Baru 6 Hari Suami Meninggal, Balu Covid-19 Ini Pula Disahkan Positif

Share

Hebatnya ujian Aiza Syafinaz binti Hj Shahak ini. Pada 26 Mac lalu, suaminya dijemput Ilahi selepas dijangkiti Covid-19, dan kini dirinya pula disahkan positif Covid-19. Ketika ini sedang berada di wad Covid, Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Lebih menyayat hati, ayahnya masih lagi berada dalam Kuarantin di Hospital Permai, Johoh Bahru selepas disahkan positif pada 19 Mac lalu.

Sebak perkongsiannya,

“Assalamualaikum sahabat syurga ku semua.. saudara mara seislam ku.. Salam kemaafan..

Saya sedang di uji Allah SWT dengan ujian yang hebat. InsyaAllah saya perlu kuat untuk semua rakan wanita di luar sana. Saya sayang anda semua kerana Allah.. lillahitaala.

Saya telah disahkan positif Covid-19 pada semalam, 30hb Mac 2020. Setelah membuat saringan di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Titwangsa pada 22 Mac 2020, jam 11.30 pagi.

Oleh kerana saya adalah contact utama arwah suami saya yang meninggal dunia pada 26hb Mac 2020 akibat Covid. Korban ke-24 (kes ke 1056) maka saya juga telah disahkan positif walaupun saya tiada mengalami simptom apa-apa. Saya kini berada di wad diraja (wad Covid) HKL tingkat 4 wad 14 katil C. (maaf tidak boleh melawat) jaga diri anda.

Ayah Masih Dikuarantin Covid-19

Ayah saya, Sahak Sahak Haji Shahak juga sedang di kuarantin di Hospital Permai JB sejak 19hb Mac yang lalu sehingga kini. Dan sehingga hari ini beliau stabil dan sihat. Beliau juga positif Covid-19 walaupun tiada simptom kerana mempunyai sejarah bersalamanan dengan anak kepada jemaah tabligh (itu asbab). Mohon doakan ayah saya juga akan sihat dan cepat keluar dari wad.

Keluarga yang lain di Simpang Renggam setakat ini adalah negatif. #prayforsimpangrenggam
Mohon sahabat semua agar mendoakan kami tabah, sabar, redha, cekal, kuat semangat untuk menghadapi segala ujian Allah SWT ini.

Sesungguh nya ujian yang Allah beri ini untuk kita kerana kita mampu dan kuat untuk menghadapinya. Dan inilah bukti kekuasaan Allah untuk kita beriman dan tunduk kepadaNYA.

Kita mohon doa agar Allah ampun kan kita, maafkan kita. Allah uji kerana Allah sayang.

Saya serahkan jiwa dan raga saya di atas aturan dan perancangan Allah SWT. Sesungguhnya kita semua makhluk Allah yang dikasihi dan disayang. Ya Rahman Ya Rahim.. Yang Maha Agung.

Jaga diri semua… stay at home. Ikut arahan kerajaan. .. jaga kebersihan dan mari kita berdoa agar virus ini akan lenyap dari dunia. Amalkan minum lemon, makan supplemen. Kuatkan antibodi ya.. kuatkan imunisasi. Jangan fikir bukan bukan. Always thinking positive.

 

Jangan Kecam Pesakit Positif Covid-19

Tidak semua pesakit Covid akan tewas dan kecundang. Mohon jangan kecam pesakit Covid seperti kami. Kami tidak minta sakit ini, kami insan terpilih. Mohon doakan kami terus kuat berjuang kerana Allah SWT. Dan sentiasalah send aura positive kepada kami. Jangan call kami nangis nangis ya.

Al fatihah untuk Allahyarham suami ku tercinta, Mohd Fairos bin Saberon. Damai lah di sana dengan tenang sebagai negarawan dan syahid.. Al fatihah (di baca).

Salam kasih sayang untuk semua. Terima kasih sahabat yang mengirim kan aura positif untuk saya. Yang solat hajat untuk saya, yang mendoakan saya dan yang pinjamkan semangat kepada saya. Always call saya bagi semangat dan kirim doa… love u olss.. Saya sayang u ols.. tak dapat nak tag nama sahabat kerana semua nya sangat baik.

Baca sini : Kita sama-sama terima kesan wabak ini, henti kecam. Terus doakan kami.

MW : Marilah terus doakan agar pesakit Covid-19 yang diuji ini dipermudahkan perjuangan mereka. Begitu juga para frontliner yang tidak berhenti merawat dalam kesukaran pergerakan. Dan kita teruslah #DudukRumah kerana ini juga usaha terbaik untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Sumber/Foto : Aiza Syafinaz Aiza

Published by
Netty Ah Hiyer