BANTULAH! Sebaik Tamat Kertas Sains UPSR, Adik Ameruddin Tak Sedarkan Diri

Share

Kejadian yang Mingguan Wanita paparkan ini berlaku pada hari para pelajar darjah 6 menghadapi kertas peperiksaan Sains, UPSR. Yang mana, pelajar bernama Ameruddin ini tidak sedarkan diri sebaik saja selesai menjawab kertas peperiksaan tersebut.

Diana Azmar berkongsi kisah duka ini di laman facebooknya semalam. Anak murid jirannya itu disahkan alami sakit bengkak otak. Sungguh dalam kepayahan anak ini meneruskan jua ujian UPSR.

Kehidupan anak ini juga begitu menyayat hati apabila ibunya cuma seorang ibu tunggal membesarkan lima orang anak sendirian. Pembaca yang budiman, bacalah kisah Ameruddin dan bantulah keluarganya.

Di akhir perkongsian ini, disertakan nombor akaun untuk tujuan sumbangan ikhlas daripada pembaca Mingguan Wanita yang prihatin.

 

Catatan Semalam, Jumaat 28 September 2018

BISMILLAH…

Saya nak share kisah semalam yang dikongsi oleh seorang guru yang tinggal di kejiranan saya.”

Murid di dalam gambar ni adalah adik Mohd Ameruddin Bin Harli Azman, anak murid beliau, pelajar tahun 6 di SK Taman Bukit Subang.”

Semalam, 27 September 2018 hari terakhir peperiksaan UPSR. Di saat anak-anak kita termasuk kita sendiri menarik nafas lega dan meraikan ‘kemerdekaan kecil’ anak-anak kita, adik Ameruddin sebaliknya sengsara menanggung sakit bengkak otak akibat jangkitan kuman yang dialaminya. Dia terus tak sedarkan diri sebaik tamat paper Sains semalam.

 

 

Selepas kejadian adik Ameruddin pengsan, dia segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sekarang adik Ameruddin berada di HUKM untuk rawatan. Dia hanya tinggal bersama ibu dan 5 adik-beradiknya sejak kedua ibubapa mereka berpisah.”

 

Screenshot wasap dari guru tersebut sangat menyentuh hati.

 

Bantulah Adik Ameruddin Dan Keluarganya

Mohon sesiapa yang sudi nak bagi sumbangan kepada keluarga ni, saya sertakan nombor akaun ibu kepada adik Ameruddin. Sesiapa yang nak hubungi sendiri keluarga beliau boleh pm saya untuk saya berikan contact number.

Diizinkan share dan war-warkan kepada yang lain. Harap usaha kecil kita dapat membantu meringankan beban mereka. Budi baik kalian diucapkan ribuan terima kasih.

BSN 10100-29-00061635-2
Rosliza Abd Kadir

Ibu kepada adik Ameruddin Harli Azman

ATAU

BANK RAKYAT
11-038-100229-2
(Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Taman Bukit Subang)
*Sila remarks sumbangan kepada adik Ameruddin

Sumber/Foto : Diana Azmar

Published by
Netty Ah Hiyer