Bapa Anak 3 Ini Cuma Mampu Sewa Bilik, Sijil Lahir Anak Bongsu Juga Masih Bertangguh, Gaji RM800 Mana Nak Cukup

Kisah pakcik Razmi ini dikongsikan oleh Suara Rakyat FM. Seorang bapa kepada 3 orang anak yang masih kecil terpaksa membesarkan mereka dengan gaji cuma RM800 sahaja. Ketika bertemu secara tak sengaja di sebuah masjid, sampailah akhirnya membongkar kisah sedih lelaki ini.

Selepas solat Jumaat tadi, saya berehat di tepi dinding. Tiba-tiba saya lihat seorang orang tua bawa budak 3 orang ke dalam Pejabat Pengurusan Masjid. Terdengarlah perbualan pakcik tadi dengan pegawai Masjid.

Saya orang susah, saya datang nak minta bantuan ini sebab nak uruskan sijil lahir anak bongsu (yang sedang minum susu) dan untuk buat makan.”

Pegawai Masjid tu kata, “Pakcik pernah dapat bantuan sebelum ni kan? Maaflah, masjid hanya beri untuk sekali sahaja.” Dalam hati saya, ‘Masjid pun dah pernah bantu rupanya.’

Dengan wajah yang hampa pakcik tadi berlalu di depan saya sambil menggendong bayi. Terdetik hati saya untuk bertanya lanjut. Bila nak hampir dengan mereka saya terdengar budak perempuan yang dibawa tanya kepada pakcik tu.

Ayah, kita tak boleh buat la surat beranak untuk adik ya?” Sebak hati saya. Kemudian, saya dekati dan tanya dengan lebih lanjut.

 

Bapa Anak 3 Ini Cuma Mampu Sewa Bilik, Sijil Lahir Anak Bongsu Juga Masih Bertangguh, Gaji RM800 Mana Nak Cukup

Ads

Hati Saya Makin Sebak..

Nama pakcik ni Mohd Razmi bin Jusoh, tinggal di Segambut Dalam. Kanak-kanak itu adalah anak-anaknya semua.

Saya tanya, “Maknya mana?”

Pakcik tu kata, “Maknya lari tinggalkan saya dan anak-anak setahun yang lepas. Kakak umur 7 tahun, Fandi umur 3@4 tahun, yang bongsu umur setahun 2 bulan.”

Saya makin sebak bila lihat anak pakcik yang kecil itu muka iras anak saya. Kata Pakcik Razmi dia uruskan semua anaknya. Kalau pakcik kerja, kakak yang akan jaga adik-adiknya. Umur 7 tahun uruskan adik-adik. Kakak tak sekolah sebab tak mampu.

Saya hantar pakcik dan anak-anaknya pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan Fandi kata, “Ayah lapar.” Ayahnya jawab, “nanti ayah beli makanan ye.”

Ads

Fandi nak roti ayah“. Ayahnya jawab, “Ya nanti kita beli.” Saya singgah ke kedai dan belikan roti, minuman dan makanan lain kerana saya kena bergegas ada urusan. Suka anak-anak tu.

 

Bapa Anak 3 Ini Cuma Mampu Sewa Bilik, Sijil Lahir Anak Bongsu Juga Masih Bertangguh, Gaji RM800 Mana Nak Cukup

Bapa Ini Cuma Mampu Sewa Bilik, Sewanya Pula RM300

Sampai di rumahnya saya masuk. Pakcik Razmi hanya sewa bilik RM300 (seperti dalam gambar). Pakcik Razmi kerja pengawal keselamatan di Sekolah Segambut. Gaji RM 800, tinggal RM500 lagi lepas bayar sewa. Nak makan lagi, anak lagi, pampers lagi, susu lagi. Allahuakbar.

Ads

Saya akan bantu pakcik Razmi dapatkan sijil lahir untuk yang bongsu pada hari Isnin minggu depan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Saya difahamkan Andika (bongsu) tak dapat buat Sijil Lahir kerana tidak dapat cop jari ibu. Dah setahun dah. Yang Fandi ada sijil lahir. Bayangkan apa nasib Andika masa depan jika tidak dapat sijil lahir. Sebelum beredar saya beri sedikit wang.

Kepada yang ingin membantu dari segi wang sila berhubung terus dengan Pakcik Razmi:

Di talian : 010 – 717 0224

Akaun CIMB Pakcik Razmi : 12520001037205.

Tolong share kawan-kawan supaya dapat bantu. Tak dapat bantu wang, doa pun mencukupi.

Sumber/Foto : Suara Rakyat FM

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI