Baru dapat kereta 8 jam, gadis bingung enjin perodua Bezza 1.3 X terus rosak. Perkongsian seorang gadis di media sosialnya, @Nagakanni Subramaniam meraih perhatian di media sosial apabila mendakwa kereta perodua Bezza 1.3 X yang baru sehari diambil di pusat jualan Perodua Segamat mengalami kerosakan enjin.
Lebih memedihkan, kereta baru itu hanya sempat berada bersamanya sekitar 8 jam sahaja dan perbatuan menunjukkan hanya sekitar 46 km sahaja dan enjin keretanya langsung tidak boleh dihidupkan sebelum towing dipangggil. Selepas dua bulan menunggu penyiasatan dari pihak Perodua termasuk meminta ganti sebuah kereta baru, gadis ini Nagakanni berkongsi hal ini di media sosial facebooknya agar haknya terbela.
Baru Dapat Kereta 8 Jam
Berikut perkongsiannya :-
Beli Perodua Bezza 1.3 X, bayar bulan-bulan, tapi tak boleh guna kereta. Ini kisah saya tentang kereta Perodua Bezza yang saya beli. Beli 8 jam, terus rosak. Dah lebih 2 bulan, masih takde jawapan dan tak selesai. Lagi sedih, saya masih kena bayar bulan-bulan RM537 walaupun kereta masih rosak. Mohon rakan-rakan untuk share kisah ni supaya hak saya terbela.
Ini kronologinya.
17 Oktober 2023:-
Saya beli kereta Bezza 1.3 X dari Pusat Jualan Harapan Terang Motor Sdn Bhd Segamat pada pukul 11 pagi. 8 jam kemudian, pukul 7.40 malam, bila saya start enjin, kereta dah tak hidup.
Gadis Bingung Enjin Perodua Bezza 1.3 X Terus Rosak
18 Oktober 2023:-
Ads
Kereta saya di-tow ke Pusat Servis Perodua Segamat. Pomen di Pusat Servis bagitahu yang enjin kereta saya dah rosak.
18 Oktober 2023 (hari yang sama):
Saya telah request Perodua untuk ganti kereta baru. Saya diminta untuk menunggu keputusan dari HQ Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan.
9 November 2023:
En Sufian Customer Sales Executive dari HQ Perodua call saya. Dia kata, menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata material tersebut tak digunakan oleh Perodua. Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh 8 jam tu, apatah lagi nak usik enjin.
Ads
15 November 2023:
En Sufian kata saya kena buat loan baru dulu untuk kereta baru. Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu.
4 Disember 2023:
Salesperson dari Pusat Jualan Harapan Terang minta dokumen dari saya untuk membuat pinjaman kedua. Saya tolak permintaan tu sebab pinjaman pertama saya masih belum selesai.
8 Disember 2023:
Customer Service beritahu bahawa Final proposal belum dipersetujui, dan Perodua sedang selidik kesilapan dalaman. Atau kata lain, mereka belum boleh bagi black and white approval untuk tukar kereta saya dengan kereta baru.
Ads
02 Januari 2024( hari ini / semalam):
Masih belum ada apa-apa jawapan (secara black and white) daripada Perodua walaupun dah lebih 2 bulan. Tapi saya masih kena bayar loan setiap bulan. Saya harap sangat kawan-kawan Facebook dapat share posting ini supaya Perodua dapat selesaikan isu ini. Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya.
“Hari suami meninggal, baru tahu saya isteri kedua. Selama ini hari-hari suami ada di rumah kecuali dia selalu out station. Sampailah hari dia meninggal di rumah saya dan ada perempuan jatuh di tangga (iaitu isteri pertama) menangis-nangis.
Lihat video penuh di Youtube & Facebook Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kini penularan pandemik Covid-19 semakin hari semakin mengganas. Malah menjadi kewajipan orang yang lebih dewasa untuk lebih peka dengan penjagaan kesihatan kanak-kanak yang masih kecil.
Golongan kanak-kanak sudah pasti belum arif dengan apa yang disarankan seperti penjarakan sosial, etika menutup mulut dengan betul, tidak bersalaman dan sebagainya. Oleh itu sebagai ibu bapa sememangnya memainkan peranan untuk melindungi anak-anak yang masih kecil dari dijangkiti virus ini,
Adira Jalani Kehidupan Norma Baharu
Sepertimana saranan kerajaan tentang status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah penyanyi Adira Suhaimi mengakui sanggup tidak keluar rumah demi menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anaknya ketika tempoh PKPB ini.
Malah seperti yang difahamkan, Adira juga akur untuk menjalani kehidupan dalam norma baharu demi menjaga kepentingan anak-anaknya.
Isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini yang mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Anggerik, 3, Assan, 2, dan Anggun, berusia setahun ini memberitahu dia dan anak-anak sihat namun lebih selesa memilih berada di rumah.
Malah Adira juga sering memberi peringatan pada diri sendiri supaya tidak mengalakkan untuk keluar jika tiada hal penting atau memaksa.
Patuhi Arahan
“Saya sangat mematuhi arahan ketika PKPB ini, saya tidak akan rentas daerah atau negeri dan hanya duduk di rumah sahaja.
“Saya takut sampai macam tu sekali kerana ada anak-anak kecil yang sangat berisiko tinggi terdedah dengan penyakit berbahaya seperti Covid-19. Jadi perlu fikirlah itu dulu sebelum lakukan apa-apa,” terang Adira.
Suami Juga Tidak Merentas Daerah
Adira juga menerangkan dia bersyukur suaminya juga tidak perlu merentas daerah untuk ke rumahnya dan madu, Sharifah Norshafilla Hassim atau Datin Red.
“Alhamdulilah suami saya pun sihat dan setakat ini dia tidak perlu pun merentas daerah atau negeri kerana saya dan madu tinggal berdekatan sahaja,” terangnya.
Mak nak marah ke gelak bila anak balik rumah rupa dah macam “Venom”. Hal anak-anak sering membuatkan ibu-ibu menyimpan pelbagai perasaan saat menunggu mereka membesar dan berakal.
Ini kerana keletah anak-anak ketika kecil menjadi penghibur hati. Ada kala mak-mak rasa geram terutama part bergaduh dengan adik beradik. Itu belum part merajuknya atau cemburu. Tak kurang juga yang agak nakal dan lain lagi. Namun bila semuanya sudah meningkat remaja dan besar, semua memori indah itu takkan berulang lagi kerana masing-masing sudah matang.
Satu perkongsian dari seorang ibu, @ristyagustina mengenai anak perempuan yang balik dalam keadaan berlumuran lumpur hitam pekat telah membuatkan ramai terhibur hingga perkongsian di Tik Toknya mencecah tontonan 13.4 juta orang.
Ramai mengatakan rupa anak kecil yang hanya nampak mata putihnya itu seperti dalam filem Venom atau Sumpah Orang Minyak.
Dari reaksi ibunya sebaik anak ini berdiri di hadapan rumah mereka, iaitu perumahan muslim Vila Ilhami Balaraja yang terletak di Daerah Tangerang, Banten, Indonesia hanya perkataan astaga mampu diucapkan ibunya.
Barangkali sama sekali tak menyangka anak kecilnya berlumuran kehitaman dan hanya nampak mata putih saja. Bahkan ketika disoal bertubi-tubi oleh ibunya yang ingin tahu kenapa jadi begitu, sudah tiada serupa orang, dia hanya menyebut sudah terkencing di dalam seluar.
Hai la anak, memang buat mak-mak nak ketawa saja mengenang keletah mereka.
Tak hairanlah ramai yang tergelak menonton videonya dan ada mengatakan venom sudah datang ke universe kita selain ada mengaitkannya dengan filem Starwars Darth Vader. Bakan ramai simpati selepas mengetahui situasi sebenar keadaannya.
Ternyata selepas dibersihkan badannya, anak kecil ini memaklumkan dia terjatuh di dalam longkang di perumahan mereka tanpa sengaja. Longkang itu airnya hitam pekat kerana ibunya ada berkongsi video tempat anaknya jatuh. Mujur juga tiada apa kecederaan berlaku pada tubuhnya tetapi habis semua jiran-jiran keluar untuk melihat situasinya.
Seperti yang diketahui umum, usahawan selebriti dan bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dan anak mereka, Wan Maryam telah disahkan positif virus Covid-19.
Ibu tunggal ini dan anak kesayangannya telah disahkan positif dan pada tanggal 3 Januari lalu sehingga kini dia masih menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Mawar Karim, “Terima Kasih Beri Kata Semangat Kepada Double M”
Malah Mawar juga akui dirinya juga perlu kuat dalam melawan virus Covid. Seperti mana pengumuman oleh Perdana Menteri yang melaksanakan PKP 2.0 di beberapa buah negeri, ternyata Pandemik Covid-19 ini memberi kesan dalam kehidupan seharian setiap dari kita pada hari ini.
Malah amalan norma baru juga sangat penting dan kita mesti jaga kita dalam menentang virus bahaya ini!
“Mungkin ini masa sulit yang dihadapi oleh keluarga saya.
“Berharap yang terbaik, kesakitan bukan penghalang tetapi memberi kekuatan kepada kami untuk terus lawan.
“Terima kasih yang tak terhingga kepada kalian semua yang berdoa dan memberi kata semangat kepada Double M.
“Menghadapi masa pandemik ini, saya harus terus meyakinkan diri bahawa saya perlu kuat. Yakin pada diri sendiri agar semangat untuk terus sihat. Apa yg berlaku pasti ada hikmah.
“Kepada semua Frontliner Terima kasih yang tak terhingga sanggup mengambil risiko, bagi memastikan kita semua dalam keadaan selamat,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya.
Fizo Mohon Doakan Mawar & Anaknya Pulih Dari Virus
Fizo bersama anak kesayangannya.
Imbas kembali, sebelum ini menerusi entri di laman sesawang Instagram, Fizo Omar menerangkan anak dan bekas isterinya positif virus Covid-19. Dan dia juga turut memohon agar orang ramai mendoakan agar mereka berdua pulih dari virus tersebut.
“Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya, Wan Maryam dan bekas isteri saya Mawar telah disahkan positif Covid-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
“Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya telah pun menjalani swab test pada 2 Januari dan alhamdulillah keputusannya adalah negatif,” kongsi Fizo.
Pemilik Ordinary Baker perjelas sebab saman adik beradik RM1.5 Juta, "orang nampak saman tak nampak pengorbanan. Sejak semalam kecoh di media sosial tentang kisah...