Tiada siapa sangka dan menduga, suatu hari nanti ditakdirkan pasangan kita pergi selamanya mahu pun berpisah. Sedangkan selama ini, dialah tempat kita bergantung harap dan berkongsi suka duka bersama.
Lebih memilukan, jika pasangan yang pergi meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Tiada lagi tempat bergantung harap. Bayangkan selama ini isteri yang menyiapkan segala kerja rumah, uruskan anak-anak dan sebagainya.
Satu masa, dia pergi meninggalkan kita yang ‘terkontang-kanting’, kekok dan tidak tahu uruskan anak. Nak tak nak, kena teruskan kehidupan. Tak boleh rasa ’down’ sebab kita ada anak-anak yang bergantung harap pada kita.
Sementelah pula, kalau pasangan kita, suami pergi mengejut. Bagaimana untuk teruskan kehidupan mendatang bersama-anak-anak. Bukan sahaja dari emosi tapi dari segi kewangan untuk teruskan kehidupan.
Jadi, apa perancangan untuk kita terus ‘survive’ dengan anak-anak pada hari mendatang. Bapa tunggal ini yang telah kehilangan isteri tercinta sejak tiga tahu lalu mampu dijadikan panduan dan rujukan buat pasangan di luar sana.
Inilah yang dikongsi olehnya untuk pasangan di luar sana yang kehilangan orang tersayang untuk teruskan kehidupan dan ‘survive’ demi anak-anak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bapa Tunggal Ini ‘Respect’ Mak-Mak Anak Ramai Yang Mampu Simpan Suara ‘Tarzan’
Isteri Sanggup Jadi ‘IBU TUNGGAL’ Walaupun ADA SUAMI, Hanya Bertahan Demi ANAK
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Macam mana nak survive sebagai single parent?
Banyak isu boleh dikurangkan atau diselesaikan bila ada duit. Tak perlu banyak tapi cukup untuk survive. Walaupun ada kerja, tapi duit cuma ngam-ngam sahaja pun agak sukar. Bila single ni banyak benda nak pakai duit.
Dulu mungkin jadi suri rumah, tapi sekarang dah nak kena keluar bekerja. Nak uruskan anak-anak dah libatkan duit juga. Anak nak kena upah orang jaga. Nak ambil dan hantar ke sekolah, ke transit dan sebagainya semua perlukan duit.
Jadi, sebelum jadi single parent, eloklah ambil takaful dan buat hibah. Atau boleh sediakan simpanan dalam bentuk tunai atau emas. Kalau bercerai mati, mungkin ada hibah untuk membantu. Kalau bercerai hidup mungkin ada emas untuk membantu.
Apa-apa pun duit kena ada, barulah lebih mudah dan tenang nak survive dengan anak-anak. Kalau takde duit, memang struggle sangat lah.
Nampak remeh, tapi dengan perut yang kenyang, banyak benda boleh selesai. Nak uruskan rumahtangga dan anak-anak jadi lebih mudah. Tak ada nak mengamuk dan marah-marah. Perut yang kenyang atau makan yang cukup buat emosi lebih stabil.
Jadi, kalau ada duit, ini pun membantu. Boleh beli dan masak macam-macam. Atau boleh order dan ada masa lebih untuk anak-anak dan juga rehat. Makan ni pun terapi juga. Membahagiakan selain mengenyangkan.Tapi jangan kenyang sangat, nanti malas pulak jadinya.
Bila single ni, paling penting adalah rehat. Benda ni kalau tak cukup macam-macam penyakit boleh datang menganggu. Pertama sekali tentulah penyakit emosi. Tak cukup rehat buat badan jadi lebih mudah penat. Penat buat kita cepat beremosi dan mudah marah. Anak-anak nanti jadi mangsa.
Tak cukup rehat buat kita jadi stres, bole jadi depress, boleh jadi anxiety dan macam-macam. Mental stres ni boleh buat fizikal jadi sakit juga. Sangat bahaya, nanti takut kita pulak yang mati. Dah anak-anak terus yatim piatu pulak nanti. Jadi, tidur awal adalah sangat penting.
Single parent tak banyak masa. Kalau dulu rumah kemas yakmat, sekarang dah tak mampu nak begitu. Memang sakit hati stres jadinya, namun sometimes benda gini kena letgo demi untuk benda yang lebih perlu atau penting.
Biarlah living room semak, namun dapur bersih. Biarlah katil berselerak namun bilik air bersih. Learn to prioritize. Kita takde tangan 8 untuk buat semua benda. Masa yang ada lebih digunakan untuk rehat berbanding benda yang kau kemas sekarang lagi 15 minit dia berselerak balik.
Okey, ini penting tau. Elak bandingkan kita dengan kawan yang ada pasangan dan jangan bandingkan kita dengan single parent yang lain. Setiap orang dugaan tak sama. Ada single parent anak 4 tetapi semua dah besar anaknya. Awak single parent anak 4 tapi masih kecil lagi. Jadi, apa yang dia alami takkan sama. Ambil benda yang positif dari pengalaman orang lain. Jangan dok banding sampai merendahkan kemampuan sendiri.
Ok, kita perlukan kawan, saudara untuk bantu. Sometimes bukan wang ringgit, tapi support dari segi doa dan semangat. Elakkan kawan dan saudara yan selalu bagi toxic positivity. Selalu bagi nasihat, bunyi macam positif jer nasihat dia tetapi sangat tak bagus untuk kita.
Kerja dia bagi nasihat positif sahaja. Dia suruh kita bersabar, suruh kita bangun, tak bagi kita menangis atau bersedih, dia tak bagi kita down, elak fikir negatif langsung. Semua kena senyum dan fikir positif sahaja. Ini adalah toxic positivity.
Kita manusia. Tuhan bagi pelbagai rasa dan perasaan. Ada masa kita down, maka cara nak lepas kesedihan adalah menangis. Jadi, menangislah sepuasnya dan lepas tu bangun dan carry on. Ada orang tak bagi langsung kita menangis, katanya nanti kita lemah. Tak kena kat dia, boleh sembang.
Jadi, cari kawan yang bila kita sedih dia datang menangis bersama. Bila kita cakap kita down, sedih dia akan teman kita untuk menangis. Takde dok suruh kita tahan emosi, suruh kita sabar, lawan, kuat, gagah itu ini.
Begitulah.
Itu pengalaman aku yang dah 3 tahun bersendirian membesarkan 3 anak kecil ini. Itulah yang buat aku survive single parenting ni. Jadi, bagi yang selalu bertanya aku macamana aku buat, itulah jawapannya.
Semoga semua single parent di luar sana dikurniakan kekuatan dan kecekalan dalam membesarkan anak-anak di zaman yang serba mencabar ini.
Ingat, jaga diri kita terlebih dahulu kerana anak-anak hanya ada kita untuk bergantung harap.
Jika kita rebah, tewas, maka seluruhnya akan gagal.
Fighting!
#superdaddy
Mingguan Wanita : kena kuat demi anak-anak. Mungkin orang lain hanya mampu minta bersabar tapi kita yang lalui semua ini.
Sumber: Khairul Abdullah
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita