“Banyak Menangis Melihat Adam Di ICU” Hunny Madu Lega Anak Selamat Jalani Pembedahan Jantung Ketiga

Share

“Banyak menangis melihat Adam berada di ICU” itulah antara luahan perasaan pengacara, penyanyi dan pelakon yang juga pemilik nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 38 atau lebih popular dengan panggilan Hunny Madu.

Ibu ini berasa sangat sedih, sebelum anak lelakinya menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.

“Banyak Menangis Melihat Adam Berada Di ICU”

Untuk rekod sebelum ini Adam Musa disahkan menghidap penyakit jantung kompleks dipanggil Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan pada Disember 2017.

Ketika berusia tujuh bulan, Adam dimasukkan ke IJN bagi menjalani pembedahan Stent PDA buat kali kedua.

Terbaru seperti mana luahannya menerusi perkongsi di Instagram, Hunny menyatakan dia berasa lega dan bebanan rasa hilang selepas anaknya selamat jalani pembedahan jantung.

Adam yang merupakan anak kedua Hunny telah menjalani pembedahan jantung buat kali ketiga.

Kini Adam berada dalam keadaan stabil selepas tiga hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).

“Adam sudah stabil tetapi semalam masih demam. Sistem imum tubuhnya perlu ‘bekerja’ lebih dan kini berada dalam mood tidak berapa baik. Adam seorang kanak-kanak yang berani.

“Saya perlu memberi kredit kepada keberaniannya itu sebanyak 1,000 kali setiap hari. Perjalanan ini tidak mudah. Bibirnya juga bengkak kerana dia menggigit bibirnya. Melihat keadaan parut di dadanya juga membuatkan air mata saya mengalir.

“Akhirnya Saya Boleh Tersenyum”

“Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya boleh tersenyum. Saya merasakan separuh daripada beban saya sudah hilang kerana tiga hari lepas saya banyak menangis melihat Adam berada di ICU.

“Terima kasih untuk semua yang mendoakan Adam. Terima kasih juga kepada mereka yang menghantar DM (mesej peribadi) memberikan ucapan manis buat anak saya,” tuturnya.

Baca Disini : Anak Demam, Sawan Selepas Bermain Dengan Kucing Sakit, Naluri Ibu Kuat Merasakan Itulah Puncanya!

‘Putus Mata Pencarian, Nak Makan Kena Catu.’ Suami Berhenti Kerja Jaga Isteri Sakit

“Semoga Cepat Sembuh Adam, InsyaAllah” Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar anak Hunny Madu agar cepat sembuh.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Allahu semoga anak Hunny Madu cepat sembuh ya!

Sumber / Sumber Foto : Instagram Hunny Madu

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Published by
Norhayati Suboh