Bangun Malam Dan Doa, Ini Tanda Kita Betul Sayang Pasangan

Share

Kadang-kadang kita tak pandai nak tunjuk dan sebut yang kita sayang pasangan seadanya. Mulut bising pun, dalam hati sayang. Tetapi si dia bukannya tahu.

Namun sebenarnya tak susah nak hargai si dia, cukuplah jika kita mampu sebut namanya dalam doa. Bukan sekali tetapi setiap kali dalam solat. Betapa bahagianya andai Allah makbulkan apa yang kita dah mohon.

Nah, buat suami dan isteri yang masih tak tahu tip ini, boleh baca perkongsian Doktor Muhamammad Hassan ini dan segerakan bertindak. Cuba buat.

Jika Betul Kita Sayang Pasangan

Tanda kita sayang kepada pasangan, kita tidak pernah lupa untuk sentiasa mendoakan kebaikan buat si dia.

Malam ini doa untuk suami;

“Ya Allah ini suami saya,saya sayang dia lebih dari diri saya, ya Allah ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU, jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”

Para suami bangun malam, doa untuk isteri:

“Ya Allah ini isteri saya, siang malam penat untuk saya dan anak. Jagalah dia baik-baik ya Allah, jagalah iman dia, pelihara maruah dia, jadikan dia asbab sama-sama masuk syurga, jadikan dia isteri yang solehah, tutuplah aib dia dari padangan saya, tukarlah aib dia kepada kebaikan.”

Sama-sama doa, sama-sama cari redho Allah. Sujud lama-lama dalam solat tahajjud. Waktu ini Allah sangat hampir dengan kita. Tiada siapa lagi boleh dengar segala rintihan dan rayuan kita,wallahi hanya Allah segalanya.

Sebelum tidur Peluklah anak, isteri,suami. Moga Allah datangkan kebaikkan,kebahagiaan buat kita.

” Jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Pasti”

Published by
Nadia