Baru saja berkahwin seminggu, gara-gara nafkah RM8.80 sehari, suami ini yang merupakan seorang buruh ditinggalkan isteri.
Biarpun tindakan isteri ini kejam kerana sanggup meninggalkan suaminya, namun sudah takdir tertulis begitu.
Tetapi janganlah terlalu mengikut perasaan, kerana bukannya suaminya tidak berusaha tetapi tempoh seminggu terlalu singkat untuk dinilai.
Baru Berkahwin Seminggu
Seorang lelaki di Jakarta, mendedahkan mengenai kisahnya yang ditinggalkan isteri gara-gara memberi wang nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Menerusi klip video yang dimuat naik di laman TikTok, si suami berkata, dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan selama seminggu.
Gara-gara Nafkah RM8.80 Sehari
Dia yang bekerja sebagai buruh bangunan bagaimanapun terpaksa menceraikan isterinya selepas wanita berkenaan tidak dapat menerima hakikat bahawa dia hanya diberikan duit nafkah sebanyak itu.
“Isteri saya menceraikan saya kerana dia diberi nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari.
“Ia juga disebabkan oleh pekerjaan saya sebagai buruh. Keadaan rumah yang buruk membuatkan isteri meninggalkan saya walaupun kami baru seminggu bernikah,” kata lelaki tersebut pada keterangan dalam videonya.
Baca Juga Di Sini:
ISTERI Sekarang Sanggup Ditinggalkan Tanpa NAFKAH, Demi Anak, Harapkan SUAMI Berubah
Bercerai! Bukan Mudah Wanita Terima Kenyataan, Ini 10 Nasihat Mereka Yang Baru Bergelar Ibu Tunggal
Sanggup Block Bekas Pasangan! Mak, Ayah Yang Bercerai, Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa
Suami Ditinggalkan Isteri
Hantaran tersebut menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen.
“Saya tidak mahu jadi hipokrit. Apa sahaja yang boleh dilakukan dengan wang sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) pada zaman sekarang?” kata seorang netizen.
“Di rumah ibu bapanya dia sudah terbiasa makan makanan sedap. Tiba-tiba diajak hidup susah, pasti sukar untuk menerima,” komen seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Kisah ini jadi pengajaran buat suami, isteri yang baru memulakan hidup berumahtangga. Hidup susah itu normal, paling pening bertolak ansur dan saling memahami dalam membina hidup baru.
Sumber: Kosmo Online
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI