tersenyum.
Sofia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada 9 September 1995, dan mereka dikurniakan empat orang anak: Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
Perbuatan keji bapa tiri terbalas, berdepan hukuman penjara maksimum 830 tahun atas 32 tuduhan jenayah seksual.
Pasti ramai masih meningati rayuan seorang ibu, Noor Fatimahtul Zaharah Talib, 40, yang meminta anak perempuannya Aliah Qistina Budiyanto, 16, yang dilaporkan hilang dari rumah di Taman Maju di sini sejak 17 Mac lalu agar pulang semula ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
Perbuatan Keji Bapa Tiri Terbalas
Di sebalik kes yang mendapat liputan media ini kerana membantu mencari anak perempuannya, ia membongkar satu sisi lain selepas anaknya ditemui di mana dirinya menjadi mangsa jenayah seksual bapa tiri dan hal ini diketahui oleh ibunya.
Nauzubillahminzalik. Semalam, di mahkamah Seksyen, lelaki yang menghadapi pertuduhan jenayah seksual ini telah dihadapkan di mahkamah atas perbuatan jeliknya dan segalanya terbalas di sini.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual dan menggunakan objek bagi tujuan seksual terhadap anak tirinya sejak tiga tahun lalu.
Lelaki berusia 36 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu fakta lengkap hukuman.
Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 830 Tahun Atas 32 Tuduhan Jenayah Seksual
Tertuduh yang berdepan hukuman sebatan serta penjara maksimum 830 tahun bagi kesemua pertuduhan tidak dibenarkan diikat jamin bagi tujuan melindungi mangsa dan memastikan kehadirannnya di mahkamah.
Dalam kedua-dua prosiding, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar kelas renang mengaku bersalah atas semua 32 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Tertuduh turut mengaku salah melakukan 12 perbuatan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek di bawah Seksyen 377 CA KK.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan terhadap seorang remaja perempuan yang kini berusia 16 tahun antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023 lalu di sebuah rumah di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim dan Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari.
Sepanjang prosiding, tertuduh yang berambut panjang hanya tunduk dan mengaku bersalah bagi semua pertuduhan serta tidak mengemukakan sebarang rayuan hukuman ringan.
Dalam pada itu Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan manakala Seksyen 376 (2) pula penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.
Bagi Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 pula boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Bagi setiap kesalahan melakukan seks menggunakan objek pula mengikut Seksyen 377CA Kanun KK boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Sinar Harian pada 9 April lalu menyiarkan sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan.
Pasangan itu ditahan polis setiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 kira-kira jam 9.30 malam Sabtu lalu.
Penahanan dibuat selepas mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang membuat laporan menjadi mangsa rogol bapa tirinya itu.
Ibu mangsa yang merupakan isteri suspek turut ditahan kerana dipercayai mengetahui perbuatan suaminya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...