Bantu Isteri Buat Kerja Rumah Bukan Mahu Dilihat Baik, Tak Tergamak Tak Buat Apa-Apa. Urusan rumahtangga bukanlah tanggungjawab isteri semata-mata, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama. Beruntung jika mempunyai pasangan yang tahu erti kasihan dan empati serta menghargai penat lelah dan pengorbanan dalam menguruskan rumahtangga.
Tak banyak membantu dalam kerja-kerja rumah, dapat serba sedikit menolong pun dah dapat meringankan urusan rumahtangga.
Jam 11 malam saya akan segera menutup laptop.Cepat-cepat masuk ke dapur untuk membereskan sinki. Benda wajib yang saya perlu basuh setiap hari ialah, bekas makanan. Ada 7 semuanya termasuk bekal isteri.
Selesai di dapur, saya bersihkan ruang tamu. Kalau bersepah, saya kemas dan kalau perlu vakum saya akan buat.
Kemudian, saya akan keringkan baju yang dibasuh menggunakan dryer. Bila pakai baju sukan, ya memang tak perlu digosok tapi perlu dibasuh.Baju sukan ada dua tiga helai sahaja. Itulah yang perlu digilirkan.
Sekitar jam 12 lebih, saya masuk bilik. Buat apa yang patut dan tidur sekitar jam 1 atau 2 pagi.
Itulah suprise yang saya boleh untuk isteri. Kasihan saya melihat dia. Jam 9 lebih, dia sudah masuk tidur. Bangun sebelum jam 5.
Ads
Masak apa yang patut untuk dibuat bekal anak-anak dan sediakan sarapan.
Setakat ini, tak pernah lagi anak-anak tidak bersarapan sebelum ke sekolah.
Kemudian, sediakan baju untuk semua. Baju sekolah pagi, sekolah petang semua dah disusun dan dimasukkan dalam beg masing-masing. Anak-anak hanya perlu angkat dan masukkan dalam kereta.
Pakaian dalam dryer dikeluarkan dan dilipat jika perlu. Kalau ada yang perlu digosok seperti tudung anak, dia akan buat.
Sekitar jam 5.45 pagi, kami dikerah untuk bangun.
Setiap orang sudah tahu giliran mandi. Habis mandi, pakaian sudah siap tersedia. Termasuklah pakaian saya.
Dan begitulah rutinnya setiap hari.
Bukan ketika ada anak buah yang bersama kami sahaja. Tetapi sebelum itu lagi. Ya, setiap hari.
Ads
Kadang-kadang, seluar dalam dan stoking saya pun dah tersedia di atas katil. Hanya pakai saja.
Tak Tergamak Pura-Pura Tidur
Saya bukanlah suami yang mahu dilihat baik bila membantu isteri. Tidak. Tapi, kalau begitu rutinnya, tegarkah saya pura-pura tidur untuk tidak membuat apa-apa kerja?
Tak tergamak weh.
Tak bolehkah bagi duit belanja dekat anak? Perlu ke masakkan bekal?
Kami dah buat kira-kira. Kalau tak bawa bekal belanja sekolah mereka bertiga boleh mencecah 400 sebulan.
Jadi, duit itu, kami tukar kepada barang basah, agar bukan sahaja anak-anak kami, kawan-kawan mereka juga akan mendapat manfaatnya.
Bekal yang dibawa pun boleh dikongsi.
Ads
Begitulah isteri saya.
Kadang-kadang dia merungut juga. Selalu saya tulis pasal diri dia di Facebook. Malu. Macamlah orang lain tak buat.
Saya jawab mudah saja. “Kalau tak suami sendiri yang tulis mengenai isteri, siapa lagi?”
Tak ada doa paling tinggi yang saya minta dekat Allah, melainkan masukkan isteri saya ke dalam syurga.
Mingguan Wanita: Memang bertuah jika mempunyai pasangan yang sama-sama menolong membantu meringankan urusan rumahtangga ni. Bukan sebab nak dilihat ‘baik’ tapi sebab kasihan dan tak tergamak tak bantu buat apa-apa kerja rumah, sedangkan isteri bertungkus lumus uruskan pelbagai perkara.
Biasanya penyakit kulit singgah tanpa disangka-sangka, tanpa mengambil kira peringkat umur. Kalau mangsanya bayi, itu memang sedih! Salah satunya ruam tetapi ada beberapa lagi perkara yang berkaitan dengan kulit bayi yang perlu mak-mak semua tahu.
Bila mak-mak tahu serba sedikit tentang bayi, tidaklah mak-mak cepat gelabah dan risau, malah anda boleh membuat persiapan yang sepatutnya. Jom, lihat apa 10 perkara berkaitan kulit bayi yang patut anda tahu.
1. Mudah kena ruam
Kebanyakkan bayi yang baru lahir akan ditumbuhi ruam. Namun ruam ini tidak membahayakan dan akan hilang sendiri. Memang diakui menjaga kulit bayi sedikit rumit. Mak-mak perlu mengetahui tahap tahap masalah kulit si manja sama ada boleh dirawat dirumah atau memerlukan perubatan dan cara mengelakkan dari mendapat masalah tersebut.
2. Ruam sebab pakai pampers
Kalau bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan peha dan alat sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin pakai buang terlalu ketat, lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau alah kepada sabun, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia yang terlalu kuat. Sediaan krim ruam yang semulajadi di rumah.
3. Jerawat dan bintik putih
Jerawat pada bayi ada kaitan dengan yis, bukan sebab minyak terkumpul macam kita orang dewasa. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu.
4. Tanda lahir
Tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. Secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.
5. Kulit kering
Bayi yang dilahirkan overdue biasanya akan mengalami kulit kering dan mengelupas. Kulit asas yang terletak dibawah kulit yang mengelupas itu adalah sihat, lembut dan lembap.
6. Kepala berkerak
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya akan hilang pada tahun pertama. Bahasa perubatannya dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan lebihan minyak dan muncul sebagai kulit bersisik, berlilin, ruam pada kulit kepala, sisi hidung atau belakang telinga.
7. Ruam panas
Ruam panas ialah biji kecil kemerahan. Biasanya muncul pada bahagian badan bayi yang biasa berpeluh seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada pelipatan kulit. Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut ke persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan memakaikan bayi baju dari material kain kapas.
8. Masa mandi
Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga hingga 5 minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain dengan air sabun. Cara mengeringkan bayi adalah dengan tepuk kering, bukan menggosok kerana menggosok akan menanggalkan kelembapan semulajadi kulit.
9. Milia
Satu daripada 2 orang bayi mempunyai lebam keputihan. Ini biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kalenjar minyak. Tidak perlu rawatan, kerana milia akan hilang sendiri.
10. Produk penjagaan bayi
Gunakan detergen yang lembut untuk mencuci bayi anda. Sebaik- baiknya ialah daripada bahan semulajadi yang rendah bahan kimia atau tanpa bahan kimia lansung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Main lato-lato dalam surau, wanita akui rasa nak marah tumpuan ibadah terganggu. Bunyi berlaga dari mainan lato-lato mungkin menjadi “terapi keseronokan” bagi kanak-kanak. Di Sabah dan Sarawak turut diadakan di pertandingan Lato-Lato dengan menawarkan pelbagai hadiah.
Tidak salah main mainan ini tapi kenalah ikut situasi tempatnya. Kalau sudah sampai bermain di dalam surau kecil sudah pasti menimbulkan rasa tidak selesa khususnya bagi kita yang ingin bersolat.
Ruang surau di stesen minyak yang agak sempit, dengan dua kanak-kanak bermain lato-lato sementara menunggu ibunya selesai solat jelas dilihat kurang sesuai. Malah tiada siapa mampu kusyuk kalau diganggu dengan bunyi berlaga lato-lato ini dalam ruang kecil sebegini.
Wanita Akui Rasa Nak Marah Tumpuan Ibadah Terganggu
Awal, bunyinya lato-lato ini mungkin perlahan tetapi semakin kuat dilagakan, bunyinya semakin kuat. Tulisnya, nak marah tapi kena sabar. Rasa nak marah..
Dari ruangan komen, seorang wanita menulis, “kalau saya marahkan saja. If mak dia tak nak ajar anak dia abad, kita ajarkan.
Seorang lagi menulis, bunyi paling annoying. Pergi makan IOI, sekali budak tu main lato-lato dalam Chicken Rice Shop. Nasib mak bapak dia orang suruh anak dia stop.
Seorang ibu menulis, “saya tegur anak-anak jerit di dalam surau.
“Dik orang tengah solat, dosa tahu tak. Mak mana”. Terus tiba-tiba mak dia bersuara suruh diam. 😂
Dalam isu ini rasanya mak ayah berperanan mendidik anak-anak dengan adab. Ya, kanak-kanak tetap seorang kanak-kanak kerana mereka hanya memikirkan keseronokan saja.
Tapi mak ayah harus berperanan mendidik mana yang boleh atau tidak. Sesuai atau tidak mainan itu dibawa ke bilik surau kecil dan dimainkan ketika orang bersolat.
Siti Nordiana setuju selesai kes saman fitnah RM2.5 Juta secara baik terhadap 5 sahabat. Akhirnya kes saman yang difailkan oleh penyanyi Siti Nordiana terhadap lima sahabat yang berlanjutan selama dua tahun berkesudahan.
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panghilan Nana sebelum ini menfailkan saman terhadap Mohd Razlan Mohamed Yusof (Lan Solo), 38 dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 38, serta penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 37.
Dua lagi, Pegawai Perhubungan Awam syarikat rakaman, FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45, serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43.
Untuk rekod terdahulu, dalam pernyataan tuntutannya, Nana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung dikendalikan Nur Sheila yang disertai empat defendan lain menyiar, mengeluar dan menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Siti Nordiana Setuju Selesai Kes Saman Fitnah RM2.5 Juta
Seperti yang dilaporkan, peguam yang mewakili Nana, Abang Azlan Abang Ariffin memberitahu, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif dan lima defendan.
Katanya, mereka bersetuju supaya kes saman fitnah diselesaikan secara baik.
“Kes sudah diselesaikan secara baik, hari ini. Ini adalah persetujuan kedua-dua pihak.
“Persetujuan dilakukan dalam mahkamah selepas peguam berbincang dengan anak guam masing-masing dan bersetuju diselesaikan secara baik, pagi tadi,” ungkap Abang Azlan seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Bersetuju Untuk Memohon Maaf
Abang Azlan turut menerangkan, persetujuan dilakukan mengikut terma dan syarat ditetapkan dan dibaca di hadapan Hakim John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.
“Ada tiga terma penyelesaian. Pertama, tanpa liabaliti iaitu kedua-dua pihak bersetuju untuk memohon maaf.
“Kedua, plaintif tiada kebebasan untuk memfailkan semula saman ini. Maksudnya, perkara ini ada penghakiman persetujuan.
“Kalau plaintif tarik balik, jadi penghakiman persetujuan itu tidak wujud.
“Terma ketiga, tanpa perintah terhadap kos,” katanya.
Menyambung hal tersebut, Abang Azlan tidak dapat memastikan atau memberi jaminan mengenai hubungan antara kedua pihak selepas ini.
“Selepas ini, tiada apa-apa perbicaraan. Hubungan antara kedua pihak adalah subjektif, jadi saya tak pasti selepas kes selesai bagaimana keadaan mereka.
“Dari segi bagaimana mereka di luar bergantung kepada masing-masing,” kongsinya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...