Tiada yang menggembirakan seorang ibu dan bapa bila dapat melihat kejayaan anak dalam pendidikan dan kerjaya. Inilah yang dimpikan oleh setiap kita yang bergelar mak ayah.
Kejayaan anak ini bukan hanya terletak kepada kepandaian dan kebijaksaan anak itu semata-mata. Tapi yang menguatkan lagi faktor ini adalah doa dari orang tua. Ingat, hebat mana kita belajar, berjaya dalam kerjaya, semua ini berbalik keapda asbab doa seorang ibu.
Kadang-kadang, kata-kata mak ayah semasa kita kecil juga menjadi pendorong kita untuk berusaha dan membalas jasa orang tua. Ayah sanggup bersengka mata siang malam mencari duit untuk anak dapat belajar. Mak pula, sanggup bangun malam, berpuasa untuk doakan anak-anak berjaya. Senjata dari kedua orang tua inilah menjadi punca kejayaan anak.
Cukup terkesan dengan perkongsian daripada Farhana Fizal ini. Rahsia kejayaan anak-anak bila mana seorang ibu sanggup bangun malam untuk solat dan berdoa buat anak-anaknya.
Saya ada sorang kenalan. Adik beradiknya 8 orang, dan jika diukur kejayaan pada mata orang awam, adik beradik mereka berjaya semua.
3 daripadanya doktor, seorang doktor gigi, 2 orang guru dan 2 orang pensyarah. Kawan saya ni seorang doktor.
Bukan itu sahaja ukuran kejayaan mereka di mata saya, tapi mereka berlapan juga, golongan yang saya lihat sangat menjaga syiar Islam.
Daripada cara mereka berpakaian, menyantuni orang, bercakap, menghormati ibu bapa, Allahu. Pasti jatuh hati yang melihatnya.
Pada saya, perkara utama yang buat mereka nampak berjaya di mata saya, dan mempersonakan adalah akhlak mereka. Dan kejayaan mereka pula, bonus buat mereka.
Pernah kami duduk sekali, makan bersama. Saya bertanyakan padanya. Apa amalan mereka adik beradik, mereka makan dan apa yang mereka tak kan makan? Untuk berjaya.
Ads
Nak tahu apa jawapan kawan saya?
“Fa, aku adik beradik sama je macam korang juga. Takde apa lebih pun. Makan apa ada je. Kadang makan telur dengan timun je sebulan. Sebab dulu abah sorang je kerja. Mak suri rumah.”
“Adik beradik ramai kan Fa. Memang asalkan makan dan kenyang. Sedap dan berkhasiat, takde kira pun masa tu. Tu pasal bila dapat asrama, Mak suruh pergi. Sebab confirm kami makan kat sana.”
Dia jawab sambil senyum saja kat muka dia. Saya rasa saya menganga sepanjang dia bercerita.
“Kalau nak kata masa belajar tu, sekolah rendah dulu, memang takde lah belajar sangat. Dan masa sekolah menengah pula, belajar kat sekolah je. Balik cuti kat rumah, langsung tak pegang buku. Tidur banyak. Budak asrama kan.” Dia gelak dihujung bicaranya.
“Jadi, kalau orang tanya, apa rahsia kami adik beradik, jawapannya tiada. Memang sama je, malah mungkin lagi banyak kurang daripada orang lain.”
“Tapi, rahsia yang selalu aku kongsikan kalau orang bertanya, ada perihal mak aku.” Katanya dengan suara yang macam ada serak.
“Apa tu?” Laju saya bertanya.
“Mak aku, sejak aku dah boleh faham dunia, mak aku adalah orang sangat taat bangun malam. Memang setiap malam dengar mak nangis masa mak solat.”
“Kami dulu semua tidur di ruang tamu. Rumah satu bilik. Jadi mak pun solat kat situ juga malam-malam. Jadi nampaklah.”
“Mak selalu cakap kat kami, “Mak ni tak dapat bagi apa-apa macam Abah. Mak tak kerja. Semua Abah je yang sediakan untuk kau orang. Jadi, ini je lah mak boleh buat untuk kau orang. Bangun setiap malam, doakan kau orang. Senjata paling kuat mak ada.”
Allahu. Tanpa sedar, air mata saya mengalir.
“Itulah rahsia paling besar kami adik beradik berjaya agaknya Fa. Sebab mak punya amalan ni lah. Selain daripada tu, kami ni memang takde apa-apa.”
“Tapi kan Fa, aku pun tak terbuat apa yang mak buat Fa. Kadang-kadang, rasa tak berguna pun ada. Mak dah tunjuk contoh, puluh tahun depan mata, tetap la aku tak terbuat juga. Sian anak-anak aku. Huhu.” Katanya dalam nada sayu.
Asbab Anak Berjaya
Amalan seorang mak, boleh menjadi asbab kejayaan anak-anak. Dan doa seorang ibu, memang dia punya ‘pergi’ pada Allah tu, macam cahaya! Allahu hebatnya doa seorang ibu.
Ads
Dan ibu kawan saya ni, memang hebat orangnya, maka terlahir anak-anak hebat dari dia. Walaupun dia yang melahirkan, menyusukan, membesarkan, memasak, mengemas, tetap dia merasakan dia masih belum memberi pada anak-anaknya.
Kalau saya? Emmmmm. Lepas masak pun berkira dengan anak-anak suruh kemas. Sebut pula tu. Huhu.
Apapun, memang kita tak boleh membandingkan diri kita dan orang lain. Ketahanan diri setiap individu juga berbeza.
Namun, amalan mak kepada kenalan saya ni, boleh saya dan kita semua ambil sebagai contoh dan boleh kita usahakan untuk menjadi amalan diri kita sebagai seorang ibu.
Dengan dunia yang sangat menakutkan sekarang, doa adalah antara usaha utama yang mesti kita istiqomahkan. Dan lebih hebat jika kita boleh berdoa disepertiga malam. Allahu.
Moga dimudahkan kita semua, terus menjadi ibu yang memberi dan memberi kepada seluruh isi rumah, dari hati kita yang paling dalam. Memberi dan langsung tidak berkira pula apa yang kita beri. Bukan sahaja tidak berkira, malah terus melupakan hingga tak rasa dah memberi. Allah. Hebatnya makcik.
Saya tak pernah jumpa ibu kepada kenalan saya ini. Moga ada berkat sedikit dari beliau, saya juga mendapat sedikit kebaikan dari perkongsian anak beliau tentang amalannya. Semoga makcik terus sihat, dipanjangkan usia, dan terus ada doa buat semua anak-anak makcik.
Moga ummi akan menjadi ummi yang istiqomah berdoa buat kalian, anak-anak.
Mingguan Wanita : Semoga kita yang bergelar ibu pun dipermudahkan dan sama-sama mendoakan kebaikan anak-anak.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Selalu orang tua pesan, angkat pakaian di jemuran sebelum maghrib dan duduk kat luar dan tutup pintu semasa maghrib. Masa ini banyak ‘syaitan’ berkeliaran dan tak elok pun.
Pesanan orang tua itu bukan suka-suka atau nak menakutkan tapi, hakikatnya ada hadis tentang perkara ini. Punca-punca yang boleh buat rumahtangga tak bahagia, anak-anak buat perangai dan sebagainya adalah kerana ummu sibyan.
Apakah ummu sibyan dan kaitan dengan sebelum mahgrib dan gangguan rumahtangga Ustaz Wan Mohammad Firdaus ada jawapannya.
Jika ada tanda-tanda kehadirian ummu sibyan cuba iktihar untuk hindari dan usaha cari rawatan-rawatan terdekat anda.
Menurut pengalaman, jin ini adalah jenis jin wanita yg suka memporak-perandakan rumahtangga kita, mengunci nafsu isteri, membunuh bayi dalam kandungan, menaikkn nafsu lelaki sekaligus memanfaatkan air mani lelaki dan lain-lain.
Wanita mengandung pula, ummu sibyan akan masuk ke dalam kandungan isteri kemudian menendang bayinya sehingga keguguran, menyumbat & mengunci/mengikat rahim isteri dengan tujuan tidak boleh mengandung/mandul dan tiada nafsu kepada suami.
Sebab ummi sibyan masuk ke rumah ada 2 iaitu:
1. Masuk ketika waktu dekat nak magrib, terutamanya cahaya matahari berwarna kemerahan / jingga.
2. Mengangkat jemuran pakaian selepas maghrib kerana mereka akan menjampi sihir kemudian sihir itu menumpang di pakaian tersebut agar sihir itu dapat masuk ke rumah.
Jadi, tutuplah segala pintu rumah depan belakang dan segala tingkap/jendela sebelum bertemu waktu nak dekat Maghrib atau cahaya matahari berwarna kemerahan / jingga. Dan angkatlah jemuran kain sebelum waktu itu juga.
Tambahan lain, bersihkanlah debu-debu seperti habuk/sarang labah-labah di siling, di dinding dan lain-lain kerana mereka membuat rumah mereka di sana dan beranak-pinak di sana..
Apabila tidak dicegah dan dibiarkan boleh membawa penyakit sehingga tahap kronik seperti suka marah, benci-membenci,tekanan jiwa/hati, malas beribadah, anak nakal & keras kepala dan lain-lain.
Sebagai tambahan pagar rumah, selitkan surah zalzalah dalam bacaan-bacaan lain dlm proses memagar rumah..kerana ia umpama pintu/jendela yg berapi yg dgn izinNya bersifat membakar segala Jin & syaitan..caranya lebihan garam pagar rumah itu campur dgn air kemudian spray/percikkan kat semua permukaan pintu utama & blkng serta semua tingkap/jendela rumah.
Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.” (Sahih HR Bukhari & Muslim)
Doa usaha tawakal
NURHIKMAH
RAWATAN TRADISIONAL ,ISLAM
PAKAR RAWAT PENYAKIT MISTERI
Mingguan Wanita : Moga kita sekeluarga dijauhkan daripada perkara ini.
Kekoknya bila kena ambil tugas memandikan bayi baru lahir. Awal-awal dulu, bolehlah harapkan bidan bersalin bantu ibu. Selepas sehari dua, ibu mahupun ayah muda perlulah berdikari sendiri, belajar mandikan bayi.
Tak perlu rasa susah hati, mandikan bayi baru lahir ini jadi mudah sekiranya pasangan tahu cara melakukannya. Sekiranya bidan pernah mengesyorkan beberapa tip, kali ini MW berikan panduan yang boleh membantu pasangan suami isteri memandikan bayi mereka.
Ini Panduan Betul Mandikan Bayi Baru Lahir
Suhu air kenalah sesuai dengan tubuh bayi baru lahir
Elakkan menggunakan air sejuk untuk mandikan bayi anda. Suhu yang paling tepat akan buatkan bayi rasa hangat. Tak terlalu panas, ataupun sejuk. Sebelum memandikan, periksalah suhu air terlebih dahulu.
Caranya ibu atau ayah, celupkan siku ke dalam air untuk mengukur tahap kehangatannya. Jika siku anda rasa panas, bermakna air itu panas untuk kulit bayi anda. Sebelum memeriksa air, bersihkan bayi anda terlebih dahulu. Misalnya, keluarkan lampin pakai buang bayi.
Pegang bayi dengan lembut
Ibu atau ayah perlulah memegang bayi dengan kemas dan lembut sepanjang memandikan. Gunakan satu tangan untuk menyokong bahagian belakang bayi. Sementara tangan satu lagi untuk merangkul bahu dan memegang leher bayi. Posisi ini mesti tetap sepanjang memandikan. Gunakan tangan yang memegang belakang bayi untuk mencuci badan bayi anda secara perlahan-lahan dan memandikannya.
Sentuhan air pertama pada tubuh bayi
Disarankankan memandikan bayi anda pada waktu dhuha iaitu sekitar 28 minit selepas waktu Syuruk. Ini kerana, pada waktu dhuha fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.
Siramlah pada belakang badan bayi secara perlahan-lahan, kemudian barulah siram kaki dan naik ke bahagian punggung. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Pada bahagian kepala, siram perlahan-lahan supaya air tak mengalir masuk ke lubang telinga. Ibu atau ayah boleh tutup telinga bayi semasa proses ini.
Semasa menyiram air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, gunakan tangan untuk menggosok dahi bayi. Pastikan tak menyiram mukanya, kerana boleh melemaskan bayi dan menyebabkan lubang hidungnya lembab. Kelak bayi mudah terkena selesema atau jangkitan kuman.
Siraman terakhir, lakukan dari atas dada ke bawah. Tak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi kerana bimbang sabun menyebabkan pusat bayi lembab dan melambatkan proses gugur tali pusat.
Pentingnya belaian dan pilih sabun yang lembut
Sepanjang proses memandikan, ibu dan ayah belailah bayi melalui gosokan yang lembut. Dengan cara ini, pengaliran darah bayi akan berjalan dengan lancar dan baik. Pilihlah sabun yang lembut untuk memandikan bayi terutama yang telah tanggal tali pusatnya.
Jenis sabun lembut terbaik perlulah mengandungi pelembap aloe vera dan minyak almond, bebas sabun, bebas paraben malah hypoallergenic untuk memelihara kulit mulus bayi. Rangkaian penjagaan kulit bayi yang diperbaharui, Cetaphil Baby + New Cetaphil Baby Advanced Protection Cream diformulasi untuk kulit bayi baru lahir yang halus.
Malah semua produk Cetaphil Baby diuji secara dermatologi dan disyorkan oleh pakar pediatrik sebagai mandian yang membersih dan menghaluskan kulit mulus bayi dengan lembut.
Sebaik selesai, apa perlu dilakukan
Lapkan seluruh tubuh bayi anda dengan tuala yang bersih. Mulakan mengelap dari bahagian kepala dahulu. Jika terlambat, boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah seterusnya membuatkannya selesema.
Balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya. Peluk bayi anggaran 10 minit untuk memberi kehangatan pada tubuhnya. Kemudian, pakaikanlah baju dan balut bayi dengan selimut kering.
Setelah mengetahui panduan memandikan bayi anda yang baru lahir ini, tentunya ibu dan ayah akan jadi lebih berani dan yakin untuk melakukannya. Memandikan bayi ini sebenarnya, boleh menambah lagi kasih sayang dan eratkan bonding bersama.
Rangkaian Penjagaan Cetaphil Baby + New Cetaphil Baby Advanced Protection Cream
Penting untuk ibu dan ayah memilih penjagaan mandian untuk kulit bayi baru lahir dengan betul. Lagi-lagi kulit bayi baru lahir lebih sensitif, mudah berubah mengikut suhu malah mudah mendapat ruam kulit jika penjagaannya kurang teliti.
Rangkaian penjagaan Cetaphil Baby + New Cetaphil Baby Advanced Protection Cream ini bukan saja lembut malah tiada paraben, minyak mineral, pewarna, bahan asal haiwan dan rangkaian sabun Cetaphil Baby dirumus khas agar lembut dan sesuai untuk kegunaan harian.
New Cetaphil Baby Advanced Protection Cream
Rangkaian penjagaan kulit terbaru ini melindungi kulit bayi yang kering daripada masalah iritasi dan ketakselesaan, memberi kelembapan bagi memulihkan kembali kulit bayi yang kering. Sesuai untuk jenis kulit normal sehingga kulit sangat kering.
Selain lembut, krim serbaguna ini disahkan mengandungi ekstrak organic celendula, allantoin dan shea butter yang berupaya memberi kekuatan pada kulit dan mengekalkan kelembapan kulit bayi. Ia juga mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh masalah kulit kering, iritasi dan kulit melecet malah memberi kesan kelembapan sehingga 8 jam.
Antara lain rangkaian penjagaan ialah Cetaphil Baby gentle Wash & Shampoo, Cetaphil Baby Moisturising Bath and Wash, Cetaphil Baby Shampoo dan Cetaphil Baby Daily Lotion.
Ibu dan ayah yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan rangkaian penjagaan Cetaphil baby boleh layari :
Syawal dah sampai penghujiungnya. Masa inilah mak-mak berkira-kira cara nak simpan duit raya anak. Selalunya, duit raya anak mesti akan dimasukkan ke dalam bank, untuk simpanan mereka juga.
Ada macam cara yang mak-mak lakukan dengan duit raya anak. Ada yang menyimpan, bagi pada anak sepenuhnya dan tak kurang bahagikan pada jumlah tertentu untuk kegunaan anak itu sendiri.
Satu cadangan yang baik dari perkongsian Eina Shukry ini. Sebahagiannya simpan duit raya anak adalah dengan membeli emas. Bukan untuk mak-mak tapi demi masa depan anak itu sendiri.
Saya ada seorang anak lelaki dan buat masa sekarang saya tidak memilih untuk simpan duitanak lelaki dalam bentuk gold bar. Ini pilihan saya, bukan pilihan anda. tapi inshallah depan hari saya akan simpan gold bar.
Ada yang kata, beli emas pakaikanlah untuk anak perempuan. Bagi saya tidaklah gemar pakaikan emas untuk kanak-kanak kerana tahap bimbang dan khuatir itu sangat tinggi. Potensi untuk putus, hilang, dicuri itu mungkin ada. Jangan terlalu percaya pada keadaan sekeliling dan saya kenal anak saya.
Sepanjang saya pakaikan barang kemas kepada mereka, sudah banyak kali putus dan hampir hilang. Jadi saya memilih untuk tidak pakaikan buat masa sekarang sehingga mereka pandai jaga sendiri.
Ini pilihan saya, bukan pilihan anda. jika anda nak pakaikan untuk anak anda, silakan sebab masing masing ada pilihan.
Sila take the positif part je. hidup ni kena rilek je. Jangan terlalu bitter atau judge hidup orang. seperti mana orang tak judge hidup anda begitu juga orang tersebut berharap anda tidak judge hidup mereka.
Post ini sekadar perkongsian dari saya dan cara saya. Harap bermanfaat
“Akasyah, baby, alissa, duit raya awak semua ibu guna untuk beli emas. Jadinya duit raya awak semua ada dalam emas ini. Depan hari, awak semua dah besar, nak guna duit, boleh jual emas ni untuk dapatkan semula duit kertas tersebut. Faham ? ibu tukar duit 1k kepada gelang emas, nanti awak boleh jual dapat 2-3k lagi banyak. bestkan ?”
“Dan emas ini ibu beli gelang, boleh ibu pakai barang kemas ni ?”
Panjang es explain pada mereka tentang duit raya dan investment emas mereka bermula tahun lepas, duit raya mereka es kumpulkan dan convert into emas supaya duit itu tidak habis begitu sahaja.
Nak letak dalam bank, duit itu tak beranak. Tapi bila es convert into emas, Insya allah makin lama makin beranak duit ini. Harga emas kan makin naik sekarang ni jadinya tak rugi invest on emas, demi masa depan anak-anak dan demi apa-apa emergency depan hari. who knows tapi mintak jauh sangat.
“Ibu, maknanya dalam emas ni ada duit kasyah ? macam mana ibu masukkan ?” aaa pulakkkk soalan dia
“Takpelah ibu pakaila gelang baby ni”
Terima kasih anak, dapatla ibu melawa merasa emas anak anak. Tahun lepas es convert duit raya kepada 2 utas rantai emas bernilai RM5K, hasil dari duit raya anak-anak.
Banyak duit mereka dapat tahun lepas dari sahabat sahabat ayah mereka, ibu, dan para famili. es tambah la sikit sebagai duit raya mereka.
Tahun ni pun es dah convert duit raya mereka sebanyak sekian. Beli gelang emas dan gelang kaki.
Alhamdulillah rezeki anak-anak. Rezeki ibu juga dapat pakai barang kemas pinjam dari anak-anak. Pun begitu, es minta izin terlebih dahulu. Inikan barang mereka, duit mereka. Kita sebagai ibubapa jangan main ambil je hak mereka. Terangkan elok-elok kenapa buat begitu.
Tapi sebelum es convert, es akan tanya mereka ada apa-apa tak yang mereka perlukan sebelum es convert semua ni. Sebab ni kan duit mereka, so biarlah mereka enjoy beli apa yang mereka mahu dan mereka mintak charger fast charging sorang satu, so es dah tunaikan alhamdulillah
Post ini bukanlah untuk riak, untuk itu ini bagai. Tapi lebih kepada sentimental post sebagai seorang ibu untuk mengingati nikmat dan rezeki dari Allah ini untuk kami anak beranak.
#tambahan :
Contoh keadaan saya, duit kertas inshallah saya boleh usaha setiap hari. dapat la sikit-sikit. tapi untuk beli emas seketul macam gini jarang kita mampu sangat. Bila dah ada duit terkumpul banyak macam ni terus grab peluang bekukan aset.
Mingguan Wanita : Hak anak, mak ayah jangan pula ambil kesempatan. Walaupun masih kecil, bagilah mereka merea guna duit sendiri untuk beli apa yang dia suka, selebihnya kita simpanlah untuk masa depan mereka juga.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.