‘Bangun Lewat Di Rumah Mentua..’ Menantu Jangan Lurus Sangat, Sesuaikan Ikut Keadaan

Share

Haa.. ada yang bertanya, salah ke jika menantu bangun lewat jam 11 di rumah mentua? Bagi yang bertanya, itu bukan satu kesalahan besar. Lain pula pada mentua yang tidak menyukai tindakan sebegitu.

Bagi menjawab pertanyaan netizen itu, Puan Marlia Ramli berkongsi pandangan. Sebaiknya, apa yang menantu perempuan boleh lakukan agar tidak dipandang tidak manis di mata mentua sendiri.

BANGUN LEWAT GILA DI RUMAH MENTUA?

Salah. Kat Negara Malaysia ni salah kalau anda menantu perempuan. Mentua dan ipar duai anda akan mula berbisik.

Menantu lelaki bangun tidur tengahari pastu sambung tidur semula pun tak de masalah. Siap maknya isteri hidangkan kopi cawan lapik untuk menantu lelakinya.

Ya… Imbalance ini memang berlaku.

Menantu perempuan ada expectation perlu dibuat. Menantu lelaki? Asalkan tak mencarut depan mentua dah kira soleh dah tu!

Beginilah anak-anak muda,
Akak sentiasa kempen jika rasa tak mampu nak bangun awal, tak mampu masuk dapur sebelum subuh, tak mampu nak meet expectation terhadap “typical menantu perempuan” – ajak suami tinggal di rumah sendiri.
Rumah sewa pun tak pe.
Rumah kecik pun tak pe.
Belajar berdikari.
Mudah nak jaga aurat.
Selesa ada ruang peribadi.
Fahami realiti hidup.
Bangun lewat? Tanggunglah perut lapar.
Rumah anda? Sukati andalah.
Asalkan anda suami isteri bahagia.
Sesekali balik rumah mentua?
Alah… sesekali je kan?
Kau armed je alarm snooze level bingit telinga.
Snooze seratus kali.
Ngam-ngam subuh je kau dah kat dapur bancuh teh.

Baca sini : Dapat mak mentua baik pun rezeki, bukan semua menantu dapat rasa

Pembawakan Diri Menantu Sesuaikan Ikut Keadaan

Kau jenguk sinki ada pinggan dua tiga biji, kasi settle. Pastu kalau kau OCD pengemas namatey pun tak payah memandai ubah susunan dapur umah mentua kau. Mata kau sakit tengok? Pejam mata. Jangan memandai ubah apa-apa. Kau layan je style susunan mentua kau.

Pastu kau ye kan aja segala benda yang mentua kau cakap. Dia nak puji menantu lain ke, nak up anak dia ke, nak mengumpat jiran ke, nak puji diri sendiri ke… kau layan kan aja. Tak payah bantah bagai. Anggap je Mentua kau sedang buat video Tik Tok. Kau enjoy je tenung dia sambil angguk-angguk dan gelak je keja kau. Lantak pi situ.

Masa nak balik kau salam berisi (amik dari poket suami kau). Mohon doakan saya Mak… Kau gunalah dialog syahdu drama petang-petang. Pastu kau puji cakap kuih lepat yang Mak buat tu sedap. Kau minta resepi walaupun dapur rumah kau tak penah berasap. Mak yang mula masam cam siput by auto akan senyum. Silap aribulan, kau lah menantu kesayangan.

Mentua kurang bunyi, ipar duai tak de modal nak melebih. Settle!

Cari katil murah di sini : https://invol.co/cl8p5of

Wanita hari ni jangan lurus sangat. Pandai-pandai la be creative and be flexible mengikut keadaan. Pembawakan diri tu sesuaikan ikut keadaan. Yang penting? Suami happy, isteri happy – cukuplah.

Mentua dengan ipar duai – Alah… sesekali je kan. Kau bukan balik sebulan 4 kali pun… Ngerti?

#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation

Mingguan Wanita : Andai menantu fahami realiti hidup berkeluarga itu macamana, tentu mudah untuknya tangani apa jua isu yang berlegar di sekitarnya.

Sumber/Foto : Marlia Ramli

Published by
Netty Ah Hiyer