Tiada yang menggembirakan seorang ibu dan bapa bila dapat melihat kejayaan anak dalam pendidikan dan kerjaya. Inilah yang dimpikan oleh setiap kita yang bergelar mak ayah.
Kejayaan anak ini bukan hanya terletak kepada kepandaian dan kebijaksaan anak itu semata-mata. Tapi yang menguatkan lagi faktor ini adalah doa dari orang tua. Ingat, hebat mana kita belajar, berjaya dalam kerjaya, semua ini berbalik keapda asbab doa seorang ibu.
Kadang-kadang, kata-kata mak ayah semasa kita kecil juga menjadi pendorong kita untuk berusaha dan membalas jasa orang tua. Ayah sanggup bersengka mata siang malam mencari duit untuk anak dapat belajar. Mak pula, sanggup bangun malam, berpuasa untuk doakan anak-anak berjaya. Senjata dari kedua orang tua inilah menjadi punca kejayaan anak.
Cukup terkesan dengan perkongsian daripada Farhana Fizal ini. Rahsia kejayaan anak-anak bila mana seorang ibu sanggup bangun malam untuk solat dan berdoa buat anak-anaknya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Doa Ibu Sangat Mustajab, Jadi Mak Harus Berhati-hati dan Jangan IKUT Perasaan
Doa Ibu Mustajab, SEBUTLAH NAMA Anak Satu Persatu Untuk Kebahagiaan Dunia Akhirat
Info Lebih Menarik DI SINI
Saya ada sorang kenalan. Adik beradiknya 8 orang, dan jika diukur kejayaan pada mata orang awam, adik beradik mereka berjaya semua.
3 daripadanya doktor, seorang doktor gigi, 2 orang guru dan 2 orang pensyarah. Kawan saya ni seorang doktor.
Bukan itu sahaja ukuran kejayaan mereka di mata saya, tapi mereka berlapan juga, golongan yang saya lihat sangat menjaga syiar Islam.
Daripada cara mereka berpakaian, menyantuni orang, bercakap, menghormati ibu bapa, Allahu. Pasti jatuh hati yang melihatnya.
Pada saya, perkara utama yang buat mereka nampak berjaya di mata saya, dan mempersonakan adalah akhlak mereka. Dan kejayaan mereka pula, bonus buat mereka.
Pernah kami duduk sekali, makan bersama. Saya bertanyakan padanya. Apa amalan mereka adik beradik, mereka makan dan apa yang mereka tak kan makan? Untuk berjaya.
Nak tahu apa jawapan kawan saya?
“Fa, aku adik beradik sama je macam korang juga. Takde apa lebih pun. Makan apa ada je. Kadang makan telur dengan timun je sebulan. Sebab dulu abah sorang je kerja. Mak suri rumah.”
“Adik beradik ramai kan Fa. Memang asalkan makan dan kenyang. Sedap dan berkhasiat, takde kira pun masa tu. Tu pasal bila dapat asrama, Mak suruh pergi. Sebab confirm kami makan kat sana.”
Dia jawab sambil senyum saja kat muka dia. Saya rasa saya menganga sepanjang dia bercerita.
“Kalau nak kata masa belajar tu, sekolah rendah dulu, memang takde lah belajar sangat. Dan masa sekolah menengah pula, belajar kat sekolah je. Balik cuti kat rumah, langsung tak pegang buku. Tidur banyak. Budak asrama kan.” Dia gelak dihujung bicaranya.
“Jadi, kalau orang tanya, apa rahsia kami adik beradik, jawapannya tiada. Memang sama je, malah mungkin lagi banyak kurang daripada orang lain.”
“Tapi, rahsia yang selalu aku kongsikan kalau orang bertanya, ada perihal mak aku.” Katanya dengan suara yang macam ada serak.
“Apa tu?” Laju saya bertanya.
Amalan seorang mak, boleh menjadi asbab kejayaan anak-anak. Dan doa seorang ibu, memang dia punya ‘pergi’ pada Allah tu, macam cahaya! Allahu hebatnya doa seorang ibu.
Dan ibu kawan saya ni, memang hebat orangnya, maka terlahir anak-anak hebat dari dia. Walaupun dia yang melahirkan, menyusukan, membesarkan, memasak, mengemas, tetap dia merasakan dia masih belum memberi pada anak-anaknya.
Kalau saya? Emmmmm. Lepas masak pun berkira dengan anak-anak suruh kemas. Sebut pula tu. Huhu.
Apapun, memang kita tak boleh membandingkan diri kita dan orang lain. Ketahanan diri setiap individu juga berbeza.
Namun, amalan mak kepada kenalan saya ni, boleh saya dan kita semua ambil sebagai contoh dan boleh kita usahakan untuk menjadi amalan diri kita sebagai seorang ibu.
Dengan dunia yang sangat menakutkan sekarang, doa adalah antara usaha utama yang mesti kita istiqomahkan. Dan lebih hebat jika kita boleh berdoa disepertiga malam. Allahu.
Moga dimudahkan kita semua, terus menjadi ibu yang memberi dan memberi kepada seluruh isi rumah, dari hati kita yang paling dalam. Memberi dan langsung tidak berkira pula apa yang kita beri. Bukan sahaja tidak berkira, malah terus melupakan hingga tak rasa dah memberi. Allah. Hebatnya makcik.
Saya tak pernah jumpa ibu kepada kenalan saya ini. Moga ada berkat sedikit dari beliau, saya juga mendapat sedikit kebaikan dari perkongsian anak beliau tentang amalannya. Semoga makcik terus sihat, dipanjangkan usia, dan terus ada doa buat semua anak-anak makcik.
Moga ummi akan menjadi ummi yang istiqomah berdoa buat kalian, anak-anak.
Mingguan Wanita : Semoga kita yang bergelar ibu pun dipermudahkan dan sama-sama mendoakan kebaikan anak-anak.
Sumber: Farhana Fizal
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita