“Baru Kali Pertama Buat Tapi Dia Punya Sedap…” Rahsia Masak Nasi Ayam Thai

Share

Nak masak Nasi Ayam Thai ni, kena pastikan nasinya sedap dulu baru tekan yang lain-lain. Jadi kali ini Puan Nik Nur Adibah Athirah bongkar cara masak ayam yang mungkin ada sesetengah mak-mak masih tak tahu.

Luahnya, ini adalah percubaan pertama buat Nasi Ayam Thai, kalau nak cuba sila godek resepi ini ya…

Resepi Nasi Ayam Thai

Cara Buat Sup

Ayam
Halia
Bawang putih (ketuk)
Bawang merah (mayang)
Halia (ketuk)
Akar daun ketumbar
Kiub ayam
Garam

Masuk semua bahan, masak hingga ayam masak.

Sos

Gula merah
Kicap pekat
Sos ikan/kicap sotong
Cuka
Bawang putih (cincang)
Halia (cincang)
Cili padi hiris nipis
Daun ketumbar (cincang)
Serbuk perasa
Sedikit air
Masuk bahan semua sekali dan perasakan

Nak Buat Nasi Ayam Sedap

Basuh beras dan masukkan sup yang dimasak tadi dan susun ayam dalam beras tadi. Masak nasi macam biasa hingga masak.

Jangan lupa simpan sup tadi sikit untuk makan bila nasi dah siap.

Published by
Nadia