Bapa terlebih sporting anak selamba conteng Alphard, ingat kena marah rupanya beri galakan berkarya. Sekitar 10 tahun lalu, pasti ada di antara kita pernah membaca kesalan seorang ayah kerana telah memukul anak tunggalnya.
Sebabnya hanya satu di mana anak telah menconteng kereta dan si ayah memukul anak bertalu-talu hingga tangan si kecil membengkak. Menganggap si anak perlu dihukum, baik si ayah mahu pun ibu langsung tidak mempedulikan anak dengan alasan mahu mengajar dan mengatakan perbuatan si anak itu salah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Lukisan Ini Bernilai USD2-75 Juta, Mak Jangan Marah Anak Conteng Dinding. Mana Tahu Jadi Seperti Cy Twombly
Anak Conteng Dinding, Simpan Suara Petir Tu, Magic Sponge RM2.10 Ini Buat Mak Tenang
Doktor Kongsi Pengalaman Seram, Muncul Tulisan Misteri Di Dinding Rumah Sewa
Anak Tak Duduk Diam & Makin Panjang Akal, Sebenarnya Ciri Budak BIJAK
Tapi akhirnya keduanya menyesal seumur hidup kerana telah berlaku jangkitan kuman di telapak tangan yang memaksa kedua belah tangan anaknya terpaksa dipotong untuk selama-lama selepas anak mengalami demam panas akibat tangan luka-luka dirotan.
Dialog si anak cukup meninggalkan kesan di hati ramai mak ayah.
“Ayah… bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil tangan Ita. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi! Ayah pulangkanlah tangan Ita ye…” kata Ita bertalu-talu, merayu kepada si ayah agar mengembalikan kedua-dua belah tangannya.
Ya, ramai ibu ayah akan kurang sabar bila harta kesayangan mereka diusik. Tambah jika kereta tersebut telah diubah suai berpuluh ribu dan ia menjadi benda kesayangan.
Tapi satu perkongsian seorang bapa dari Terengganu menggunakan akaun Tik Tok @Zameerpenbrush pasti membuat kita teruja.
Teruja kerana cara didikannya dan memahami minat anak dalam seni lukis membuatkannya tidak kisah anak-anaknya menconteng kereta mewah, Alphard. Jika di awal plot dia nampak mahu marah dan menyuruh anak memadamnya, tetapi akhirnya menggalakkan anak terus melukis.
Dan bila menjengah di media sosialnya ternyata mereka anak beranak dikurniakan kreativiti luar biasa di mana masing-masing berbakat melukis. Hasil seni yang mereka cukup awesome dan berjaya mengubah sebuah kereta menjadi luar biasa dan nampak cantik.
Menjadikan ini sebahagian dari rezekinya, caranya berkongsi minat dengan anak dan membenarkan si ciliknya sama-sama berkarya adalah sesuatu yang luar biasa. Kerana tidak ramai ibu bapa sanggup mempertaruhkan “pekerjaan” mereka bersama anak-anak.
Tidak hanya melakar kreativiti di kenderaan, kalau dijengah di media sosialnya bapa ini turut melukis di helmet, dan lain lagi dan hasilnya memang superb.
Jadi buat mak ayah yang ada anak minat tentang seni, berilah mereka galakan. Bukan terus melarang atau merotan kerana mana tahu hasil seni mereka itu bernilai tinggi di masa depan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.