Cabaran mendidik anak remaja zaman sekarang tidak mudah.Jiwa mereka mudah memberontak, suka mencuba perkara yang baru dan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Apatah lagi dengan kemudahan teknologi yang ada, kebanyakan remaja sekarang ada handphone sendiri. Jika mak ayah terleka dalam memerhatikan mereka, membuatkan mereka mudah tersasar dan terjebak dengan masalah sosial seperti zina atau hubungan seks luar nikah.
Pertemuan dengan Muha Anun Mohd Noor, 37 atau lebih mesra disapa Puan Noreen, Pengurus Operasi Raudhatus Sakinah, Selangor berkongsi pengalamannya dalam menangani dan membimbing remaja di pusat ini.
Raudhatus Sakinah merupakan pusat bimbingan yang membimbing remaja-remaja tersasar, terlanjur, yang terlibat dalam penzinaan atau hubungan luar nikah.Penubuhan Raudatus Sakinah pada 1998 dan selama 21 tahun memberi telah mempunyai alumni lebih 1,000 orang.
“Core kes remaja yang masuk ke sini adalah disebabkan kes zina (ketagihan zina) namun bila dah masuk ke sini baru nampak banyak kes lain, terlibat dengan arak, ectasy, social escort dan sebagainya.
“Ramai kanak-kanak seawal 9-10 tahun tahun dah terdedah dengan seks dari sekolah rendah.Kes terawal pada usia 11 tahun mengandung, 12 tahun melahirkan,” ujar Noreen.
Punca Remaja Terlanjur
Faktor teknologi, persekitaran dan keluarga menjadi punca utama kebanyakan remaja terlibat dengan zina.Puan Noreen turut menekankan keluarga perlu memainkan peranan penting. Zaman sekarang mak ayah perlu pimpin anak sejak dari kecil hingga lah besar.
Peringkat waktu remaja paling penting jangan tinggalkan atau lepaskan mereka tanpa pantauan.Lebih-lebih apabila kebanyakan remaja mempunyai handphone sendiri, kena selalu check handphone mereka.
“Kebanyakan kes zina terjadi di rumah sendiri selepas balik sekolah ketika mak ayah sibuk bekerja dan tiada di rumah, sekitar pukul 2 petang hingga 7 malam. Apabila tiada pengawasan dalam tempoh 5 jam tersebut, memungkinkan remaja melakukan perkara tersebut”
“Begitu juga faktor masyarakat yang tidak mengambil berat dan tidak menegur.Banyak yang bawa balik boyfriend ke rumah, jiran nampak namun tak cakap apa-apa” jelas Noreen.
Tambah Puan Noreen lagi;
“Kerisauan dan kesedihan yang sebenar bila mak ayah tidak tahu apa yang berlaku pada anak sendiri.Bila jadi dekat rumah sendiri, kebanyakan kes berlaku mak ayah tak pernah terfikir pun anak buat.Malah lebih terkesan, bila diberitahu kisah sebenar, ada mak ayah tidak percaya anak lakukannya”
Peranan Ayah Tidak Berfungsi Dengan Baik
Bukan itu sahaja, peranan seorang ayah sangat penting dalam pembentukan jiwa remaja bagi anak perempuan;
“Selain itu faktor lain, bila mana ayah ayah tidak berfungsi dengan baik.Ia sangat ketara.Bagi anak perempuan dia perlu ada rasa ‘figura ayah’ dalam dirinya. Ayah kena berperanan menyayangi anak perempuan dengan jelas,mendidik anaknya, zahirkan rasa sayang pada anak, melindungi anaknya, serta bertegas pada perkara yang patut dan meraikan adanya dia,” ujar Noreen
6 Pesanan Puan Noreen buat mak ayah dalam membina keluarga;
1. Perbaharui niat berkahwin setiap tahun untuk komitmen keluarga.
2. Selalu berkomunikasi dan buat mesyuarat dalam keluarga.
3. Suami isteri perlu seimbangkan tanggungjawab, peranan mak dan ayah serta tidak bergantung harap pada sebelah pihak sahaja.
4. Paling penting peranan daripada seorang ayah sebagai ketua keluarga, dalam melindungi keluarga.
5. Sentiasa upgrade diri pertingkatkan ilmu sebagai mak ayah.
6. Jadi anak kepada mak ayah kita. Ini kerana apa yang kita lakukan pada mak ayah, jadi contoh pada anak.
Menyentuh mengenai perancangan masa depan Raudatus Sakinah, Puan Noreen menyatakan mereka berhasrat untuk menubuhkan sebuah akademi. Bukan sahaja membantu kes remaja terlanjur sedia ada, tapi juga mendidik masyarakat, mak ayah dalam membantu pencegahannya.
Showcase Amal Raikan Wanita
Sebagai tanda sokongan dan penghargaan terima kasih kepada golongan wanita, pihak media (NU Ideaktiv) bersama-sama korporat meraikan wanita dari pelbagai peringkat umur dan kedudukan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac ini.
Majlis: Showcase Dunia Tanpa Wanita
Tarikh: 30 Mac 2019
Masa : 2.00 petang- 5.30 petang
Tempat: Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur
Majlis showcase Hi Tea eksklusif ini akan diadakan dengan pendekatan berhibur sambil beramal. Lebih istimewa, sambil berhibur sebahagian daripada hasil kutipan jualan meja akan disalurkan kepada dua (2) buah NGO yang merupakan pusat perlindungan wanita/ remaja wanita, iaitu Rumah Kita dan Raudatus Sakinah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI