Bapa Hafidz Luah Elakkan Isu Tak Patut Dibangkitkan, Beri Kesan Tak Baik “Ia Menjejaskan Nama Baik (Keluarga), Perlu Dihentikan”

Share

Bapa Hafidz luah elakkan isu tak patut dibangkitkan, beri kesan tak baik “Ia menjejaskan nama baik (keluarga), perlu dihentikan”. Bapa kepada pelakon Hafidz Roshdi meluahkan mengenai konflik yang melibatkan anaknya dengan isteri, Nurul Shuhada.

Sebagai seorang bapa, Roshdi menemani anaknya di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada awalnya Roshdi enggan memberi komen namun akur dengan pujukan pengamal media untuk memberikan kenyataan.

Bapa Hafidz Luah Elakkan Isu Tak Patut Dibangkitkan

Seperti mana yang dilaporkan portal berita, Roshdi meminta agar isu yang tidak berkaitan dengan pertuduhan mahkamah itu tidak terus dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

“Bagi isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan kerana pada saya ia boleh beri kesan tidak baik. Ia menjejaskan nama baik (keluarga) dan ia perlu dihentikan

“Kami bukan seperti yang difitnah. Orang kenal kami dan selama ini kami cuma berdiam (diri),” katanya.

Seperti yang diketahui umum Hafidz dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan Nurul Shuhada dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor pada 2 Mac lalu.

Kemelut Rumah Tangga Harap Dapat Diselesaikan Dengan Cara Baik

Bapa pelakon itu juga berharap kemelut rumah tangga anaknya dapat diselesaikan dengan cara baik.

Bagaimanapun, Roshdi Ahmad berkata, bagi pertuduhan menumbuk isteri hingga mendatangkan kecederaan yang dihadapi anaknya, beliau menyerahkan perkara itu untuk diadili mahkamah.

“Sekarang kes ini sedang diadili dan kita doakan yang terbaik.

“InsyaALLAH kita (keluarga) juga akan selesaikan masalah ini (kemelut rumah tangga Hafidz) dengan cara terbaik,” katanya.

Roshdi terdahulu menemani Hafidz yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.

Namun, bintang filem Pusaka itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.

Mahkamah kemudian memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.

Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang.

Rentetan itu Hafidz dilaporkan menceraikan Shuhada dengan talak satu melalui panggilan telefon bersaksikan keluarga pada 22 Februari lalu.

Kemelut rumah tangganya itu lebih panas apabila beliau didakwa bertindak menumbuk hingga mencederakan isterinya.

Perbalahan pasangan itu dilihat terus berlanjutan apabila kedua-duanya sebelum ini turut berbalas surat terbuka di media sosial Instagram.

Antara kandungan surat terbuka Hafidz adalah menuntut permohonan maaf daripada Shuhada dan mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah dalam tempoh 48 jam.

Dakwa Hafidz, Shuhada dalam hantaran Instagram bertarikh 5 Mac 2023 menyebut adiknya bersubahat dan keluarganya bersifat toksik.

Baca Disini : “Saya Hanyalah Lelaki Tumpang Rezeki Isteri…” Kejayaan Demi Kebahagiaan Buat Hafiz Mahamad

Sumber :  Sinar Harian Harian Metro

Sumber Foto :  Instagram Hafidz Roshdi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

Published by
Norhayati Suboh