Juara Qari Junior 2017, Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin, 12 dibesarkan oleh nenek dan datuknya, Asmah Jusoh, 59 dan Mohd Nasir Mohd Din, 60. Impian datuk dan nenek mahu menjadikan cucunya seorang tahfiz sudahpun menjadi kenyataan.
“Tiada yang mustahil dalam membentuk dan mendidik anak menghafal al-Quran dalam usia muda.”
Kata kuncinya adalah disiplin. Bagaimana nenek dan datuk Haikal menerapkan al-Quran di hati anak mudayang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Lipat dan Sekolah Agama Kampung Belukar Juling, Endau Mersing ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu muda di luar sana.
1. Mulakan pendedahan pada al-Quran seawal usia 4 tahun. Haikal mampu khatam dalam tempoh 2 bulan dan menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika usia 8 tahun.
2. Setiap bulan khatam al-Quran 2 kali.
3. Setiap pagi bangun seawal 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah. Pada hari cuti, perlu habiskan 7 juzuk al-Quran. Sambil siapkan kerja sekolah, Haikal akan mengaji.
4. Tak mengambil sebarang makanan ringan. Setiap hari bawa bekal yang dimasak nenek ke sekolah.
5. Merakam surah dan membaca semula surah yang dirakam
* Ketika usia setahun setengah, Haikal tak boleh meniarap dan bercakap serta alami masalah saraf dan hampir menjadi orang kurang upaya.
* Sejak itu, nenek latih Haikal menulis agar tangannya kuat. Diurut kaki dan tangan cucunya sambil tak henti berdoa pada Allah.
* Umur 2 tahun, Haikal baru boleh berjalan tapi belum boleh bercakap.
* Disebabkan tak lekat nak sebut nama mama mahupun babah, nenek ajar Haikal sebut Allah. Sebut berulangkali sampai “Allah’ menjadi sebutan pertama anak kecil ini.
Didikan nenek yang kental disiplin ada ketikanya membuatkan Haikal alami tekanan. Subhanallah… sungguh hebat Haikal atasi tekanan dirinya.
“Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji. Tak susah pun, cuma perlu fokus.”
Sumber: Sinar Harian/GPS Bestari
Foto: Fanpage Haikal Firdaus Bin Mohd Jaafarudin
via Mingguan Wanita