Berita

Bapa & Anak 12 Tahun Pandu Kereta Didakwa Hari Ini, Pengajaran Buat Ibu Bapa Yang Suka Lepas Tangan

Share

Bapa & anak 12 tahun pandu kereta didakwa hari ini, pengajaran buat ibu bapa yang suka lepas tangan.

Sejak dahulu, kita sering melihat kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan khususnya motosikal di jalan raya. Bukan saja tidak mempunyai lesen bahkan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar turut diabaikan. Ada berakhir dengan tragedi seperti kemalangan maut namun ia masih belum cukup menjadi pengajaran buat yang melihat.

Terbaru, media berkongsi gelagat seorang kanak-kanak berusia 12 tahun (tingkatan satu) memandu kereta Viva melalui kawasan perumahannya di Taman Putra Impiana di Puchong sebelum ditahan oleh seorang wanita yang risau kerana mereka masih di bawah umur.

Lebih menakutkan, dalam kereta itu, ada adik-adiknya yang agak kecil sekitar  empat ke enam tahun dalam kenderaan tersebut.

Selepas hal ini tular di media sosial, dengan bukti yang ada di mana bapa kanak-kanak ini sudah dipanggil ke balai polis, pihak berkuasa yang sudah menjalankan siasatan menjelaskan akan mendakwa kedua-duanya  didakwa di Mahkamah Sepang pagi ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah mendapat arahan untuk pertuduhan daripada Timbalan Pendakwa Raya setelah kertas siasatan dilengkapkan.

“Bapa kanak-kanak itu akan dituduh mengikut Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hukuman Seksyen 39(5Akta Pengangkutan Jalan 1987 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Kanak-kanak itu pula didakwa mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987,” katanya.

Sabtu lalu, polis memaklumkan pihaknya telah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk dilaksanakan pertuduhan.

Rabu lepas akhbar melaporkan siasatan kes juga dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Berikutan itu, polis telah merekod keterangan tujuh individu termasuk bapa kanak-kanak berusia 53 tahun yang juga seorang peniaga.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja lelaki dan turut dinaiki dua kanak-kanak.

Menerusi rakaman itu, kereta terbabit dipandu agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan.

Dalam video tular itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun memandu kereta Perodua Viva dengan membawa dua adiknya berusia empat dan enam tahun.

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam, 28 Julai lalu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Kanak-Kanak 5 Tahun Mati Didera Keluarga Angkat, Jiran Bongkar Selalu Dengar Suara Tangisan & Dimarahi

Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun ‘Selamat’ Bertunang, Ibu Bapa Nazar Ketika Di Arab Saudi

Kanak-Kanak 5 Tahun Tertinggal Dalam Kereta, Ibu Terlupa Selepas Ambil Anak Dari Taska

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros