Banyak khasiat yang dimiliki oleh nanas, yang memiliki rasa masam dan manis ini adalah buah-buahan tropika yang menjadi kesukaan ramai. Selain dimakan mentah, ia juga enak dibuat jus atau sebagai masakan. Namun mungkin ramai yang tidak tahu nanas juga sangat bermanfaat untuk kesihatan malah untuk kecantikan juga.
Nanas merupakan sumber vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit an kekebalan tubuh. Selain itu nanas juga mengandung vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, mangan, potasium, beta karoten, asam folik, dan serat pangan.
Gosok potongan buah nanas di permukaan bibir yang kering, Mungkin sedikit pedih namun ia dikatakan dapat memulihkan masalah kulit bibir yang kering. Ini kerana nanas adalah sumber lembapan semula jadi.
Amalkan makan nanas untuk melegakan gatal dari radang kulit kepala kerana ia mengandungi enzim antioksidan terbaik sebagai ejen penyembuh utama.
Dikatakan sekiranya memakan buah nanas tiga kali seminggu, anda bakal mendapat kulit yang lebih muda rkerana buah ini akan menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit. Lebih banyak kolagen terhasil, lebih tegang dan mulus kulit wajah kamu. Bagi yang tak gemar makan nanas, boleh perah jusnya dan gunakan dalam proses cucian wajah. Sapu jus nanas di seluruh wajah dan biarkannya selama 10 minit sebelum membilas dengan air bersih.
Tahukah anda, jus daripada buah nanas ini boleh membantu hilangkan jerawat? Dengan adanya vitamin C, ia baik untuk kulit dan mengurangkan radang kemerahan, gatal-gatal dan bengkak disebabkan jerawat. Mungkin kamu boleh cuba buat masker menggunakan nanas!
Vitamin C dalam nanas dapat pelihara rambut dari gugur dan segala macam enzim baik yang terkandung dalam isi buah berwarna kuning sebenarnya berhasil untuk memperkuat folikel (akar) rambut seterusnya melebatkan rambut itu sendiri.
Tertekannya bila kulit kepala gatal dan bersisik kerana kelemumur? Amal makan nanas setiap hari untuk legakan kegatalan kulit kepala serta mengelak dari keguguran rambut. Enzim antioksidan memang baik untuk menghentikan radang.
Lagi artikel di sini
https://www.mingguanwanita.my/rahsia-kulit-cantik-bak-artis-bollywood-dengan-kunyit/
Jangan lupa follow MINGGUAN WANITA di instagram
75 gram nanas
75 gram jambu
Madu secukupnya
½ gelas air putih
50 gram tomato
50 gram nanas
¾ gelas air