Marilah kita beramai-ramai mendoakan Siti Sarah Raisuddin agar kembali sedar. Mengimbas kembai kisah kejayaan Siti Sarah yang juga seorang penyanyi, merupakan usahawan berjaya.
Malah dia juga berasa sangat bersyukur dengan kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT. Dia dan suami, Shuib begitu gigih membina kerjaya seni dan sekaligus membina perniagaan. Mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil, pemilik nama sebenar Siti Sarah Raissuddin akui walaupun dilahirkan sebagai anak seorang artis namun kehidupannya tidaklah mewah.
Malah perkongsian Siti Sarah di Instagram juga mengundang sebak buat dirinya. Biasanya persepsi orang di luar, bila bergelar anak kepada artis akan hidup mewah. Namun tidak pada dirinya. Sejak kecil, dia melihat ayahnya, Raisuddin Hamzah yang juga seorang pelakon dan penyanyi era 80an membanting tulang mencari rezeki untuk menyara mereka sekeluarga.
“MasyaAllah, sebak rasa bila jejak balik tempat Sarah dibesarkan dulu. 22 tahun Sarah dibesarkan kat sini. Maybe ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu Sarah sebenarnya dibesarkan di Keramat. Ni la cerita suka duka Sarah.
“Ni lah Sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat dengan rumah ni. awal-awal jadi artis pon ni lah tempat Sarah tinggal, semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha.
“Sarah ingat lagi zaman Malaysia ada krisis kewangan tahun 1997, walaupun abah Sarah seorang anak seni, abah juga terkena tempiasnya. Takda job langsung, mengarah ataupun berlakon, sampaikan kami dah tak mampu nak bayar kereta. Kerana tanggungjawab yg besar hilang rasa malu, abah pergi belajar buat roti canai,” kongsi Siti Sarah.
Sarah menerusi entri seterusnya di Instagram juga menyambung kisah suka duka kehidupannya. Selain ayahnya menebar roti canai dia dan adik beradik yang lain akan membantu di gerai. Malah Sarah sendiri memasak lempeng dan cekodok.
“Dannn roti canai tu sebenarnya abah baru belajar tebar, tetapi ramai sangat yang order dan abah terpaksa sembunyikan tepung-tepung dan cakap roti canai habis…bila dah pandai tebar, abah ajar pulak adik Sarah cara tebar roti canai, so abah dah ada pembantu bila ramai yang order
“Sarah ingat lagi, pagi-pagi sebelum ke sekolah, kami adik beradik akan bangun awal 5 pagi untuk tolak troli (buat sendiri) di tapak itu untuk start meniaga. Lepas settle buka kedai, baru siap-siap mandi dan ke sekolah. Sarah pon masa ni memang nak tolong keluarga, Sarah buat lempeng dan cekodok dan Alhamdulillah, kalau orang nak beli memang kena beratur lahh.
“Ni lah antara waktu-waktu yang Sarah rasa paling mencabar, bila abah dah takda job, dan disebabkan tu, abah x mampu nak bayar kereta sampai kena tarik dpn mata Sarah sendiri. Hati Sarah pecah, terlalu sedih kesian kan keluarga Sarah sebab lepas ni dah takda kenderaan lagi,” kongsi Sarah tentang kehidupannya sewaktu kecil.
‘Rindu Ini Menyakitkan..’ Siti Sarah Ditiarapkan, Ada Darah Beku Di Paru-paru
Shuib Mohon Padamkan Voice Note Viral, Siti Sarah Masih Lagi Ditidurkan
Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri
Sumber/Sumber Foto: Instagram Siti Sarah Raisuddin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan