Petua viral pisahkan anak dengan puting guna kunyit ini dikongsikan oleh bapa ini, Muhammad Zaini Jasni. Anaknya yang usia setahun 6 bulan itu penghisap puting tegar.
Prosesnya memang tak mudah. Ambil masa 6 hari juga nak memujuk anak lupakan emosi rentan ingat puting. Lagi-lagi waktu nak tidur.
“Anak saya seorang penghisap puting yang tegar. Dia mula menghisap seawal usia 2 bulan. Kadar ketegaran dia sehingga hendak mandi pun kena hisap puting.”
“Apatah lagi waktu dia hendak tidur. Puting ibarat candu yang tidak boleh berenggang dari mulut.”
Kata bapa ini lagi, untuk puting anaknya saja dia simpan siap-siap 5 ketul. “Sebab selalu hilang. Simpan dalam handbag, kereta, rumah malah rumah atuk dia.”
Ads
“Kalau tak ada memang masalah.”
Ramai yang menasihatinya. Minta dia pisahkan puting dari anak kecilnya itu. “Kalau tidak dari sekarang pisahkan dia dengan puting, akan datang bila umur meningkat lagi susah.”
Cuba 2 Petua Dulu, Tapi Petua Viral Guna Kunyit Paling Berkesan
“Jadi ada beberapa petua yang saya dan isteri gunakan.”
Pertama : Hilangkan Puting Dari Pandangan
Kaedah ni bertahan selama beberapa jam. Ketika mula bosan, dia mula mencari punting semula. Kami beritahu puting hilang, dia akan menangis dengan kuat. Gagal kali ini.
Ads
Kedua : Lumur Puting Dengan Halia
Isteri saya tumbuk halia halus halus. Kemudian puting tersebut dilumurkan dengan halia tersebut. Selepas digaul dengan sempurna, kami beri kan pada anak. Apa yang terjadi selepas itu, anak saya suka pula hisap dengan halia. Gagal lagi kali ini.
Ketiga : Petua Viral Guna Kunyit
Kami gaulkan punting dengan kunyit. Kali ini perapan lebih lama. Malam ketika hendak tidur kami berikan punting. Kali ini, anak tolak punting tersebut. Siap buat mimik loya dengan muka. Mungkin dia geli lihat puting tersebut dengan warna kekuningan.
Ads
Untuk Petua Viral Guna Kunyit, Prosesnya Ambil Masa 6 Hari
Anak akan merengek, panggil nama puting dia ‘KEKE’. So dia akan merengek ‘KEKE’ sampai terlelap.
1 – 3 Hari Pertama : Nampak dia macam tak selesa. Masa dia merengek ini, saya bagi puting lumur kunyit tu.
4 – 6 Hari Seterusnya : Dia dah start lupa. Cuma time nak tidur je baru minta. Kali ini selang seli dengan putting ada kunyit dengan putting bersih. Surprisingly bila dua-dua dia tolak.
“Video saya ambil tu lepas 2 minggu, dia totally tolak puting dan tak minta lagi.”
Luka Melecur Agak Kritikal Hampir 70 Peratus Terbakar, Bakal Pengantin Terpaksa Ditidurkan!Tak dapat membayang trauma dan kesakitan ditanggung oleh bakal pengantin ini apabila disambar api hingga menyebabkan hampir 70 peratus luka melecur ditubuhnya. Besar dugaan yang dihadapi menjelang majlis pernikahan yang sepatutnya dijadualkan pada bulan hadapan.
Terkini dilaporkan, bakal pengantin berusia 26 tahun yang melecur hampir keseluruhan badan akibat letupan tong gas petroleum memasak (LPG) di rumahnya di Taman Sena Permai, di sini, semalam kini ditidurkan.
Luka Melecur Agak Kritikal
Menurut adik mangsa, Muhammad Azib Muhamad, 25, kakaknya terpaksa ditidurkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) berikutan luka melecur di tubuhnya agak kritikal.
Bagaimanapun, menurut Muhammad Azib, kakaknya, Siti Hajar Hanis dilaporkan stabil dan akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bertemu pakar kulit.
“Buat masa ini kakak akan dirawat di Hospital Seberang Jaya dulu sebab tiada kekosongan katil di HPP. Nanti bila ada kekosongan katil, kakak akan terus dibawa ke HPP untuk menemui pakar kulit di sana.
“Keadaan kakak buat masa ini stabil selain organ dalamannya juga berada dalam keadaan baik selepas doktor melakukan pemeriksaan,” jelas Muhammad Azib ketika dihubungi hari ini.
Belum Buat Keputusan Majlis Pernikahan
Sementara itu, Muhammad Azib memberitahu, pihak keluarga masih belum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan atau menunda majlis pernikahan kakaknya yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
“Kami akan tunggu kakak sedar dahulu, tengok keadaannya macam mana dan baru akan buat keputusan berhubung perkara itu. Malah kami juga ada berbincang dengan tunang kakak berhubung perkara itu,” katanya lagi.
Melecur Hampir 70 Peratus
Dalam kejadian sekitar pukul 7.30 pagi semalam, Siti Hajar Hanis melecur hampir 70 peratus di bahagian badan akibat disambar api selepas tong gas memasak meletup ketika hendak menggoreng ikan.
Kejadian itu turut menyebabkan hampir keseluruhan struktur bangunan rumah teres dua tingkat itu mengalami kerosakan.
Menurut Muhammad Azib, dia dan isterinya kini tinggal di rumah ibu bapanya di Lubuk Meriam sementara kediaman mereka dibaik pulih.
Kedua bayi kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya ini iras arwah ibu mereka, Allahyarham Siti Nur Nasuha, 23 yang meninggal dunia pada 14 April lalu. Kebesaran anugerah Ilahi ini, dirasai oleh ayah mereka, Syazwan Najmi Zulkarni, 23.
Maklumnya, kedua kembar perempuannya membesar dengan baik. Malah, mereka ada iras wajah isterinya. Biarpun keduanya dilahirkan pra-matang pada penghujung Mac lalu, kedua-duanya semakin montel.
Diam tak diam, sudah dua bulan rupanya arwah isteri Syazwan meninggalkannya dan bayi mereka. Allahyarham meninggal dunia selepas mengalami komplikasi selepas melahirkan cahaya mata sulungnya itu.
Dalam tempoh dua bulan itulah, bayi kembar ini menerima kasih sayang daripada ayah dan kedua nenek mereka yang tinggal saling berdekatan.
Suami ini tak pernah sedikit pun melupakan pengorbanan isteri. “Pengorbanan arwah isteri menjadikan saya dapat bergelar seorang ayah. Dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami.”
Sungguh setiap momen bersama anak kembarnya akan diabadikan di laman facebook miliknya. Pasangan kembar ini pun dah ada peminatnya yang tersendiri.
Akui bapa ini lagi, gelaran bapa memberinya satu perasaan yang cukup istimewa. “Saya tak sabar menunggu kembar ini boleh bercakap. Mahu dengar dia ucapkan Hari Bapa kepada saya.”
Anak Kembar Iras Arwah Isteri Dijaga Secara Bergilir
Selepas pemergian isteri tercinta, kedua anak kembarnya di bawah jagaan Syazwan dengan dibantu secara bergilir oleh ibu dan ibu mentuanya.
“Buat masa sekarang kedua anak ini dalam jagaan keluarga saya dan mentua secara bergilir kerana rumah mereka tak jauh antara satu sama lain.”
Memandangkan dia bekerja bersama ibu dan ayah di kantin hospital dekat Tumpat, anak-anaknya itu lebih kerap ada di rumah mentuanya.
Malah, ibu mentuanya, Maharani Abdul Rahman, 43 pun tak keberatan menjaga cucu-cucu mereka. Menatap wajah cucu-cucunya itu membuatkan rindunya pada arwah semakin terubat.
Kedua kembar ini ibarat anugerah yang tak ternilai, yang tuhan berikan selepas pemergian anak keduanya itu.
“Pemergian (arwah) Nasuha agak mengejutkan. Tapi kami redha kerana itu adalah asbab kematiannya. Dia tinggalkan dua cahaya mata yang comel ini sebagai amanah untuk kami. Dan kami takkan sia-siakannya.”
Malah, ada juga yang menyatakan keinginan mahu mengambil si kembar ini menjadi anak angkat.
Bila dah jadi mak-mak ni segalanya nak kena cepat, mudah dan paling penting jimat masa baik nak uruskan anak-anak dan rumahtangga, mahupun nak buat kuih raya! Jika pernah buat kuih siput, bahagian yang paling ‘renyah’ nak buat ialah bab menggentel tepung kecil-kecil untuk dijadikan ‘siput’ sebelum digoreng.
Menerusi perkongsian Nana Ereena ini cara senang dia buat ‘kuih siput’ ekspress dengan menggunakan pasta je. Siap buat jual! Tak perlu gentel tepung, pastanya pula tak perlu direbus.
Berikut antara perkongsiannya:
“Kuih raya pertama ku yang paling senang di abad ini.Dah siap kena sorokkan kalau tak sekejap licin”
Pasta Crispy Black Pepper / ‘Kuih Siput’ Ekspress
Bahan-Bahan:
Makaroni/spiral/small shell (saya pakai ketiga-tiganya)
Tepung bestari @ pilihan anda
Daun kari
Serbuk Lada Hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1.Masukkan makaroni/spiral/small shell dalam tapis. Lalukan bawah air paip. Cuci bersih.
2.Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan tepung bestari. Kuantiti agak-agak lah ye.Asal melekat dekat makaroni/spiral/small shell tu.Kalau tak lekat tambah air sikit.
3.Gaul sebati.
4.Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan dengan daun kari.
5.Angkat dan toskan. Gaulkan dengan black pepper.Siap.
Siap! Selamat mencuba!
Senang sanang kan, mak-mak bolehlah cuba untuk kudap-kudapan masa raya nanti.Gerenti laku keras!