sumber gambar: Majalah Libur

Sebut saja tentang percutian sudah pasti semua orang suka. Apatah lagi bila melancong ke luar negara. Namun dalam merangka percutian sudah pasti masing-masing akan memikirkan tentang bajet. Bukan semua orang mampu mengeluarkan bajet yang banyak demi memuaskan kehendak untuk bersantai bersama keluarga.

“Banyak Manfaat Bila Bawa Anak-Anak Bercuti Ke Sawah Padi”– Khuzaimah

Kupasan mengenai topik ‘Cuti-Cuti Bajet’ tengah hari tadi di Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran di Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121 banyak memberi tip kepada mereka yang mahu bercuti dengan bajet yang rendah. Malah pelbagai tip yang dikongsikan juga sangat membantu jika anda mahu travel dengan bajet yang lebih rendah. Anda juga boleh buktikan pada orang di luar sana anda mampu melancong dengan wang poket anda.

Mereka yang memiliki simpanan yang berlebihan bolehlah memilih percutian mewah. Namun pada yang kurang mampu terpaksalah pilih percutian bajet. Bercerita mengenai percutian, salah seorang panel yang dijemput menerangkan percutian mewah dan bajet kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Mengikut pengalaman Pengurus Jabatan Promosi dan Pembangunan Industri, Tourism Selangor, Khuzaimah Jamaluddin, dia mempunyai pengalaman melancong di luar negara dengan bajet murah namun paling menarik dia rasa lebih selesa bila dapat mendedahkan anak-anak pada percutian ala kampung.

IKLAN

“Dua tahun lalu saya melancong di luar negara bersama keluarga. Kami memilih bercuti di Jepun dengan percutian bajet rendah. Kami berada di sana selama lima hari dan memandu sendiri untuk menikmati percutian. Redah kawasan-kawasan menarik di Jepun dengan cara kami tersendiri.

Banyak Tarikan Di Dalam Negeri

“Kemudian akhir tahunnya pula, saya memilih untuk membawa anak-anak, ibu bapa dan adik beradik kesemuanya bercuti ke Kuala Selangor selama tiga hari dua malam.

IKLAN

“Sememangnya pengalaman bercuti di negara sendiri lebih indah dan banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh diterokai bersama keluarga tercinta.

“Malah saya juga dedahkan pada anak-anak dan anak-anak saudara suasana berada di sawah padi. Banyak yang mereka pelajari, dari pemandangan yang indah mereka ke sawah bendang yang terbentang luas. Saya dan suami memutuskan untuk membawa mereka berjalan-jalan melihat pemandangan yang tidak selalu dapat dilihat mereka ini.

“Bukan sekadar masuk bendang mereka juga dapat merasai mengagau ikan keli. Pengalaman yang dilalui oleh mereka sangat berharga. Selain itu, mereka juga menjejakkan kaki merasai Sky Mirror. Sebenarnya terdapat banyak tarikan dan aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Oleh itu, tak perlu risau anak kebosanan,” ungkap Khuzaimah.

IKLAN

 

 

“Banyak Manfaat Bila Bawa Anak-Anak Bercuti Ke Sawah Padi”– Khuzaimah
sumber internet

 

“Banyak Manfaat Bila Bawa Anak-Anak Bercuti Ke Sawah Padi”– Khuzaimah
sumber gambar: GPS Bestari

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI