Seharian uruskan kerja dapur kadangkala boleh buat mak jadi terlupa nak jamah nasi ikut waktu. Bila dah selesai semua, barulah mak boleh bertenang makan nasi.
Inilah yang dikongsikan Firda Ashaary dalam urusan sehariannya. Kononnya siap memasak mahu makan sama dengan anak-anak. Pesanlah ke anak, hidangkan nasi siap-siap.
Tapi, terpandang pula pinggan kotor dalam sinki. Keluar rumah buang sampah sampai terbelek pokok keladi hiasan yang ditanam. Bila dah masuk rumah semula, terfikir pula urusan lain.
Sampai ke sudah, terlupa nak jamah nasi yang berhidang. Punyalah sibuk. Haa.. realitinya mak-mak memang beginikan.
Kisah Benar.
Kronologi perjalanan seorang Mama untuk bertemu sepinggan nasik.
“Kakak, boh nasik kat Mama sama.” arah aku sambil tangan sibuk kemas sinki. Cuci seksiap segala jenis bekas guna memasak tadi.
Lepas settle semua benda dalam sinki, aku kutip sisa makanan tu masuk plastik. Ikat plastik, terus menonong gi muka pintu.
Sarung kasut, gi buang sampah kat tong depan rumah. Terpandang longkang tersangkut sebab semalam hujan. Air tak boleh lalu, tersekat daun dan ranting buluh.
Ambik cangkul kecik untuk longkang tu, kait semua daun-daun naik. Selesai, alhamdulillah.
Berlengganglah nak masuk rumah semula.
Nampak pula keladi melambai-lambai mintak singgah.
Singgah jap lah, jeling-jeling jap. Kot lah ada yang tumbang, pengsan atau pening, semalam kan hujan. Sambil belek sambil sembang.
“Tak boleh belek hampa lagi time ni, sibuk. Petang satni Mama keluaq lain naaa.”
“Dok elok-elok.”
Masuk rumah terus gi cuci tangan. Nampak mesin basuh dah berenti pusing. Bukak paip air, gi bilas dan keringkan kain pulak.
Ehh, tiba-tiba rasa nak kencin pulak.
“Yangggg, U dalam jamban ka? I nak masuk ni.”
“Sattttt.” jerit EncikHulubalang.
Hehh, menguap lah aku kalau tunggu dia.
Jengah bilik.
Oii, lantai penuh mainan Aisyah sepahkan. Kutip mainan pulak. Letak dalam bekas. Tepuk-tepuk dan susun bantal yang Aisyah punggah. Lipat segala bagai selimut yang dibuat main, tarik cadar.
Bukak tingkap, selak langsir. Bagi udara masuk.
Ambil semua baju kotor belakang pintu, bawak ke dapur.
Lupa dah tadi nak kencing.
Gi dapur isi air dalam mesin semula, letak sabun. Pusing. Baju yang tadi dah siap kering tu, keluarkan dan campak masuk dryer pulak.
Mata terpandang pula botol susu Iman yang belum bercuci tadi. Okaylah, cuci dulu sementara tunggu air mesin penuh. Kalau tinggal nanti lupa terus banjir dapur aku.
Bukan tak pernah terjadi.
Selalu!
Baca sini : Isteri jangan buat semua, simpan sikit kerja rumah untuk suami selesaikan.
Tiba-tiba muncul si Kakak,
“Mama takmau makan ka? Nasik atas meja sejuk dah.” beritahu anak dara aku.
“Laaaa, Mama lupa.”
Kakak tersengih.
Aku pun mula la karang dialog drama Melayu.
Nak cover line kan,
“Lagu ni lah yang kata mak ni. Buat masak makan bagi anak-anak dulu, takut anak lapaq. Mak takpa makan kemudian. Last-last, makan pun lupa.”
Aku tergelak.
Hahh,
Korang gelak apooo?
Takyah nak kata aku pelupa sebab faktor usia ehh, korang pun sama je kan. Takyah nak ngelat.
Ini memang simptom mak-mak. Tidak syak lagi.
Korang tu pun mengaku je lah.
Kemain gelak!
#SuffianSuffiya
Nak makan pun kemain jauh perjalanannya.
Mingguan Wanita : Haa.. jangan ingat mak-mak yang duduk rumah itu tak sibuk dengan kerja dapur. Macam-macam kena buat, sampai nak jamah makanan pun boleh terlupa.
Sumber/Foto : Firda Ashaary
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES