Berita

Misi Bantuan Banjir Sabah Berakhir Tragedi, Suami Sempat Paut Tangan Isteri Dihanyut Arus Deras

Share

Misi bantuan banjir Sabah berakhir tragedi, suami sempat paut tangan isteri  dihanyut arus deras. Banjir buruk melanda Sabah waktu ini. Jumlah mangsa banjir setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 328 orang daripada 105 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Kebudayaan Penampang menunjukkan peningkatan mangsa iaitu seramai 279 orang daripada 93 keluarga berbanding 165 orang daripada 67 keluarga semalam.

Misi Bantuan Banjir Sabah Berakhir Tragedi

 

Namun apa yang menyedihkan, di sebalik ujian banjir itu, niat seorang sukarelawan yang membuat agihan makanan kepada mangsa banjir berakhir dengan tragedi.

Suami Sempat Paut Tangan Isteri Dihanyut Arus Deras

Monica Ting Siew Kwong adalah hero yang seharusnya dijulang. Niat membantu mengagihkan makanan kepada mangsa terperangkap dalam banjir pada jam 1.40 pagi dekat Pekan Donggongan berakhir dengan tragedi di mana dirinya dihanyutkan arus deras.

Difahamkan, ketika cuba melalui kawasan banjir berhampiran Bulatan Sigah, Jalan Penampang Bypass, di sini, Monica dikatakan dihanyutkan arus deras. Mayatnya ditemui di Kampung Hungab, kira-kira 500 meter dari lokasi dia dihanyutkan arus deras.

Mayat Monica selamat ditemui sekaligus menjadi korban pertama banjir yang melanda Sabah.

Lebih menyedihkan, suaminya, Hii Ding Wei, 39, sudah berusaha memaut tangannya dengan menariknya sekuat hati namun arus deras memaksa pautan itu terlerai sekaligus diri mendiang hanyut sebelum ditemui tersangkut.

Berehatlah srikandi, semoga setiap jasa dibalas dengan kebaikan.

Lebih menyedihkan, suaminya, Hii Ding Wei, 39, sudah berusaha memaut tangannya dengan menariknya sekuat hati namun arus deras memaksa pautan itu terlerai sekaligus diri mendiang hanyut sebelum ditemui tersangkut.

Jeddah Banjir Besar, Perenang Pertahanan Awam Selamatkan Ratusan Nyawa Terperangkap Dalam Terowong

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.

Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros