Kempen Bangkit Wanita:
Sudah lebih setahun kita hidup dalam norma baharu; dibelenggu pandemik Covid19. Begitu hebat penangannya, ramai yang terjejas sumber pendapatan berikutan banyak langkah SOP yang menyebabkan pergerakan dan komunikasi terbatas.
Justeru itu, Mingguan Wanita (MW) sangat prihatin dengan nasib golongan wanita yang terjejas pendapatannya. Susulan itu, adalah menjadi keperluan penting Kempen Bangkit Wanita digerakkan dengan tagline Langkah Yakin Lakar Kejayaan
Langkah Yakin Lakar Kejayaan
Menunjukkan anda jalan alternatif keluar daripada kesempitan hidup
Memberi bimbingan dan latihan untuk bangkit maju
Bekalkan ilmu kemahiran asas dan baharu
Melihat lebih ramai lagi wanita berani mulakan bisnes
Menyuntik semangat mahu berjaya
Membantu golongan wanita B40 & M40 menjana pendapatan baharu atau tambahan
Ayuh Capai Sasaran Anda Sekarang
- Gali ilmu asas mulakan perniagaan dari rumah.
- Ilmu latihan praktikal tingkatkan skill atau kemahiran asas
- Temui jaringan kerja (networking) berkualiti
- Geran Digitalisasi
- Tersenarai dalam Direktori Bangkit Wanita
- Tersenarai dalam portal Jom Rasa
- Tersenarai dalam portal Baby Bazaar by Pa&Ma