Baru Balik Bercuti Di UK-Paris, Fynn Jamal Kongsi 9 Tip Persediaan Jika Nak Bawa Mak Ayah Berjalan Jauh

Share

Baru- baru ini Fynn Jamal, 36 atau pemilik nama sebenar Nur Affina Yanti Jamalludin, baru sahaja balik daripada bercuti di United Kingdom-Paris. Istimewanya pecutian tersebut hanya berdua bersama ayah tersayang selama hampir seminggu bermula 8 Februari sehingga 15 Februari 2018.Fynn Jamal yang kini tampil berniqab,merupakan pelantun suara bagi lagu-lagu yang pernah popular satu ketika dahulu antaranya Arjuna Beta, Terbang Tunduk dan 150 juta.

Didalam laman instagram beliau, Fynn Jamal ada kongsikan gambar-gambar menarik serta tip persediaan untuk membawa golongan veteran atau warga emas jika mahu berjalan jauh. Memetik kata-kata Fynn Jamal jangan rasa mak ayah merupakan beban buat kita. Mereka adalah VIP, maka layanlah mereka macam VIP sewaktu dalam tempoh perjalanan. Memang terbaik!

Berikut antara perkongsian beliau yang boleh dijadikan panduan;

#angahdanabahgimanetu tempoh hari menjemput ramai untuk dm aku tentang persediaan bawa veterans berjalan jauh. Sesungguhnya credits untuk abah sebab di usia 67, dia memang lincah dan mudah. Alhamdulillah.

But nah;

1. UBAT

Sebelum travel, fasihkan jadual ubat dia. Kalau kita jenis lemau buat reminder. Terutama jenis-jenis sakit tak boleh miss ubat macam insulin jabs tu.

2. TRAVEL INSURANCE

Bab ni aku kena berterima kasih pada #semawar18 sebab tolong uruskan. Kita bukan nak pessimist, tapi IN CASE di tempat orang kena warded bagai— worse; ajal di tanah orang.

3. PUNCTUALITY

Mak abah kita ni lepas anak-anak semua dah beranak-pinak, hidup diorang memang dengan ritual. Ketahui jam berapa dia makan, berapa kali dalam sehari, berapa lama tempoh dia bersiap, waktu-waktu azan. benda-benda berkenaan masa lah. Dah tau— jaga timing tu.

4. SOLAT

Bila dari awal kita plan masa, kita boleh agak kat mana kita solat. Nak jama’ taqdim ke qasar. Nak kena standby wudhu’ ke tidak.

5. TOILET

Alert dengan kawasan kena bawak botol ke tidak. Alert dengan kekerapan. Kalau destinasi jauh, ingatkan. Settle sementara ada toilet. Dah on the move nanti susah, kesian dia.

6. FOOD

Tolong ambil tau apa yang dia allergic to. Benda-benda orang gout tak boleh makan, benda-benda orang diabetic tak boleh usik. Jangan bawak ke tempat yang akan buat dia kata “Ala tak pe. sikit-sikit boleh”. hahaaha. Jangan.

7. LUGGAGE

Biar kita bawak luggage saiz L asal dia bawak cabin size je. Biar beg sandang kita sebeban asal dia ringan. Ease their travel. Kecik-kecik dulu dia dukung kita kat bahu, kot. Kasilah dia santai-santai. tak pe.

8. MEMORY

Take their pictures. Be their documenter. Lupakanlah selfie tu. Tengok dia. Tengok senyum dia. Dia tengah enjoy. Ambik gambar dia. Tengoklah berapa tahun dia ulang cerita jalan-jalan tu. haha.

9. CONSTANT CHECK UP

Abah sampai dah kenal muka aku dah. Setiap sejam akan tanya “Abah ok tak?”. Jangan percaya jawapan dia. Ikut dia memang ok je. observe.

Banyak lagi sebenarnya. Tapi caption tak muat pula. haha.

Apa pun,kuncinya cuma ini;
Dia prioriti.

Dan jangan layan ayat-ayat seperti “ala takpe” tu. kadang-kadang dia fikir dia akan susahkan kita sebab kena pit stop untuk uruskan dia.

Senyum.Jangan bagi dia rasa dia burden untuk kita.
Dia VIP.

Maka layan macam VIP.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Jadi buat pembaca mingguan wanita yang berhajat nak bawa mak ayah berjalan jauh, lebih-lebih lagi ke luar negara boleh ikut tip persediaan yang Fynn Jamal ini kongsikan.Memang seronok dapat membahagiakan mak ayah dengan membawa mereka berjalan-jalan.

Sumber Instagram: Fynn Jamal

Published by
Suhaidah Abd Wahab