Banyak khasiat tomato untuk kecantikan yang kita tak tahu.

Selain dijadikan ramuan masakan, tomato juga digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan. Khasiat yang terkandung di dalamnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.

Minggu ini saya kongsikan resipi kecantikan yang dihasilkan daripada tomato. Jadi apa tunggu lagi, jom cuba tip ini untuk miliki kulit yang mulus dan gebu. Bukan untuk kulit je tapi boleh juga rawat masalah kelemumur.

10 Resipi Kecantikan Tomato

Masker Jerawat

Bagi mak-mak yang ada masalah jerawat, cuba petua ini. Lenyek tomato dan sapukan pada keseluruhan wajah terutama di bahagian yang berjerawat. Biarkan ia kering pada wajah atau dalam anggaran 30-40 minit. Kemudian, bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu. Ia dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.

Tomato Pudarkan Bintik Hitam

Potong kepada dua bahagian. Ambil separuh dan sapukan pada wajah yang bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan dan kulit bertambah cerah.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/timun-letak-dalam-peti-ais-tempek-kat-muka-mujarab-hilangkan-blackhead/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Kecilkan Liang Pori

Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian, barulah bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.

Atasi Kulit Kering

Untuk atasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt original. Jadikan bahan ini sebagai masker, sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering, kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.

Kulit Cerah Sekata

Campuran jus tomato dan madu amat mujarab untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Hasilnya kulit akan cerah sekata.

Singkir Lemak

Amalkan makan tomato pada waktu pagi, ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus ini juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan kita berasa kenyang.

Kulit Badan Mulus

Mudah saja untuk kembalikan kelembapan kulit, lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali, pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Rawat Rambut Kering

Ia juga boleh digunakan untuk merawat rambut yang kering dan bercabang. Lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Insya-Allah rambut akan sihat dan bersinar.

Bantu Atasi Kelemumur

Bagi yang ada masalah kelemumur, lenyek tomato, sapukan di bahagian kulit kepala. Lakukan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.  Buat dua kali seminggu, kulit kepala akan bersih dan bebas kelemumur.

Hilangkan ‘Mata Panda’

Untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan mata dengan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt original. Ia akan mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI