Masih ramai yang menganggap merokok ditempat awam adalah perkara biasa. Walaupun tahu bahawa asap rokok boleh membahayakan, namun bagaikan tiada rasa bersalah dan sifat prihatin pada orang sekeliling, lebih-lebih lagi pada kanak-kanak dan bayi yang masih kecil.
Masyarakat seharusnya kena berani memberi teguran langsung kepada para perokok sebegini, seperti tindakan yang dilakukan oleh Ahmad Aidil Rafiq agar golongan ini tidak sewenang-wenangnya dan lebih prihatin mencari tempat sesuai untuk merokok.
Aku selagi benda ni berlaku, aku akan up cerita ni supaya kau orang pun bersuara. Sepanjang perjalanan ke Pendang hari ni, kami sekeluarga cuma berhenti di RnR Sungai Perak saja untuk berjama’ ta’khir dan makan ikan patin masak tempoyak.
Usai aku bersolat, sementara menunggu isteri menunaikan Rukun Islam yang kedua, aku duduk menjaga Amsyar yang sedang sedap lena dibuai tidurnya. Tak ada tilam yang paling sedap dalam dunia selain dalam pelukan Papa agaknya.Sedang aku melayan mencari talian, tiba-tiba terbau asap rokok. Apa natang dalam tempat makan ramai-ramai siap ada budak kecil pun masih gian membakar rokok ?! Bukan tak boleh turun ke tempat parking sedut disitu.
Aku galak mencari punca bau. Sebab sedang peluk Amsyar, aku tak boleh banyak gerak. Karang terjaga nak menyusu, Mamanya belum siap lagi. Aku tak ada susu. Air peluh banyak lah.
Depan aku ada seorang chinese perempuan sedang memeluk anaknya. Aku tengok anak mata dia pandang kemana dengan kerut didahi, terus aku toleh ke belakang. Rupanya ada 1 family dengan lelakinya merokok sembunyi-sembunyi.
Aku tak cerita panjang bang. Terus aku kuatkan suara “ Bang! Sorry bang! Berhenti merokok kat sini ! Saya ada baby ni! “ Sambil aku kibas-kibas napkin Amsyar bagi bau rokok hilang.Serius lah. Tak ada common sense? Ya bang. Suara aku kuat pasal nya aku mewakili seluruh bapa yang ada anak berhampiran dengan hangpa untuk tak membunuh anak-anak kami.
Bang, kalau kau terbaca post aku, aku nak minta maaf kalau kau 1 family terasa malu pasal aku kuatkan suara. Sampai aku tengok kau orang 1 family blah dengan makanan tak habis atas meja tu.
Tapi serius bang. Aku ada ramai kawan dan sahabat baik yang merokok tapi tak benak kepala sampaikan nak membakar kat tempat yang sesak dengan orang tambah lagi ada anak kecil.
Benda ni tuan-tuan, tolonglah bersuara. Kalau kau malu berat mulut nak tegur, kau pilih antara dua ; Jaga rasa malu kau, atau jaga anak berhari-hari lamanya di hospital ?
Dan 1 lagi, beli sanitizer botol besar dan letak sebelah anak kau kalau kau keluar berjalan dan berhenti rehat. Itu satu tanda yang orang lain akan faham kau ni sangat pentingkan kebersihan.
Aku dah merasa bang anak masuk hospital. Bukan main sakit dan pedih telinga kau bila dengar anak meraung dicucuk sana sini. Pedih lagi rasa hati.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Beranilah menegur golongan ini, agar mereka punyai rasa ‘bersalah’ merokok ditempat awam, serta bagi melindungi kesihatan anak-anak kita.
Sumber: Ahmad Aidil Rafiq