
Balu abam bocey menang saman fitnah RM60K, Hidayah pesan pihak sana jangan lengah bayar. Lapan hari lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen, 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh turut memerintahkan perayu atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, membayar kos RM5,000.
Dengan ini, pelawak Ali Puteh kekal diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali kerana memfitnah wanita itu dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Sujud Syukur Pada Mu Ya Allah, Balu Arwah Abam Bocey Menang Kes Saman Fitnah
Hidayah Ingat Pesan Arwah Abam “Allah Sentiasa Ada, Kesedihan Tak Perlu Ditunjuk-Tunjuk”
Lapan hari telah berlalu dan semalam menerusi perkongsian di instagramnya, hidayah_hamzah balu kepada abam Bocey, Norhidayah rasa syukur di atas kemenangan itu dan turut menulis agar pihak sana tidak melengah-lengahkan bayaran mengikut perintah mahkamah iaitu RM60,000 yang dimenanginya.
Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan saman fitnah Mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah.
Semoga pihak di sana tidak melengah- lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah Mahkamah yang telah ditetapkan, semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yg lebih baik dan sempurna selepas ini.

Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah Dan Hamzah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tak Halang, Bantu Pilih Calon Bapa Tiri.’ 3 Beradik Kongsi Duit Buat Majlis Nikah Ibu

Isi Kandungan
Toggle‘Tak halang, bantu pilih calon bapa tiri.’ 3 beradik kongsi duit buat majlis nikah ibu kesayangan mereka.
Tiga beradik ini bukan saja tidak pernah menghalang ibu mereka berkahwin lain, malah pernah juga sama-sama memilih calon suami yang terbaik buat ibu.
Sporting betul keluarga ini, tapi benarlah mengapa perlu dihalang apatah lagi ibu mereka telah menemui calon yang sesuai sebagai peneman hingga ke hujung nyawa.
Tak Halang
Syawal ini paling bermakna buat Faizatul Najirah Ahmad Zalil bersama dua adik-beradiknya apabila dapat meraikan hari bahagia ibu mereka, Nor Arini Ismail yang kembali bergelar isteri selepas lapan tahun hidup ‘solo’.
Lebih menarik, Faizatul Najirah, 28, bersama kakaknya, Fatini Syukriah, 29, serta adik bongsu, Ahmad Zafran, 26, sepakat berkongsi wang bagi menganjurkan majlis pernikahan wanita kesayangan mereka pada 15 Mei lalu.
Tidak setakat itu, Faizatul turut berpeluang mendandan wajah Nor Arini, 55, yang sah menjadi isteri kepada Zainur Ariffin, 65, pada majlis yang diadakan di Homestay Ayahwan Paloh, di sini.

Bantu Pilih Calon Bapa Tiri
Kisah perkahwinan Nor Arini dan Zainur mendapat perhatian warga net selepas Faizatul Najirah memuat naik video rombongan pengantin lelaki hadir untuk menyunting ibunya di TikTok, baru-baru ini.
Menyingkap cerita sebenar, cerita Faizatul Najirah yang juga jurusolek dan menetap di Padang Air Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu, ibunya sudah hidup sendirian selepas berpisah dengan bapa kandungnya, lapan tahun lalu.
Katanya, sejak itu, Nor Arini hanya fokus membesarkan mereka hingga masing-masing sudah berkeluarga.
“Emak pernah nyatakan hasrat untuk berkahwin sebelum ini, malah pernah berkawan dengan lelaki, cuma ditakdirkan jodoh emak dengan abah (Zainur) walaupun tempoh perkenalan mereka amat singkat iaitu empat bulan saja.
“Kawan emak yang memperkenalkan abah. Ikutkan abah pernah mengajak emak berkahwin pada November tahun lalu tetapi emak menolak kerana belum bersedia.
“Namun, akhirnya dia terbuka hati untuk bertunang pada Februari lalu sebelum melangsungkan perkahwinan pada Isnin minggu lalu,” katanya.
Baca Di Sini : ‘Mertua Duduk Dengan Anak Menantu, Mulut Kena Jaga.’ Jangan Cerita Hal Menantu Pada Orang!
3 Beradik Kongsi Duit
Menurut Faizatul Najirah, dia serta kakak dan adik tiada halangan buat ibu mereka berumah tangga lagi, malah pernah membantu memilih calon yang sesuai sebagai bapa tiri mereka.
Akhirnya, Zainur datang dalam hidup Nor Arini dan mereka menerimanya selepas latar belakang bapa tirinya itu yang diyakini dapat membahagiakan keluarga.
“Kami bukan mahu masuk campur urusan peribadi emak cuma biarlah dia berkahwin dengan seseorang yang boleh menjaganya dan membimbingnya terutama dari segi agama.
“Alhamdulillah, jodoh emak sampai dan semuanya dipermudahkan kerana anak kandung abah juga boleh menerimanya.
“Sedih dan berat juga melepaskan emak kerana sebelum ini kami adik-beradik menjaganya dan kini dia sudah berpindah ke Seksyen 19, Shah Alam. Kami relakan dengan hati terbuka demi kebahagiaannya.
“Lagipun, kami adik-beradik sudah berumah tangga dan sedar emak juga berhak ada teman hidup untuk menjaganya dan menjadi tempat meluahkan perasaan,” katanya.
Artikel Menarik: Perbuatan Memeluk Pasangan Hanya Mampu Kurangkan Tekanan Isteri, Tak Beri Kesan Pada Suami

Buat Majlis Nikah Ibu
Dalam pada itu, Faizatul Najirah terharu dengan doa dan kata positif diterima selepas memuat naik video ibunya menjadi raja sehari.
“Tak sangka akan tular kerana niat saya muat naik video di situ untuk kenangan saja, namun mungkin yang melihat rasa unik kerana bukan rombongan kahwin anak tetapi emak. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan emak dan abah.
“Diharap, video itu membuka mata anak di luar sana untuk beri peluang kepada ibu bapa mereka yang sudah lama solo untuk berkahwin lagi jika itu yang dimahukan dan ada calon sesuai,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga jodoh sang ibu dan suami baru akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyallah.
Sumber : myMetro
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muat Turun Borang Rayuan Haji, Bayaran Masih KEKAL Bagi Yang Berjaya

Isi Kandungan
ToggleJika berkemampuan, sihat tubuh badan dan telah mempunyai simpanan yang mencukupi, tak salah membuat rayuan dengan mengisi borang menunaikan ibadah haji lebih awal. Bukan apa, memandangkan menanti giliran dan tawaran menunaikan haji agak panjang.
Perlu ambil perhatian, bermula tahun 2020, individu kena muat naik sekali borang “Rayuan untuk Menunaikan Haji” berbanding hanya menulis surat rasmi rayuan sebelum ini. Malah persoalan berkaitan jumlah bayaran juga dikekalkan bagi perayu yang berjaya iaitu RM9,980.
Untuk penjelasan lanjut, baca perkongsian daripada Akmal Azemi sebagai rujukan;
Pada mereka yang hendak pergi Haji namun masih belum sampai angka giliran. Ada berita baik buat kalian!
Bermula tahun ini, Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan buat pertama kalinya borang “Rayuan untuk Menunaikan Haji” secara seragam.
Hanya perlu muat turun borang tersebut di laman sesawang Tabung Haji. Kemudian isi dengan lengkap dan hantar kepada permis Tabung Haji yang berdekatan. Cukup mudah!
Namun, ada di antara masyarakat yang gelisah mengenai perkara 3 & 4(a) dalam borang tersebut. Memberi gambaran seolah-olah perayu Haji yang berjaya perlu membayar bayaran haji sebanyakRM22,900 tanpa Bantuan Haji oleh TH.
Namun ini adalah salah faham. Kerana pihak Tabung haji telah memberi respon terhadap kekhuatiran tersebut. Dimana pihak TH menulis dalam artikel soalan lazim mereka;
Apakah TH akan menaikkan jumlah bayaran haji bagi mereka yang membuat rayuan haji?
Bayaran haji bagi Jemaah haji kali pertama menunaikan haji dan mereka yang berjaya dalam rayuan haji masih kekal pada RM9,980 seperti tahun-tahun sebelum ini.
Namun demikian, seperti mana bakal haji yang Terpilih tahun semasa, bagi kes rayuan yang berjaya mereka juga boleh secara sukarela memilih untuk membayar kos haji penuh sebanyak RM22,900 untuk tunai haji secara Muassasah dengan menyatakan pilihan tersebut dalam borang rayuan haji masing-masing.
Kemudian dilanjutkan dengan soalan;
Bagaimana jika saya memilih untuk membayar RM9,980? Adakah rayuan haji saya dibatalkan?
Tidak. Rayuan haji yang telah diluluskan tidak akan dibatalkan jika perayu memilih untuk membayar RM9,980. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, TH telah pun memberi pilihan kepada Jemaah Haji Muassasah untuk membayar kos haji penuh. Dan jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh, bayaran haji kekal pada RM9,980.
Jadi disini kalian tidak perlu risau lagi. Pada mereka yang berkeinginan untuk membuat rayuan haji tahun 2020, boleh muat turun borang berkenaan di link yang saya sertakan disini ;
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, boleh menghubungi talian khidmat pelanggan TH di talian +603-6207 1919.
[UPDATE] jam 2050, 29 Januari 2020
Okey kawan-kawan, info dari TH dari kunjungan aku petang tadi. Surat rayuan masih lagi perlu di sertakan semasa pemohonan Rajuan Haji.

Jadi jangan risau, disini aku sertakan link contoh surat Pemohonan Rayuan Haji untuk kalian. Boleh muat turun dan edit mengikut kesesuaian kawan-kawan. Silakan disini ;
Begitulah. Moga bermanfaat.
Akmal Azemi
𝐿𝑎𝑏𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ𝑢𝑚𝑚𝑎 𝑙𝑎𝑏𝑏𝑎𝑖𝑘!
Baca Lagi Di Sini: 2 Langkah Mudah Boleh Daftar Haji Guna Kwsp Tanpa Perlu Bayar Apa-Apa
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memudahkan urusan bagi sesiapa yang ingin membuat rayuan bagi menunaikan ibadah Haji. Tak perlu risau, bayaran bagi perayu yang berjaya mendapat tawaran menunaikan ibadah haji tetap dikekalkan.
Sumber: Akmal Azemi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jutawan Tawar Ganjaran 10 Juta Baht Kahwin Anak Gadisnya, Tapi Kena Penuhi 3 Syarat Ini

Isi Kandungan
ToggleSayangnya seorang ayah dan bimbangkan anak masih belum bertemu jodoh yang sesuai, sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan anaknya berkahwin.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Bangkok, Thailand ini, seorang ayah bergelar jutawan sanggup menawarkan ganjaran sebanyak 10 juta baht (RM1.3 juta) kepada mana-mana lelaki yang sanggup mengahwini anak gadisnya tetapi bakal menantu itu perlu menepati tiga syarat utama, menurut akhbar Mirror baru-baru ini.
Arnon Rodthong, 58, rasa kecewa kerana anaknya, Karnsita, 26, masih bujang dan belum berkahwin lagi. Buat masa ini, gadis itu membantunya mengusahakan perniagaan keluarga di wilayah Chumphon, selatan Thailand.
Tak Perlu Bayar Duit Hantaran Kahwin & Dapat Saham Ladang Durian
Menariknya, Rodthong turut mengecualikan bayaran hantaran perkahwinan yang kebiasaannya menjadi adat setempat oleh bakal suami Karnsita. Gadis itu merupakan seorang graduan universiti yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Cina.
Bukan itu sahaja, Rodthong itu juga menyatakan kesanggupan memberi wang 10 juta baht kepada bakal menantu dan mereka juga akan menerima saham dalam bisnes ladang durian yang dianggarkan bernilai beberapa juta dolar Amerika Syarikat.
Tiga Syarat Yang Mesti Dipenuhi
Rodthong menyatakan dia tidak mempunyai apa-apa halangan terhadap jenis kerakyatan calon menantu itu. Bagaimanapun, ini TIGA syarat yang dikenakan oleh jutawan itu dan perlu dipenuhi oleh calon menantu tersebut:
1.Dia tidak perlu jadi orang pandai, memadai hanya perlu tahu membaca dan menulis. Tolong jangan bawa ijazah kamu ke rumah.
2.Dia juga perlu jadi seorang yang rajin dan kuat bekerja dan bukannya malas.
3.Selain itu, calon juga perlu bersikap kedekut berhubung soal duit dan turut gemarkan durian.
Rodthong memiliki ladang durian besar yang berupaya mendatangkan hasil kira-kira 50 tan sehari. Ladang itu adalah paling besar di wilayah Thailand.

“Saya mahu seseorang yang boleh menjaga perniagaan dan mengekalkannya. Saya tidak mahu seseorang dengan ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah. Saya mahu lelaki tekun. Saya cuma mahukan seseorang dengan sikap kuat bekerja. Itu sahaja.
“Sebaik sahaja ada menantu, saya akan serahkan semua aset saya kepadanya,” katanya yang beragama Buddha serta memiliki beberapa hartanah di wilayah sama.
Bagaimanapun, Karnsita memberi bayangan bahawa bakal kekasihnya itu mungkin berdepan kesukaran mengaut wang daripada bapanya kerana dia mahu ‘menggunakan duit itu untuk diri sendiri bagi menjalani pembedahan plastik di Korea’.
MW: Sayang seorang ayah pada anak perempuannya. Meskipun agak ‘keterlaluan’ menawarkan ganjaran dan mencari calon secara terbuka, namun itulah mungkin salah satu cara si ayah menzahirkan rasa sayang pada anaknya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI