Bapa didakwa ratah tubuh anak 3 tahun, perbuatan durjana dibuat ketika isteri keluar cari nafkah. Terlalu kejam untuk seorang anak kecil melalui penderitaan begini.
Bapa yang sepatutnya menjadi pelindung sebaliknya bertukar menjadi syaitan apabila didakwa meratah tubuh anak kecil berusia 3 tahun tanpa rasa kesal.
Menyesakkan dada, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika isteri keluar mencari nafkah untuk keluarga di negara jiran Singapura kerana suaminya tidak bekerja.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki warganegara India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak kandungnya, bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bapa Durjana Kena Hukum 426 Tahun, Jadikan 2 Anak Kandung Pemuas Nafsu
Ayah Durjana, Tergamak Cabul Anak Perempuannya Sendiri Yang Baru Berumur 12 Bulan!
Bapa Liwat Anak Ketika Di Tanah Suci Mekah, Lagi Keji Sampai Terkeluar Najis!
Berdasarkan pertuduhan pertama, bapa kepada lima anak itu didakwa merogol anak perempuan bongsunya yang berusia tiga tahun 11 bulan yang mana perhubungan lelaki itu dengan mangsa adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang.
Pendakwaan bagi tuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh dalam bilik air di rumah keluarga itu di Tampoi pada 13 Disember 2022.
Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kedua-dua perbuatan itu adalah kesalahan serius yang tidak boleh dijamin.
“Pada masa sama, tertuduh tinggal sebumbung bersama mangsa yang merupakan anak kandungnya dan wujud kebarangkalian yang sangat tinggi untuk tertuduh mengganggu serta berhubung dengan mangsa,” jelasnya.
Mahkamah kemudian bersetuju tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin sebelum menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan semula bagi pengurusan kes dan serahan dokumen serta lantikan peguam.
Difahamkan, tertuduh yang juga seorang penganggur ditahan pada jam 11 pagi, 28 Disember tahun lalu selepas polis menerima laporan daripada isterinya iaitu ibu kanak-kanak berkenaan.
Lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan memasuki negara ini secara sah menggunakan pas lawatan sosial.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika isterinya yang juga rakyat tempatan keluar bekerja di Singapura dan ketika itu tertuduh hanya tinggal bersama mangsa dan juga dua anak yang lain, manakala dua lagi sedang bersekolah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.