Pemilik nama sebenar Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akui lebih selesa memilih untuk memberi sepenuh tumpuan dengan anak-anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon.
Isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Bung Moktar Radin ini juga memperlahankan rentak dunia lakonan demi tumpuan kepada rumah tangga yang dibina.
Kali terakhir, Zizie berlakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017. Jiwa anak seni ini tidak pernah padam untuk berkarya dalam lakonan namun tatkala perasaan rindu itu menjelma Zizie sering memikirkan soal anak-anak yang memerlukan perhatian seorang ibu.
Wanita yang juga ibu cahaya mata kepada Naila Nurjenna, 5, Aaric Zayn Izette, 3, Aadam Zac Izette, 3, Aaleph Zeke Izette, 3, dan Aalisa Belle Izette, 1 ini berkongsi di entri Instagram tentang kisahnya yang keluar bekera dan pulang rumah lewat.
Malah Zizie juga akui meninggalkan anak-anak untuk keluar bekerja merupakan perkara yang paling sukar dilakukan sejak bergelar seorang ibu.
“Sejak bekerja ni selalu balik lambat.
“Ingat nak surprise kan anak2 last2 diorg yg surprise kan kita!
“Mcmana eh mommy2 yg kena bekerja tinggalkan anak2 kat rumah?
“Pengalaman baru utk saya.
“Susahhh ooooo.
“Like myself, kejap2 check cctv.
“Minta nanny hantar video setiap masa.
“Mcmana nak berlakon balik mcmni.
“Jawabnya, lambatttt lg!!!” tulisnya.
Pengalamannya yang kini mula keluar bekerja dan pulang rumah lewat adalah antara yang paling sukar dilakukan.
‘Bab Urus Anak-anak Mostly Semua Buat Sendiri..’ – Zizie Izette
Semua Kuasa Allah, Saya Hamil ‘Naturally’ Tanpa Sebarang Rawatan – Zizie Izette
Menurut Zizie, meninggalkan anak untuk keluar bekerja adalah perkara yang paling berat. Malah hasratnya untuk kembali berlakon seperti dulu perlu dilupakan buat sementara waktu.
Semasa berada di luar, dia sering meneliti CCTC dan meminta pembantu rumah menghantar video setiap masa. Malah anak-anaknya juga setia menunggunya pulang.
Selain itu Zizie juga berkongsi entri di Instagram yang mana dirinya memahami perasaan ibu-ibu yang bekerja dan terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah. Namun bagi Zizie bila pulang dan diserbu anak-anak merupakan antara pengalaman paling manis.
“Paling best bila balik rumah anak2 serbu.
“Hilang segala penat.
“Time ni jugak diorg akan mengadu itu ini.
“Nikmat yg tak boleh dibeli dgn wang ringgit. ”
Seperti yang pernah ditemubual bersama MW sebelum ini, Zizie juga akui dia berasa seronok mempunyai anak yang ramai. Dan baginya kebahagiaan dengan anak-anak adalah penting.
“Apabila anak saya sihat, ceria dan cergas, saya sebagai seorang ibu akan rasa bahagia melihat mereka,” luahnya.
Sumber/Foto: Instagram Zizie Ezette
Bagi pautan dan kisah menarik boleh ke Instagram https://www.instagram.com/mingguanwanita/