‘Balik Rumah Makan, Salin Baju Bergegas Ke Sekolah’ Dr Sheikh Muszaphar Doakan Anak-anak Kuat

Share

Sebagai mak ayah, kadangkala luluh hati tengok perjalanan persekolahan anak-anak. Terkejar sana sini, bagai tak cukup waktu. Pagi ke sekolah lain, petang sekolah lain. Itulah cara terbaik membentuk jati diri dalam diri anak, menjadikannya seorang yang kental dan tahan cubaan di masa depan.

Proses ‘memanusiakan’ anak ini, sebenarnya memerlukan pengorbanan bukan saja anak, malah mak ayah juga. Kena sama-sama ambil peranan, barulah anak-anak melalui rutin wajib mereka dengan hati kental dan lapang.

Sama seperti anak-anak yang lain, tak terkecuali anak-anak Angkasawan Negara ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, mereka juga melalui rutin persekolahan yang padat. Baik Sophea Isabella mahupun Sophea Natasha sejak kecil ayah ini sudah menerapkan konsep pendidikan dan pembelajaran yang begitu baik buat anak-anaknya.

Dalam rutin yang kental, anak-anak ini tetap positif setiap kali perlu berdepan persekolahan, peperiksaan mahupun aktiviti outdoor mereka.

Cara Dr Sheikh Muszaphar mula latih anak berpuasa umur 5 tahun.

Teknik Dr Sheikh Muszaphar besarkan anak sejak awal lahir, patutlah pencapaian Bella pun luar biasa.

Tasha Tertelap Dalam Perjalanan Ke Sekolah Agama

Tetap, hati ayah ini yang mengambil berat akan perihal anak-anak sedikit sebanyak tersentuh jiwa. Ketika melihat anak keduanya tertidur dalam perjalanan ke sekolah agama, ini doa dan pengharapan yang Dr Sheikh Muszaphar titipkan untuk anak keduanya itu.

Hati mana tak luluh melihat si anak bekejar-kejar dari satu sekolah ke sekolah yang lain.
Balik rumah makan tengahari … salin pakaian dan terus bergegas ke sekolah .
Lebih lebih lagi ni minggu exam .
Kertas Akhlak, Tajwid dan Feqah
Sayu menyucuk kalbu …
Ikut kehendak ingin dibelai dan dipeluk erat.
Tapi inilah hakiki
Demi kebaikan mu wahai Si anak
Supaya kuat dan tabah
Terus berjuang untuk Ummah
Suatu hari kamu akan mengerti
Mengapa Ayah mendorongi
Harapan si Ayah agar Tasha memahami
Dan pastinya akan mensyukuri
Amiinn.

Be strong my beloved Sophea Natasha
Daddy will always be there for you.”

Malah, Dr Sheikh Musaphar juga tidak putus mendoakan kemudahan menjalani urusan harian untuk anak-anaknya yang lain. Sentiasa positif untuk menjadikan anak-anak lebih positif menjalani rutin harian mereka.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar, 48 dan isteri, Datin Dr Halina, 39 tahun dikurniakan enam cahaya mata, Sophea Isabella, Sophea Natasha, sepasang kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah dan sepasang kembar, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

Sumber/Foto : Dr Sheikh Muszaphar

Published by
Netty Ah Hiyer