Bapa bawa anak 5 bulan hiking ke puncak Bukit Gasing, tenang dukung bayi tak guna carrier. Mendaki adalah aktiviti yang sangat disukai ramai. Baik golongan bujang, mak-mak atau kaum bapa ramai yang menyukai aktiviti berdamai dengan alam ini.
Mendaki bukit memerlukan stamina yang banyak kerana adakalanya jalan menuju ke puncak agak berliku dan sesekali sukar di mana perlu berpaut pada pokok dan akar. Walau sesukar mana tetapi bila misi ke puncak selesai, perasaan penat itu bertukar gembira kerana kita berjaya melakukannya sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
Bapa bawa anak 5 bulan hiking ke puncak Bukit Gasing
Di sebalik ramai menyukai aktiviti ini, pastinya terserempak seorang bapa membawa anak berusia 5 bulan hiking bersama tanpa menggunakan carrier adalah sesuatu yang “luar biasa” kerana tidak ramai ibu bapa sanggup berbuat aktiviti ini bersama bayi masih kecil.
Satu perkongsian di Tik Tok @syareelizamali di mana dirinya terserempak seorang bapa yang melakukan aktiviti pendakian bersama bayinya berusia 5 bulan di Bukit Gasing, Petaling Jaya mencuri tumpuan ramai.
Syareel akui berasa kagum melihat lelaki tersebut yang gigih membawa anak berusia sekitar 5 bulan hingga ke puncak Bukit Gasing.
“Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya..” Ujarnya di ruangan kapsyen.
Dalam temubual secara spontan itu, bapa ini, Muhammad Furqan Othman memaklumkan anaknya berusia 5 bulan, Marissa Faitihah Hana itu tidur bermula di awal pendakian. Katanya lagi, anaknya akan menangis kalau bapanya berhenti lama di pendakian yang mana perkongsian itu mendatangkan rasa kagum pada Syareel.
Tenang Dukung Bayi Tak Guna Carrier
Tambah bapa ini lagi, tempat paling tinggi pernah dibawa ialah pendakian ke Bukit Broga dan ada cadangan ke Gunung Angsi dan Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan namun belum merealisasikannya kerana mengakui ia banyak menggunakan tangan. Dan mengakui akan membawa bayinya bersama kerana tiada siapa mahu menjaga bayi mereka di rumah.
Lebih mengagumkan, mungkin sudah terbiasa terdedah dengan alam, bapa ini mengakui anaknya lebih mudah menangis di rumah dan kelihatan lebih tenang bila berada dekat dengan alam.
Di akhir video itu, Syareel memaklumkan sesiapa yang kata tak larat naik Bukit Gasing, tengok video ini elok-elok kerana ia boleh menjadi inspirasi kepada mak ayah yang mahu memulakan aktiviti ini dengan anak-anak mereka.
Ads
Apa pun, selepas ia dimuat naik di media sosial ramai mengatakan keluarga ini terlalu “berani” membawa anak masuk ke dalam hutan pada usianya. Apa pun, kita doalah yang baik-baik kerana setiap keluarga ada minat tersendiri.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila disahkan menghidap kanser Limfoma pada 31 Januari lalu, penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43 tak berhenti kerana sakit sebaliknya tetap meneruskan kerja-kerja dakwah seperti biasa. Februari lalu, ustaz telah menjalani pembedahan membuang sel kanser sebesar 10 x 7 dengan berat 1 kilogram.
Dalam perkongsian video yang dimuat turun Puan Hamizatul Maizan Mohamed, Ustaz Mohamed Hanafiah akui kanser ini adalah hadiah terbesar daripada Allah. Ustaz juga berkongsi 2 tip yang boleh memberi kekuatan kepada pesakit-pesakit yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Cara ini yang beliau praktikkan untuk diri sendiri dan kesannya Ustaz tak merasakan kanser sebagai satu beban. Sebaliknya satu nikmat yang indah daripada Allah.
Tip 1: Syukur
Sepuluh tahun lalu, saya cuma sakit, demam panas dan kerap muntah atau buang air besar berdara. Bila disahkan kanser pada 31 Januari, saya tak rasa apa. Ini adalah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti ada sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur.
Bila saya bersyukur, Allah tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.
Suatu malam ketika saya operation buang kanser, saya koma selama 4 hari. Tapi setiap kali orang azan, sya akan tersedar dan mendirikan solat. Kemudian, saya pengsan balik. Ketika koma itulah saya hanya rasa yang saya berada dalam keadaan tawaf. Saya nampak Kaabah.
Sepanjang itulah saya berasa manisnya berada dalam keadaan tawaf. Inilah yang saya kata, hadiah daripada Allah. Hadiah yang sangat indah. Bila saya bersyukur, Allah tambah nikmat. Allah sembuhkan penyakit saya.
Tip 2: Jangan Stress
Barangsiapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih. Ia bukan saja azab di Padang Mahsyar atau dalam kubur. Azab kanser yang Allah beri ini boleh mengundang stress. Terseksa jiwa rasa bagai dalam penjara yang penuh dengan penyeksaan.
Kalau tak nak stress, bersyukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatinya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasnya. Orang yang bersyukur pula ‘they make Allah happy’.
Dia akan gembirakan Allah dengan sifat syukurnya itu. Sebab itu nabi kata, berapa ramai umat aku boleh bersabar bila ditimpa musibah tetapi terlalu sedikit yang bersyukur bila diberi nikmat.
Cita-cita Saya Mati Ketika Dakwah
Saya dah terima 5 kali kemoterapi untuk kanser limfoma. Alhamdulillah saya rasa semakin sihat dan kuat. Mungkin sebenarnya sakit kerana ketika muntah selepas kemo akan ada rasa tak selesa dan lemah.
Cuma ketika ini saya tiada masa untuk fikir bab sakit sebab masih banyak komitmen. Memang Dr tak bagi, tapi saya takkan tinggalkan kerja-kerja dakwah kerana manisnya dakwah.
Mudahkan Kos Rawatan Lanjut Ustaz
Bagi anda yang berhajat mahu membantu memudahkan urusan rawatan Ustaz Hanafiah, salurkan sumbangan ke akaun CIMB 7001645436, Maybank 162405085541 atau BANK ISLAM 14162020096634 (Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek).
Nak Dengar Suara Ustaz Bagi Nasihat, Klik Video Ini
Sumber/Foto/Video; Hamizatul Maizan Mohamed – Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setelah melahirkan anak, dikurniakan susu badan yang banyak dan mencukupi merupakan satu anugerah dan rezeki yang tak ternilai. Namun bukan semua wanita bertuah dapat rezeki ini, walaupun pelbagai usaha, tips dan cara telah dilakukan untuk menambahkan susu badan.
Baru-baru ini, pelakon Shakilla Khoriri, 30 ada meluahkan rasa kecewa dan berasa tertekan apabila menghadapi masalah kekurangan susu badan.
Menerusi Instagram Stories miliknya, Shakila mendedahkan telah melakukan pelbagai usaha dan tips untuk memperbanyakkan susu badan.
Menurut Shakilla lagi, dia telah berusaha menambah susu badan sejak hari pertama melahirkan anak pertamanya, Ameena Sofia itu pada 14 Mac lalu, namun semuanya tidak berhasil.
Dek kerana tertekan dan kecewa susu badannya sedikit, Shakilla mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan penyusuan badan buat anaknya meskipun masih menjalani tempoh berpantang.
“Stres..Ya! Stres sejak hari pertama sampai sekarang. It’s okay. Selamat tinggal susu badan. No friend anymore”.
“Pill milk booster, horlick, air suam dan segala air banyakkan susu. All done!”
“Fed up. Almost give up!”
Terdahulu, Shakilla dan suami, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Shakilla selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat di Damansara pada 14 Mac lalu.
MW: Susu ibu adalah susu eksklusif yang terbaik buat anak. Perlu ada ilmu dalam penyusuan bayi agar berjaya menyusukan sekurang-kurangnya enam bulan hingga tempoh 2 tahun.Namun jika telah berusaha pelbagai cara dan tips masih tidak berjaya, jangan bersedih pasti ada rezeki yang lain. Doa kan sahaja yang baik-baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Belanja barang dapur sekarang ini tak lagi macam dulu. Kalau tak harga barang naik, barang dapur pula tiada stok di kedai. Susah nak cari. Bukan sekali dua terbaca rungutan pengguna akan masalah harga barang naik sekarang ini. Sampai dah tak tahu nak berbelanja jimat macam mana lagi.
Mendengar keluh kesah pengguna, Datuk Rosyam Nor, penerbit dan juga usahawan St Rosyam Mart Sdn Bhd mengajak pengguna berbelanja jimat pada 25 Julai nanti.
Kongsinya bersempenan pembukaan cawangan pasaraya itu di Sungai Buloh, akan diadakan jualan harga ayam 88 sen seekor.
Bukan itu saja, satu papan telur ayam akan dijual pada harga RM2.88 sen.
Kongsinya di instagram miliknya, “ayam mahal.. Maa.. naa adaa.
Ayam seekor 88 sen aje hoi.
Telur ayam 1 tray RM2.88 sen.
Semua akan berlaku bermula ada pembukaan #strosyammartsungibuloh #24jam
Berbelanja Jimat.. Banyak Lagi Barang Harga 88 Sen
Pasaraya St Rosyam Mart ini juga beroperasi di Taman Setiawangsa Kuala Lumpur, Taipan Business Centre, Subang Business Centre dan Seksyen 9, Shah Alam.
Sebelumnya, menjelang Syawal lalu pasaraya ini pernah menawarkan ayam segar berharga RM1.49 seekor bagi menghargai peminat drama 30 Hari Sebelum Raya.
Pasaraya baru yang bakal di buka di Bandar Baru Sungai Buloh itu juga menyediakan barangan basah, frozen, barang dapur segar dan sebagainya.
Sebagaimana yang dikongsikan Datuk Rosyam Nor, bukan saja ayam berharga 88 sen. Ada banyak lagi barang-barang lain berharga 8 sen, 88 sen di pasaraya mewah yang menawarkan harga borong.
Perkongsiannya itu mendapat sambutan baik dari kalangan peminatnya yang gembira dengan harga ayam murah yang ditawarkan.
Mingguan Wanita :Kenalah bersiap-siap dari sekarang, simpan ‘date’ dalam kalendar, man nak dapat ayam harga semurah itu.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.