#barangmasaktahanlama Tak Payah Beli Kerap Sangat Lengkuas, Serai Dan Daun Sup Sebab Cara Ini Sangat Mudahkan Kerja Mak-mak!

Share

Bila masuk cerita bab dapur, pastinya ramai nak tahu cara praktikal yang mudahkan kerja mak-mak di dapur. Tambahan pula kalau anda jenis keluar bekerja. Betul tak?

Haaa… ini tip ringkas dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…

1.Daun sup

Pastikan pokok daun sup di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais.

Caranya:

Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.

Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.

2.Lengkuas dan Serai

Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.

Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.

Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.

3.Cili api dan Lada Merah

Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.

Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.

Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.

Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.

Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia