Bapa Hafidz luah elakkan isu tak patut dibangkitkan, beri kesan tak baik “Ia menjejaskan nama baik (keluarga), perlu dihentikan”. Bapa kepada pelakon Hafidz Roshdi meluahkan mengenai konflik yang melibatkan anaknya dengan isteri, Nurul Shuhada.
Sebagai seorang bapa, Roshdi menemani anaknya di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada awalnya Roshdi enggan memberi komen namun akur dengan pujukan pengamal media untuk memberikan kenyataan.
Bapa Hafidz Luah Elakkan Isu Tak Patut Dibangkitkan
Seperti mana yang dilaporkan portal berita, Roshdi meminta agar isu yang tidak berkaitan dengan pertuduhan mahkamah itu tidak terus dibangkitkan oleh mana-mana pihak.
“Bagi isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan kerana pada saya ia boleh beri kesan tidak baik. Ia menjejaskan nama baik (keluarga) dan ia perlu dihentikan
“Kami bukan seperti yang difitnah. Orang kenal kami dan selama ini kami cuma berdiam (diri),” katanya.
Seperti yang diketahui umum Hafidz dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan Nurul Shuhada dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor pada 2 Mac lalu.
Kemelut Rumah Tangga Harap Dapat Diselesaikan Dengan Cara Baik
Bapa pelakon itu juga berharap kemelut rumah tangga anaknya dapat diselesaikan dengan cara baik.
Bagaimanapun, Roshdi Ahmad berkata, bagi pertuduhan menumbuk isteri hingga mendatangkan kecederaan yang dihadapi anaknya, beliau menyerahkan perkara itu untuk diadili mahkamah.
Ads
“Sekarang kes ini sedang diadili dan kita doakan yang terbaik.
“InsyaALLAH kita (keluarga) juga akan selesaikan masalah ini (kemelut rumah tangga Hafidz) dengan cara terbaik,” katanya.
Roshdi terdahulu menemani Hafidz yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.
Namun, bintang filem Pusaka itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.
Mahkamah kemudian memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang.
Rentetan itu Hafidz dilaporkan menceraikan Shuhada dengan talak satu melalui panggilan telefon bersaksikan keluarga pada 22 Februari lalu.
Ads
Kemelut rumah tangganya itu lebih panas apabila beliau didakwa bertindak menumbuk hingga mencederakan isterinya.
Perbalahan pasangan itu dilihat terus berlanjutan apabila kedua-duanya sebelum ini turut berbalas surat terbuka di media sosial Instagram.
Antara kandungan surat terbuka Hafidz adalah menuntut permohonan maaf daripada Shuhada dan mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah dalam tempoh 48 jam.
Dakwa Hafidz, Shuhada dalam hantaran Instagram bertarikh 5 Mac 2023 menyebut adiknya bersubahat dan keluarganya bersifat toksik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Arwah mak baru meninggal, tular nenek tunggu luar dewan baca Yassin beri semangat cucu jawab SPM. Tular di media sosial kesanggupan seorang nenek yang menunggu di luar dewan di saat cucunya menjawap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam satu perkongsian seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di Tik Toknya @c_s.ihsan kelihatan seorang warga emas duduk di bangku luar dewan sambil membaca Yassin sementara cucunya menjawab SPM.
Apa yang menusuk hati, bukan saja kesanggupannya menunggu cucu tetapi ada kisah sedih mengenai pelajar cemerlang ini.
Difahamkan, emak kepada pelajar tersebut baru saja meninggal dunia Oktober lalu dan pelajar ini adalah pelajar cemerlang yang mendapat pointer 3.6 seperti didedahkan oleh guru yang mengajar pelajar ini.
Pengorbanan nenek ini yang sanggup menunggu di luar dewan ternyata membuatkan ramai menangis dan mengingati zaman kecil mereka khususnya yang dijaga oleh nenek ketika kecil dahulu.
Dalam satu ruangan komen, seorang doktor berkongsi kisah sedihnya di mana menurutnya beginilah situasinya ketika kecil dahulu.
“Ya allah, sebijik mcm arwah nenek saya yg bsarkan sya dri kecik. Nenek baca yasiin demi nak sya brjaya😭 Sampi saya jd Doktor smpat balik dn nenek abes nafas dekat tangan sya juga btpa dia rindu cucu dia.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Elok sangatlah suburkan amalan bersedekah terutama di hari Jumaat. Tak kisahlah pada mak ayah, nenek atuk, anak-anak mahupun makcik pakcik yang ada di sekeliling kita. Berkat sedekah duit ringgit atau apa saja itu nanti kita juga yang rasa.
Formula sedekah itu sejak dari dulu lagi tak pernah berubah. Satu kau sedekah, Sepuluh Allah beri semula dekat kita. Tapi ada lagi yang rugi tak ambil peluang.
“Ni sajalah nak nasihat kat muda mudi generasi XY budak-budak hipsters la ni… kalau time ghaya ni, buat yang dah bekerja dah ada gaji… duit raya sediakan jugaklah kat orang-orang tua makcik pakcik kita.”
Jangan Dok Kata Tak Dak Duit.. Tak Cukup Duit
Pesannya lagi, ketika menghulur sumbangan raya itu, janganlah cuma beri pada mak ayah semata. Jika ke rumah orang-orang lebih tua hulurlah mana mampunya untuk mereka. Lagi-lagi orang-orang tua yang dah tak mampu bekerja ni.
“Janganlah dok harap depa nak bagi kat kita lagi… la ni turn kita pulak yang bagi balik kat depa… sebab masa kita kecik, depa dok tanggung kita bagi macam-macam walaupun bukan mak pak kita.. apa salahnya bagi duit raya… bukan banyak pun.”
“Sebab depa la ni dah tua mana larat nak kerja… ini semua berkat jugak untuk masa depan kita.. sat gi depa doakan untuk kita jugak.. jangan dok pikiaq mak pak masing-masing ja.. mak sedara pak sedara pun fikirkan juga naa… yang budak-budak tu sekurang-kurangnya ada makpak lagi yang bekerja,”
“Jangan dok kata tak dak duit tak cukup duit… macam mana nak ada duit kalau 10 hinggit pun berkira.” Tulis Azrinaz yang semakin berseri-seri selepas mengumumkan berita kehamilannya baru-baru ini.
Sebagaimana yang dikongsikan @salimahabibi melalui hantaran video suaminya, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre pemberian duit raya yang dilakukan di Malaysia ini bukanlah diambil dari budaya bukan Islam. Malah perbuatan ini telah diamalkan para ulama’ zaman berzaman.
“Kita betulkan pandangan semula tentang duit raya yang kita bagi pada Hari Raya. Ada yang sebarkan bahawa ia adalah ditiru daripada budaya ang pau dari masyarakat Cina, sedangkan sebelum itu lagi ia telah diamalkan para masyaikh.”
“Niat sunnah. Niat sedekah dapat pahala.”
MW : Jom gandakan pahala kita terutama di hari Jumaat bulan Syawal penuh barakah. Bersedekah dengan penuh keikhlasan.
Dialah ayah mak, anak bijak pandai begitulah komen dari warganet selepas Rita Rudaini kongsikan hantaran sebuah video di akaun Instagram dan Tik Tok miliknya memeluk Airit ketika menghantarnya masuk ke sekolah berasrama bagi memulakan sesi persekolahan.
Dialah Ayah Mak, Anak Bijak Pandai
Ketabahan dan kecekalan Rita juga mendapat pujian warganet kerana berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak dengan sempurna walaupun tanpa seorang suami.
Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008, namun bercerai September 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11, yang kini berada di bawah jagaan Rita.
Air Mata Gembira Bercampur Sedih
Ibu tunggal dua anak ini kelihatan tidak dapat menahan sebak kerana terpaksa berjauhan dengan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin yang diterima masuk ke sebuah sekolah berasrama.
“Saya ibu yang normal. Rasa sakit dan rasa pedih itu sudah biasa.
“Macam mana hujan lebat hari ini, seperti tahu derasnya air mata saya hari ini.
“Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa.
“Rasa itu adalah rasa cinta, sayang dan rindu kami yang tidak pernah berenggang. Hari ini jadi berjauhan,”
Bangga Anak Dibesarkan Ibu Tunggal Berjaya
“Mommy (panggilannya) sedih sampai dada sakit. Tapi dalam masa sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke hadapan.