Allahu, besarnya pengertian dan kelebihan yang dijanjikan sekiranya mengamalkan Selawat Tafrijiyyah ini, tapi sayangnya masih ramai yang tak tahu. Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
1.Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
11 x – Setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – Setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – Setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – Setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – Tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.
1.Tidak dinafikan selawat ini agak panjang untuk dihafal, cara mudah mak-mak boleh tulis selawat ini pada sekeping kertas dan tampalkan berhampiran dinding tempat yang selalu didirikan solat. Jadi bila setiap kali lepas solat, ia boleh lah terus dibaca dan tidak lupa.
2. Boleh juga, tulis selawat ini, pada sekeping kertas dan selitkan didalam helaian Quran pada muka surat pertama.Jadi setiap kali baca Quran, mak-maka akan ternampak dan baca selawat ini serta takkan terlupa lagi.
Selamat mengamalkannya.
Sumber: shafiqolbu
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.